Bersin merupakan satu nikmat.

Ianya adalah satu proses di mana apabila bendasing seperti habuk, kuman, bulu binatang dan sebagainya yang memasuki saluran pernafasan, secara automatik hidung kita akan menghantar satu signal refleksi untuk mengeluarkan bendasing tersebut melalui bersin.

Oleh itu, sekiranya anda berasa seperti hendak bersin, jangan cuba menghentikannya dengan menutup hidung anda. Ya, ada sesetengah orang yang cuba menghentikan perbuatan bersin dengan memicit hidung mereka menggunakan tangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penyebaran Kuman

Pernahkah anda tertanya apabila bersin, berapa jauhkah kuman daripada bersin anda boleh tersebar ke persekitaran anda?

Mengikut laporan daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT), apabila bersin, kuman-kuman boleh tersebar sejauh kira-kira 8 meter.

Apabila anda bersin, kuman-kuman ini akan tersebar melalui titisan-titisan air yang sangat kecil yang dikeluarkan melalui hidung. Semakin kecil saiz titsan air ini, semakin jauh jarak kuman anda yang tersebar.

Adab Bersin

Disebabkan kuman mudah tersebar melalui perbuatan bersin, ada adab-adab yang perlu dijaga apabila anda bersin terutamanya di tempat awam seperti di dalam kelas, taman dan sebagainya.

adab bersin

Apabila anda hendak bersin, pastikan menutup hidung dengan sapu tangan atau tisu.

Sekiranya tiada atau tidak sempat mengambil sapu tangan atau tisu, tutup sahaja hidung dengan tangan kiri. Elakkan menggunakan tangan kanan kerana anda mungkin bersalaman dengan orang lain selepas itu. Digalakkan juga menggunakan bahagian belakang telapak tangan agar anda tidak menyebarkan kuman tersebut melalui sentuhan pada kerusi, meja buku dan sebagainya.

Seeloknya, basuh tangan segera selepas menutup mulut apabila bersin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)