Kredit foto: Instagram Natrah Khalid

    

Natrah Khalid merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri TQ Captain, sebuah karya adaptasi novel Tq Kapten tulisan Qash Irdina.

TQ Captain diarahkan Jamal Khan yang antara lain dibarisi Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaakob, Harris Annuar dan ramai lagi.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Saidatunal Natrah binti Khalid. Menggunakan nama komersial, Natrah Khalid.

2. Lahir pada 12 Julai 1993 di Pasir Gudang, Johor. Berusia 26 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Lulusan jurusan perhotelan dan pelancongan.

5. Kini bergelar model, pelakon dan pereka fesyen yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

6. Bakatnya diketengahkan selepas terpilih sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2014/2015 yang antara lain disertai Mawar Rashid, Puteri Aishah, Mimi Lana, Fify Azmi, Raysha Rizrose dan Syamim Farid.

7. Namanya dalam bidang hiburan bagaimanapun mula melonjak menerusi drama Seribu Rindu diterajui Zul Ariffin dan Azira Shafinaz.

8. Lain-lain lakonannya menerusi telefilem DM Hati Awak dan drama TQ Captain.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.74 meter.
  • Bekas graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU).
  • Terlibat dalam bidang peragaan seawal usia 15 tahun.
  • Turut mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan.
  • Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @natrahouhlala_khalid dengan sehingga kini jumlah pengikutnya sudah mencecah 100,000.
  • Cukup sinonim dengan dunia fesyen dan kini sedang dalam percaturan menembusi pasaran antarabangsa.

   

Foto

instagram natrah khalid

natrah khalid

wikipedia natrah khalid

pelakon tq captain

sinopsis tq captain 5

drama tq captain 751

natrah khalid biodata

pelakon natrah khalid

natrah khalid ig

keluarga natrah khalid

Kredit foto: Instagram Natrah Khalid

   

Video

Kredit video: Rupawan AWANI (EP16): Natrah Khalid nekad tembusi pentas antarabangsa

   

Sumber:

1. Wikipedia Natrah Khalid

2. Wikipedia Dewi Remaja

3. Rupawan Awani (Ep 16): Natrah Khalid Nekad Tembusi Pentas Antarabangsa

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)