(William Shakespeare, 81, pesakit Britain pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19 dari Pfizer-BioNTech)

Dengan wujudnya vaksin COVID-19 ketika ini, ia seharusnya menurunkan kadar kes baru secara dramatik, kemasukan ke hospital dan kematian, dengan syarat bahawa cukup ramai orang yang menerima vaksin.

Menurut satu model baharu, yang disiarkan pada 30 November ke pangkalan data preprint medRxiv, pemvaksinan hanya 40% daripada populasi A.S. sahaja akan mengurangkan kadar serangan atau jangkitan baru dari virus ini, iaitu lebih dari 4 kali ganda selama satu tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pengurangan kes baharu akan berlaku dengan vaksin ini melindungi mereka yang menerima suntikan secara langsung dan secara tidak langsung melindungi orang lain di dalam komuniti berkenaan.

Tanpa sebarang vaksin, kira-kira 7% daripada mereka yang terdedah akan dijangkiti untuk tahun akan datang.

Peratusan ini dianggarkan jika orang mematuhi langkah-langkah seperti penarakan fizikal dan memakai pelitup muka, dan tanpa langkah-langkah ini, peratusan ini akan menjadi lebih tinggi.

Kadar serangan yang lebih rendah dengan vaksin bermakna jumlah orang yang dimasukkan ke hospital dan kematian dari COVID-19 akan berkurangan.

Menurut model baharu ini, jika 40% dari populasi divaksin, kedua-dua kemasukan ke hospital sama ada ke unit rawatan rapi (ICU) atau bukan ICU akan menurun lebih daripada 85%.

adakah vaksin covid 19 selamat

Kematian akan menurun lebih daripada 87% berbanding dengan senario sepanjang tahun tanpa vaksinasi.

Namun adakah ini bermakna kita boleh hentikan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka jika 40% daripada populasi menerima suntikan vaksin? Sudah tentu tidak!.

Menurut Meagan Fitzpatrick, seorang penolong profesor dan pemodel penularan penyakit berjangkit di University of Maryland School of Medicine, memandangkan betapa mudahnya COVID-19 merebak dalam kalangan kita, kira-kira 75% daripada populasi perlu divaksin sebelum kita boleh mula mengurangkan penjarakan sosial.

Tambahan pula, model baharu ini masih belum dinilai oleh saintis-saintis lain dan kita masih belum dapat meramalkan dengan sempurna apa yang akan berlaku jika divaksin.

Walau bagaimanapun kajian ini memberikan kita harapan kerana dengan vaksin yang sangat berkesan sedang dikaji, "strategi sekarang adalah cuba untuk memvaksin seramai orang yang boleh,", kata Meagan Fitzpatrick.

Harapan vaksin yang sangat tinggi

vaksin pfizer telah dicuba covid 19

Dua calon vaksin terkemuka, satu yang direka oleh Moderna, dan satu lagi oleh Pfizer dan BioNTech, kedua-duanya lebih 94% berkesan untuk mencegah COVID-19, menurut analisis awal.

"Tahap keberkesanan itu "jauh lebih tinggi daripada mana-mana daripada kita yang harapkan dalam setahun mengharungi wabak ini. Apa yang disahkan oleh penyelidikan kami adalah bahawa vaksin ini dengan keberkesanan yang sangat tinggi benar-benar berpotensi memberi kesan yang sangat besar," kata Meagan Fitzpatrick.

Dalam model mereka, penulis kajian menganggap bahawa orang yang mempunyai risiko pendedahan dan kematian COVID-19 tertinggi akan menerima vaksin terlebih dahulu.

Ini termasuk sebahagian besar semua pekerja penjagaan kesihatan, mereka dengan masalah kesihatan sedia ada dan individu berusia 65 tahun dan ke atas.

Namun tiada individu bawah 18 tahun akan menerima suntikan ini kerana belum ada vaksin terkemuka yang diuji secara menyeluruh terhadap kanak-kanak. 

Selain itu, penulis kajian menganggap bahawa 10% populasi telah dijangkiti COVID-19 dan membangunkan imuniti semula jadi terhadap virus.

Model ini menunjukkan bahawa pemvaksinan 40% penduduk mengurangkan jumlah kes, kemasukan ke hospital dan kematian akibat COVID-19.

china berusaha mencipta vaksin covid 19

Penurunan paling dramatik berlaku pada orang yang berumur 65 tahun ke atas, yang mengalami penurunan 83% hingga 90% dalam kes yang berpotensi.

