Kredit foto: Instagram Kugiran Masdo

       

Kugiran Masdo merupakan antara finalis yang berjaya menempatkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi yang ke-34 yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2020.

Mereka mempertaruhkan lagu Dinda ciptaan sepenuhnya Ali Sariah yang juga merupakan vokalis utama kugiran ini.

     

Biodata

1. Juga dikenali sebagai 'Masdo'.

2. Dianggotai Ali Sariah, Putuceri, Azham Ahmad dan Asmawi.

3. Memperjuangkan genre muzik Pop dan Indie.

4. Ditubuhkan dan mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

5. Mengetengahkan genre muzik pop yang berkonsepkan era 1960-an, namun diolah mengikut citarasa muzik masa kini.

6. Muncul dengan album studio pada 2018 dan popular menerusi deretan lagu hits seperti Bercanda Di Malam Indah, Berduka Lara, Malam Pesta, Teruna & Dara, Miss Flower Learn to Twist, Bunga dan Dinda.

    

Fakta Menarik

  • Asalnya menggunakan nama The Lipstik.
  • Nama 'Masdo' diilhamkan daripada watak Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Do Re Mi iaitu menerusi skrip popular diingati ramai - "Nama pendek orang panggil DO, nama panjang orang panggil MASDO!".
  • Selesa bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat pengurusan.
  • Ali dan dan Putuceri meninggalkan kerjaya sebagai jurutera bunyi dan juruteknik demi mengejar impian bergelar bintang. Manakala Azham Ahmad pula pernah menganggotai kumpulan Hujan - juga sebagai pemain dram.
  • Kebanyakan single dikeluarkan Masdo adalah lagu-lagu daripada kumpulan lama Ali Sariah iaitu The Lipstik.
  • Sebelum pembabitan mereka di arus perdana, Masdo aktif menjayakan persembahan di pelbagai festival. Ketika itu, mereka hanya memasarkan lagu-lagu dalam bentuk cakera padat.
  • Menempa populariti menerusi single Bunga pada 2018, walaupun single itu telahpun diterbitkan sejak tahun 2016. 
  • Selepas beberapa kali terpilih ke separuh akhir Muzik Muzik (SFMM), akhirnya Masdo berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk penganjuran yang ke-34 yang dijadualkan berlangsung pada Februari hadapan. Mereka mempertaruhkan single terbaharu berjudul Dinda.

    

Biodata Ahli Kumpulan

1. Ali Sariah

  • Pemilik nama penuh Aliff Fahmi Bahtiar ini merupakan anak kelahiran negeri Johor pada 22 Februari 1991. Kini berusia 28 tahun dan bertindak sebagai vokalis utama dan gitaris Masdo.

2. Azham Ahmad

  • Juga dikenali sebagai Ambobzeela atau Am. Merupakan pemain dram Masdo yang berusia 39 tahun. Lahir pada 19 April 1980 di Kuala Lumpur.

3. Putu Ceri

  • Memegang peranan sebagai pemain bes dan vokalis, Ahmad Azanol Khushairie yang lahir pada 10 April 1987, berasal dari Ipoh, Perak dan kini berusia 32 tahun.

4. Asmawi

  • Gitaris dan vokalis yang berasal dari Simpang Renggam, Johor. Asmawi atau nama penuhnya, Muhammad Aizat Asymawi Mohd berumur 25 tahun dan dilahirkan pada 5 Jun 1994.

    

Foto

kugiran masdo

kugiran masdo dinda

lagu kugiran masdo

kugiran masdo bunga

wikipedia kugiran masdo

Kredit foto: Instagram Kugiran Masdo

   

Video

Kredit video: Kugiran Masdo - Dinda (Muzik Video Rasmi)

   

Sumber:

1. Wikipedia Kugiran Masdo

2. Serba Sedikit Tentang Kugiran Masdo

3. Kugiran Masdo Kian Mengharum

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)