Kredit foto: Instagram Azarra Band

    

Semenjak video muzik lagu Alalala Sayang menjadi sohor di laman Youtube, ramai mula tertanya-tanya siapakah gerangan penyanyi lagu berkenaan. Ianya daripada kumpulan Azarra Band!

Perjalanan seni Azzara Band yang penuh liku bermula sebagai pemuzik jalanan, baru kini mampu mengecapi ruang selesa selepas penerbitan lagu Alalala Sayang yang barangkali antara pencapaian paling manis dikecapi mereka, selepas nyaris berkubur dan membawa haluan masing-masing.

Untuk rekod, lagu Alalala Sayang yang dimuat naik di Youtube pada kira-kira tujuh bulan lalu kini telah mencatatkan lebih 10 juta tontonan! Tahniah.

Jom berkenalan dengan lebih dekat kumpulan yang memperjuangkan muzik bergenre '1990-an' ini.

    

Biodata Azarra Band

  1. Dianggotai Mohd Azrizal Aziz atau nama komersialnya, Ejai selaku vokalis, Mohd Hairol Azhar Ramli atau Boy (pemain dram), Mohammad Khairul Azam Md Yasin atau Kidz (gitaris) dan Mohd Fauzan Mohammed Rofie atau Rop'z (pemain bes).
  2. Asalnya mereka hanya menyanyi di majlis perkahwinan dan di jalanan.
  3. Mula memasuki muzik arus perdana sejak tahun 2016 selepas mengikat kontrak sebagai artis rakaman.
  4. Bakat mereka digilap oleh komposer ternama, LY dan Baiduri yang melamar mereka sebagai artis di bawah syarikat Kelarai Sakti.
  5. Dikenali menerusi genre muzik ala era 90-an berkonsepkan pop dan rock balada, dengan rangkaian lagu-lagu hits seperti Berjuta Maafmu, Pendam dan Alalala Sayang.
  6. Merakamkan lagu Alalala Sayang sebelum memasang niat untuk berundur daripada dunia hiburan tanpa menyangka single itu akhirnya berjaya memacu nama mereka sebagai penyanyi.
  7. Kini menyertai syarikat rakaman MVM Music.

   

Fakta Menarik

  • Ditubuhkan pada tahun 2010.
  • Ejai selaku vokalis mempunyai kebolehan menggubah lagu.
  • Kesemua ahli kumpulan ini sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya tetap masing-masing.

    

Foto

ejai aziz hilang ingatan 616

biodata ejai aziz

azarra band 542

vokalis azarra band

azarra band alalala sayang

ejai azarra band

Kredit foto: Instagram Azarra Band

   

Video

Kredit video: Azarra Band - Alalala Sayang (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Muzik Era 90an Jadi Pilihan

2. 'Peluru' Azzara Mengena

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)