Kredit foto: Instagram Carl Samsudin

Siapa Carl Samsudin? Pemilik nama penuh Muhammad Khalif Samsudin ini merupakan seorang ahli perniagaan dan influencer media sosial Malaysia.

Baru-baru ini beliau telah mencetuskan perbualan hangat di kalangan netizen di alam maya selepas videonya meninggikan suara kepada seorang lelaki tua menjadi tular.

Video pendek berdurasi 49 saat itu memperlihatkan sebahagian daripada ceramah yang disampaikan beliau dalam sebuah program motivasi berjudul ‘Ubah Hidup’ yang ditujukan kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL).

Susulan penyebaran rakaman tersebut, beliau yang dikritik beberapa selebriti tempatan, turut dikenakan kompaun RM1,500 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) rentetan tidak mengenakan pelitup muka.

Video itu menyebabkan namanya sohor kini di laman Twitter.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya Muhammad Khalif bin Samsudin.

2. Menggunakan nama komersial, Carl Samsudin.

3. Berumur 34 tahun (2021).

4. Lahir pada 25 September 1987.

5. Berasal dari Pahang.

6. Anak bongsu daripada empat orang adik beradik.

7. Berkelulusan dalam jurusan Sains Kimia daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

8. Merupakan pengasas dan pemilik butik jenama busana Muslimah, Bella Ammara dan jenama produk Sugarbelle Cosmetic serta Appecut.

9. Berkahwin dengan usahawan, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah atau nama popularnya, Belle Yahya pada 15 Disember 2012, selepas mengikat tali pertunangan pada Julai 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan dua orang anak bernama Ammara dan Umar Khalif.

10. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @carlsamsudin yang mempunyai lebih 166,000 pengikut.

Fakta Carl Samsudin

1. Bergiat sebagai seorang usahawan dan influencer media sosial.

2. Bapanya, Samsudin bin Syed Mohd telahpun meninggal dunia ketika beliau masih di usia muda.

3. Ibunya, Khatijah Abdullah merupakan bekas Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur.

4. Kedua orang tuanya itu bercerai sewaktu beliau berumur tujuh tahun.

5. Pernah berkhidmat sebagai seorang chemist dari tahun 2006 hingga 2011, sebelum bekerja sebagai penjual emas di bank.

6. Nama produk 'Bella Ammara' adalah gabungan nama isterinya, 'Belle', manakala 'Ammara' membawa maksud "lady with a strong iman".

7. Perniagaannya bermula dengan jualan 9 pasang telekung, bermodalkan RM1,000 yang dipinjamkan oleh ibunya.

Baca: Biodata Belle Al Yahya, Founder Bella Ammara, Isteri Carl Samsudin

   

Gambar

siapa carl samsudin

carl samsudin founder

ig carl samsudin

carl samsudin

carl samsudin family

belle al yahya

mak carl samsudin

isteri carl samsudin

carl samsudin isu

bella ammara 849

Kredit foto: Instagram Carl Samsudin

Video

Kredit video: MY FIRST VLOG! | CARL SAMSUDIN

Sumber:

1. Facebook Carl Samsudin

2. Instagram Carl Samsudin

3. Tak pakai mask... influencer dikompaun RM1,500 selepas malukan warga tua di pusat gelandangan




Hakcipta iluminasi.com (2017)