Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Meskipun hanya bersekolah dari rumah (home schooling), ia tidak menghalang anak bongsu Dato Seri Vida (DSV), Muhammad Eric Zecquan daripada memperoleh keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memuaskan.

Ia sebagaimana dinyatakan sendiri oleh ibunya, usahawan kosmetik itu yang meluahkan keterujaan kerana anaknya yang dikenali ramai sebagai Kacak itu dikatakannya kurang bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan banyak menghabiskan masa bermain permainan video (game).

Namun, Kacak tampil dengan keputusan yang mengejutkan Vida kerana tiada satu mata pelajaran yang diperolehnya gagal serta mendapat gred yang agak baik.

datuk vida 472

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

"Result UPSR Kacak, mama bangga dengan Kacak, saya over excited.. Kacak banyak main game, keputusan UPSR boleh tahan.

"Anak mama hebat, walaupun belajar di rumah tapi dapat keputusan bagus," luah Vida dalam hantaran video yang dikongsi di akaun Instagram.

Malah, di luar sangkaan ibunya, Kacak mampu mendapat gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris walhal mereka hanya berkomunikasi dalam dialek Kelantan di rumah.

dato seri vida 603

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

"Yang penting tiada yang gagal, Bahasa Inggeris Kacak dapat B! Mama cakap kelate je dengan Kacak di rumah, anak aku pandai orang putih, anak aku pandai orang putih!" kata Vida dalam nada berlagu, meraikan kejayaan anak kesayangannya.

Reaksi positif Vida mendapat pujian wargamaya di ruangan komen kerana ramai yang beranggapan rasa bangga yang dizahirkannya boleh menjadi motivasi yang baik untuk tidak menjatuhkan semangat anak-anak.

Untuk rekod, Kacak memperoleh keputusan dengan gred 2B, 2C dan 2D yang ternyata boleh dibanggakan untuk seorang kanak-kanak yang belajar dari rumah!

Malah, sebagaimana yang diketahui umum juga, UPSR hanyalah satu permulaan yang tidak wajar menjadi kayu ukur dalam menilai prestasi dan potensi sebenar seseorang dalam kehidupan.

Buktinya, Kacak sendiri yang kini menginjak umur 14 tahun, sudah mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial Instagram dengan lebih 62,000 pengikut!

   

Baca: Biodata Kacak, Anak Dato Seri Vida

Baca: Kisah Kehidupan, Asal Usul Dato Seri Vida

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Dato Seri Vida

Baca: Biodata Ahmad Iqbal Zulkefli, Pembantu Peribadi (PA) Yang Bakal Kahwin Datuk Seri Vida?

Baca: Biodata Fairuz Ahmad Zainuddin, Bekas Suami Dato Sri Vida

Baca: Biodata Cik B, Anak Dato Seri Vida

Baca: Biodata Ahmad Weldan Zulkefli, Adik Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

Baca: Biodata Anes Ayuni (Ayunie), Adik Ipar Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

   

kacak dato vida 667

kacak 95

kacak dsv

kacak anak dato vida 282

anak dato vida 389

Kredit foto: Instagram Kacak

   

Kredit video: KACAK BELI IPHONE , DSV MENANGIS

Sumber:

1. Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

2. "Anak Aku Pandai Orang Putih!" - DSV Gembira Dengan Keputusan UPSR Anak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)