memilih kipas siling

Anda baru berpindah ke rumah baru?

Salah satu dilema yang akan anda hadapi adalah dalam pemilihan kipas. Ini kerana dalam pasaran negara kita, boleh tahan juga banyak pilihan yang ada. Hendak memilih kipas, khasnya kipas siling bukanlah sesuatu keputusan yang senang. Jenama menjadi penentu utama, selain rupa, harga dan juga waranti.

Satu lagi ciri yang selalu menjadi perbandingan adalah berapa banyak bilah kipas yang paling baik, sebenarnya? Adakah 3, 4 atau 5? Apa kelebihannya lebih banyak bilah dan apa pula kekurangannya?

panduan memilih kipas siling rumah

Artikel ini boleh dijadikan tips pantuan dalam memilih kipas yang bagus dan jimat elektrik untuk rumah anda. Juga anda boleh mengetahui jumlah kekuatan angin yang dihasilkan dari kipas yang kuat. Jom kita rungkaikan satu per satu.

Berapakah jumlah bilah optimum?

kipas siling banyak bilah

Sekiranya kita meneliti pilihan kipas angin di pasaran, majoriti kipas angin siling yang dijual mempunyai minima 3 bilah, 4 bilah atau paling banyak pun 5 bilah.

Jika anda cari berkenaan isu ini, memang terdapat banyak perbezaan pendapat berkenaannya di internet dan ada bermacam pihak yang mengeluarkan pandangan berbeza-beza.

Kami tidak mahu menulis artikel ini berdasarkan pendapat atau taktik pemasaran semata-mata. Jadi kami akan cuba menjelaskan kepada anda menggunakan kajian yang telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik dari National University of Sciences & Technology, Islamabad, Pakistan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2015 ini dilakukan untuk mengesan adakah berlaku perbezaan kemampuan sesebuah kipas, berdasarkan jumlah bilahnya.

Apa yang mereka temui dalam kajian?

kipas siling jumlah bilah

Hanya gambar hiasan. Tidak berkait dengan eksperimen.

Menggunakan sebuah bilik bersaiz 4 meter tinggi serta mempunyai panjang dan lebar sebesar 4.5 meter, 5 jenis kipas yang mempunyai 2,3,4,5 dan 6 bilah kipas akan dipasang ditengah-tengah bilik bagi mengukur tahap kecekapannya setiap satu.

Bilik eksperimen telah dibahagikan kepada sistem grid untuk memudahkan penyelidik mengenalpasti kesan angin pada setiap bahagian dalam bilik tersebut. Bacaan terhadap kecekapan kipas kesemuanya diambil daripada jarak minima 1.5 meter di bawah tempat kipas dipasangkan.

Setiap jenis kipas akan diukur dalam beberapa kadar, iaitu kadar saluran angin, kekuatan tork yang diperlukan untuk menggerakkan kipas dan juga tahap penggunaan tenaga.

Kipas berapa bilah yang terbaik untuk kita?

panduan beli kipas siling

Hasil keputusan ujian yang mereka jalankan, didapati kipas dua bilah merupakan kipas yang paling rendah kadar saluran anginnya namun menggunakan tenaga paling sedikit.

Apabila jumlah bilah dinaikkan kepada tiga, berlaku perubahan ketara pada jumlah angin yang mampu diputarkan oleh kipas. Walau bagaimanapun, dapat dilihat semakin banyak bilah dipasang pada kipas, keperluan penggunaan tenaga semakin meningkat disebabkan beban berat yang perlu ditampung oleh kipas.

Keputusan ini dapat dilihat konsisten dengan penambahan jumlah bilah kipas. Lebih bilah pada kipas akan memberikan jumlah putaran udara yang lebih baik namun peningkatan daripada 4 bilah ke 5 bilah dan 5 bilah ke 6 bilah disimpulkan sebagai terlalu minima faedahnya berbanding dengan keperluan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkannya.

Dengan mengambil faktor kadar putaran udara dan juga faktor penjimatan penggunaan tenaga, penyelidik menyimpulkan bahawa kipas 3 bilah dan 4 bilah sebenarnya sudah memadai untuk kita menyejukkan sesuatu bilik dan pada masa yang sama, tidak menggunakan elektrik terlalu tinggi.

kipas siling 5 bilahtips beli kipas siling rumah

Faedah yang diperolehi daripada penggunaan kipas 5 bilah atau 6 bilah pula tidak cukup untuk menjustifikasikan penggunaan tenaganya yang jauh lebih tinggi berbanding 3 bilah atau 4 bilah. Ini kerana tahap kesesuaian putaran udara untuk kita telah pun berjaya dihasilkan oleh kipas 3 bilah dan 4 bilah secara optimum.

Bagaimana hendak memilih saiz kipas yang sesuai?

giant ceiling fan oversized ceiling fans best giant ceiling fan high performance large ceiling fans fan city giant for oversized ceiling fans big blade ceiling fans india big ceiling fan for sale

Bila anda hendak membeli kipas, pasti penjual akan mengesyorkan untuk anda menggunakan kipas yang mempunyai bilah yang panjang. Bagaimanapun, formula yang sama tetap akan terpakai iaitu lebih berat beban kipas, lebih banyak tenaga akan digunakan.

Jadi daripada kita membazir tenaga elektrik cuba menyejukkan bilik dengan kipas yang terlalu besar untuk saiz bilik itu, adalah lebih baik kita ikuti panduan memilih saiz diameter kipas yang sebenarnya bergantung dengan saiz ruang atau bilik itu.

Anggaran saiz bilikKeluasan (kaki persegi)Diameter kipas
8' x 9'75 29-36"
12' x 12'76 - 14436-42"
15' x 15'145 - 22544"
20' x 20'226 - 40050-56"

Perlukah fungsi 'reverse' pada kipas di Malaysia?

fungsi kipas siling yang penting

Jika anda perhatikan di kedai, banyak juga kipas siling yang dijual mempunyai fungsi 'reverse' di mana kipas boleh ditukar pusingannya supaya angin di tarik ke atas oleh kipas. Adakah kita memerlukan fungsi ini? Besar kemungkinan tidak perlu.

Ini kerana fungsi 'reverse' pada kipas siling sebenarnya dicipta untuk kawasan-kawasan beriklim sejuk.

Ketika musim sejuk, masyarakat barat khasnya memerlukan sebuah kipas yang akan menarik angin sejuk ke atas supaya udara panas yang keluar daripada alat pemanas dapat memenuhi bilik. Ini akan membolehkan seluruh bahagian rumah atau bilik dipenuhi udara panas yang akan memberikan keselesaan pada penghuni rumah atau ruang tersebut.

Rujukan

Effect of Number of Blades on Performance of Ceiling Fans

University of Arkansas System (PDF)


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)