Biodata

1. Pemilik nama penuh Nurfarrah Izzatie binti Johari. Nama popularnya Ara Johari dan Ara AF2016.

2. Merupakan penyanyi dan guru.

3. Lahir pada 27 Jun 1997. Berusia 22 tahun (2019).

4. Berasal dari Negeri Sembilan.

5. Memperjuangkan muzik bergenre Pop dan Balada.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

7. Bakatnya dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang turut disertai Amir Syazwan Bin Masdi (Amir), Muhammad Ammal Shafiq Osman (Amal), Kareshma Martin John Patrick (Reshma), Norhafizah Binti Longkip @ Thomas (Afi), Nurul Rahila (Rahila), Mohd Afzarul Dzarif Mohd Mazle (Zarol), Siti Aishah Abdul Razak (Asha), Muhammad Ikram Bin Kamaruzzaman (Ikram), Jasper James Supayah (Jasper), Isyariana Che Azmi (Riana), Zahrul Hilmi Badrul Hisham (Amy), Azarul Rais Mansor (Rais), Halmy Hamizan (Halmy) dan Mohd Fara Aidid Ali Dad Khan (Isa).

8. Ara menduduki tangga keempat di peringkat akhir AF2016. Sepanjang persaingan, beliau dicabar membawakan beberapa lagu tugasan iaitu Andaiku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo, Andai (Dia Fadila), Robek Hatiku (Mas Idayu), Bimbang (Goodbye Felicia & Stephanie Poetri), Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah), Nazam Berkasih (Syura), Tinting (Noraniza Idris), Tangisan Marhaenis (Dia Fadila dan Hattan), Samar Bayangan (Nicky Astria), Camar Yang Pulang (Aishah) dan Warkah Untukku (single pertamanya).

9. Selepas Warkah Untukku yang dilancarkan pada tahun 2016, Ara terus mendapat perhatian menerusi single Bunga (2017) dan Paku (2018).

10. Lagu Warkah Untukku berjaya menempatkan diri sebagai antara finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 32, manakala Bunga dinobatkan sebagai naib juara AJL33.

11. Beliau turut tersenarai dalam pencalonan kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi ara johari 2

biodata dan latar belakang penyanyi ara johari 3

biodata dan latar belakang penyanyi ara johari 4

biodata dan latar belakang penyanyi ara johari 5

biodata dan latar belakang penyanyi ara johari 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Astro Gempak

3. Mstar

4. Instagram Ara Johari

5. Youtube TV3 Malaysia Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)