Kredit foto: Instagram Muqris

     

Lagu Aku Kan Pergi yang menjadi tular baru-baru ini telah berjaya meledakkan nama seorang pemuda bernama Muqris.

Tiada siapa menduga remaja yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi ini mampu memperoleh populariti dalam sekelip mata.

Untuk info, lagu ciptaan beliau itu yang kini menduduki carta trending Youtube, diinspirasikan daripada pengalaman putus cinta dirinya dan beberapa rakan lain.

Apapun, tahniah diucapkan dan semoga Muqris dapat mencipta nama sebagai penyanyi baharu dalam dunia nyanyian kelak.

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Mohamad Muqris Ahmad Radi. Dikenali sebagai Muqris.

2. Berusia 19 tahun (2019).

3. Lahir di Bangi, Selangor.

4. Merupakan anak ketiga daripada enam orang adik-beradik.

5. Sedang mengikuti pengajian Diploma dalam bidang Pengurusan Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

6. Merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan kerana bercita-cita menjadi guru.

7. Sehingga kini beliau yang menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @muqrisradi sudah mengumpul lebih 13,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Mula popular selepas video nyanyiannya yang berdurasi 2 minit 9 saat, menerusi lagu Aku Kan Pergi, menjadi viral di laman Twitter.
  • Meminati bidang seni suara sejak mula bermain gitar di sekolah menengah, Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2015.
  • Tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan nyanyian atau ujibakat kerana tidak suka bakatnya dinilai.
  • Menggunakan laman IG sebagai medium untuk berkongsi lagu-lagu cover nyanyiannya.
  • Menerima jemputan temubual sebagai tetamu di konti radio Hot FM. Video nyanyian 'live'nya di segmen Geng Pagi Hot itu telah dimuat naik di Youtube dan sehingga kini meraih lebih 260,000 tontonan, sekaligus menduduki carta trending terkini.
  • Bersedia menceburi bidang muzik secara serius, namun dalam masa sama enggan mengetepikan pelajaran.
  • Seorang yang sukakan kanak-kanak.

    

Foto

muqris aku kan pergi

aku kan pergi

muqris aku kan pergi chord

aku kan pergi muqris lirik

instagram muqris

Kredit foto: Instagram Muqris

   

Video

Kredit video: #GengPagiHot : Muqris - Aku Kan Pergi (Live di GPH)

   

Sumber:

1. “Dia Tak Pernah Ada Untuk Saya” - Dipermainkan Seorang Awek, Bro Ni Berjaya Buat Ramai Gadis Lain Cair Dengan Suara Dan Lagunya Yang Syahdu

 2. #GengPagiHot : Muqris - Aku Kan Pergi (Live di GPH)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)