Jangkitan baharu terhadap orang berusia 20 tahun ke bawah mengalami penurunan 50%, walaupun tiada yang berusia di bawah 18 tahun yang diberikan vaksin.

Dengan kata lain, ketika orang warga emas mendapat perlindungan langsung dari vaksin, orang dewasa dan kanak-kanak secara tidak langsung dilindungi disebabkan oleh imuniti dalam masyarakat umum meningkat secara umum. 

Setelah melihat kesan kadar pemvaksinan 40%, penulis menguji apa yang akan berlaku dengan hanya 20% populasi divaksin.

Sekali lagi, model ini mengutamakan pemvaksinan mereka yang berisiko tinggi dan berpenyakit teruk.

Walaupun dengan peratusan pemvaksinan yang rendah, kemasukan ke hospital bukan ICU menurun sebanyak 60%, 62% bagi kemasukan ke ICU dan penurunan kematian sebanyak 64%.

Ini menunjukkan bahawa, apabila vaksin mulai dilancarkan, kita mungkin dapat melihat kesan positifnya walaupun belum ramai orang menerima suntikan vaksin. 

Model vs Realiti

bilakah vaksin akan beri kesan kepada dunia

Walaupun kajian menunjukkan kehebatan vaksin COVID-19, namun penulis kajian ini memperingatkan bahawa vaksin harus dilancarkan dengan perlindungan lain terhadap virus, seperti memakai pelitup muka, pengujian dan pengesanan kontak.

Jika kita mengabaikan langkah-langkah ini terlalu awal, lebih banyak orang perlu diberi vaksin untuk mencegah lonjakan kes baharu.

"Saya berpendapat bahawa kita masih perlukan penjarakan sosial dan pelitup muka untuk berbulan-bulan. Membuka restoran dan mengadakan perhimpunan besar-besaran perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati sehingga kadar vaksinasi tinggi," kata penulis kajian.

Malah, Meagan Fitzpatrick berkata bahawa usaha pengesanan kontak perlu ditingkatkan sebaik sahaja vaksin dilancarkan supaya pegawai kesihatan dapat mengesan wabak baharu dengan cepat dan mengenal pasti masyarakat yang harus diutamakan untuk pemvaksinan. 

Menjangkau kumpulan berisiko tinggi adalah tersangat penting untuk menghentikan pandemik ini dan ini adalah salah satu cara di mana model itu mungkin berbeza dari situasi sebenar.

Dalam model tersebut, kadar vaksinasi diandaikan sama di seluruh negara, dan mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi sentiasa mendapat suntikan terlebih dahulu berbanding orang lain.

margaret keenan menerima vaksin covid 19

Malah, kedua-dua vaksin terkemuka ini memerlukan dua suntikan yang diberikan dalam jarak beberapa minggu dan dalam model tersebut, setiap orang dalam model ini mendapat kedua-dua dos vaksin.

Namun dalam situasi sebenar, program vaksinasi sering kali tidak menepati sasarannya. melepasi sasarannya, kata Dr. Eric Schneider, naib presiden kanan untuk dasar dan penyelidikan di The Commonwealth Fund, sebuah organisasi nasional yang meneliti isu-isu dasar kesihatan dan sosial (tidak terlibat dalam kajian ini).

Dalam erti kata lain, model ini akan mencerminkan realiti hanya jika A.S. meneruskan rancangannya untuk memberi vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Untuk berjaya menurut The Commonwealth Fund, rancangan ini mesti dikoordinasikan dengan baik di semua peringkat sistem pemerintahan dan sistem penjagaan kesihatan, dan ditambah dengan komunikasi yang jelas mengenai risiko dan manfaat vaksin, menurut laporan baru-baru ini oleh The Commonwealth Fund.

Dan sudah tentu, jika vaksin telah tersedia, mereka yang ditawarkan akses perlulah bersetuju untun menerimanya.

"Vaksin hanya akan berkesan jika manusia mengambilnya," kata Meagan Fitzpatrick.

Tinjauan terbaru memberi petunjuk bahawa ramai penduduk A.S. mungkin atau pasti akan menerima vaksin COVID-19 jika ditawarkan satu hari ini, tetapi terdapat sebilangan kecil mengatakan bahawa mereka mungkin atau pasti tidak mahu menerima.

Bilakah kita di Malaysia akan menerima vaksin ini? Wallahualam.

Rujukan:

1. Medrxiv

2. NY Times

3. COVID-19 Vaccines

4. Pfizer




Hakcipta iluminasi.com (2017)