Kredit foto: Facebook Pencetus Ummah Raihan

Siapa PU Raihan? Raihan Husni atau nama popularnya, PU Raihan merupakan seorang pendakwah bebas Malaysia.

Beliau mula mendapat perhatian umum selepas penyertaan dalam rancangan realiti, Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016 yang meletakkannya di kedudukan keempat sewaktu pusingan akhir.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Raihan bin Husni.

2. Menggunakan nama komersial, PU Raihan.

3. Berumur 31 tahun (2021).

4. Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

5. Namanya melonjak naik selepas memenangi tempat keempat di peringkat akhir program realiti, Pencetus Ummah siri keempat (musim 4) pada tahun 2016.

6. Beliau ketika itu menggunakan trademark "Biar Nampak Bersahajo, Yang Ponting Molokek Di Jiwo!".

7. Lapan peserta lain yang sama berentap adalah Nor Hamizi Jamaluddin atau dikenali sebagai PU Mizi, Zulkornain Md Rejab (PU Zul), Akram Ikrami Taib Azamudden (PU Akram), Mohamad Faris Abu Bakar (PU Faris), Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz), Muhammad Rozi Harun (PU Rozi), Abdul Latif Yahaya (PU Latif) dan Mohd Affendi Mohamed Nor (PU Fendi).

8. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @_raihanhusni yang mempunyai lebih 3,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Meminati aktiviti berkebun.

2. Pernah berkhidmat di Kompleks Al Saadah, Negeri Sembilan sebagai pengajar mualaf.

3. Berkahwin dengan isterinya yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah dan hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan dua orang anak. Mereka bagaimanapun kemudiannya memutuskan untuk bercerai.

Gambar

pu raihan

pu raihan husni

raihan husni

pu raihan bercerai

ain qaiyimah

isteri pu raihan

pu raihan husni bercerai

pu raihan isteri

Kredit foto: Facebook Pencetus Ummah Raihan

Video

Kredit video: PU RAIHAN

Sumber:

1. Debaran empat pendakwah

2. Nor Hamizi juara Mimbar Pencetus Ummah

3. PU Raihan tiada niat roboh banglo bekas isteri, tak setuju tuntutan mut'ah RM300,000 - “Saya pasti nilai rumah tidaklah seperti dituntut”




Hakcipta iluminasi.com (2017)