Kredit foto: Instagram Ahmad Weldan Zulkefli

Siapa Ahmad Weldan Zulkefli? Dia yang dikenali ramai dengan nama Ahmad Weldan ini adalah seorang usahawan muda yang memasarkan produk pemutih kulit dan kesihatan badan, Vitamilk.

Beliau merupakan adik kepada ahli perniagaan terkenal, Iqbal Zulkefli yang sebelum ini dicanang media pernah berhubungan cinta dengan jutawan kosmetik sensasi, Dato Seri Vida.

Biodata

Nama penuh: Ahmad Weldan Zulkefli

Nama popular: Ahmad Weldan

Umur: 19 tahun (2021)

Asal: Pasir Mas, Kelantan

Pendidikan: Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kelantan

Keluarga: Lapan orang adik beradik

Kerjaya: Founder produk Vitamilk

Instagram: @ahmadweldan_

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Pengasas produk pemutih kulit dan kesihatan badan, Vitamilk.

2. Adik kepada founder jenama produk Iba Skin Care dan Iba Perfumes, Ahmad Iqbal Zulkefli yang sebelum ini tular di alam maya kerana gosip cinta dengan jutawan kosmetik, Dato Seri Vida.

3. Berkahwin dengan kekasihnya yang juga rakan seperniagaannya, Anes Ayuni Osman (Ayunieso) pada 19 Februari 2021.

4. Dia dan Ayunie viral pada Februari 2021 kerana menjadi pasangan pengantin muda yang berjaya membuat jualan RM1 juta dalam tempoh 15 hari selepas bisnes mereka ditubuhkan, dengan menggunakan khidmat nasihat daripada pengurus kewangan, Farhana Zahra.

5. Wang hasil titik peluh yang diraih itu, sebahagiannya dibelanjakan untuk membeli kereta idaman, Ford Mustang secara tunai sebagai 'self reward' pada hari perkahwinan.

6. Enam bulan kemudian, perniagaan susu yang semakin berkembang itu membolehkan mereka untuk mendapatkan kereta mewah jenis Lamborghini berharga RM3 juta yang membawa nama mereka sekali lagi terpampang di muka-muka media kerana kejayaan di usia muda yang menginspirasikan ramai.

7. Weldan boleh diikuti di akaun Instagram (IG), @ahmadweldan_ yang sehingga kini mencatatkan lebih 33,400 pengikut.

Baca: Biodata Anes Ayuni (Ayunie), Adik Ipar Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

Baca: Biodata Ahmad Iqbal Zulkefli, Pembantu Peribadi (PA) Yang Bakal Kahwin Datuk Seri Vida?

Baca: Kisah Kehidupan, Asal Usul Dato Seri Vida

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Dato Seri Vida

Baca: Ini Rupanya Keputusan UPSR Anak Dato Seri Vida Yang Buat Ibunya Terkejut!

Baca: Biodata Cik B, Anak Dato Seri Vida

Baca: Biodata Kacak, Anak Dato Seri Vida

Baca: Biodata Fairuz Ahmad Zainuddin, Bekas Suami Dato Sri Vida

  

Gambar

ahmad weldan zulkefli

ahmad weldan

iqbal vida 997

iqbal zulkefli

adik iqbal zulkefli

anes ayuni osman

ayunieso

adik iqbal dato vida

adik ahmad iqbal zulkefli

founder vitamilk

vitamilk

Kredit foto: Instagram Ahmad Weldan Zulkefli , Facebook Ahmad Weldan Zulkefli & Facebook Ahmad Iqbal Zulkefli

Video

Kredit video: Hebat! Pengantin 18 tahun dapat kereta Mustang | MeleTOP | Ayunie, Weldan | Uyaina Arshad, Nabil

Sumber:

1. Hebat! Pengantin 18 tahun dapat kereta Mustang | MeleTOP | Ayunie, Weldan | Uyaina Arshad, Nabil

2. Hikmah di sebalik niat nak halalkan hubungan... Baru 2 minggu bisnes, pasangan remaja beli Ford Mustang tunai! Paling manis, kereta sampai di hari bahagia

3. Instagram Ahmad Weldan Zulkefli

4. Instagram Ayunieso




Hakcipta iluminasi.com (2017)