Seorang lelaki cuba mengejar dan membuka pintu lori tangki minyak, akibat perasaan marah dan kurang senang terhadap bunyi hon yang dikeluarkan oleh pemandunya.
Tetapi, sikap terburu-buru tersebut menerima kesudahan buruk apabila dia terjatuh sebelum digilis oleh lori berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat, beliau menyangkal rakaman video yang tular di media sosial merupakan cubaan kes samun.
Terangnya, insiden berlaku di Jalan Buluh Kasap, Segamat menuju ke Seremban sekitar pukul 4.45 petang, Isnin lepas.
Kes disebabkan oleh dua lelaki yang menunggang motosikal tidak berpuas hati dengan perbuatan pemandu lori tangki minyak itu yang membunyikan hon.
Selepas itu, mereka mula mengekori lori tersebut sebelum pemboncengnya cuba menaiki pintu lori yang sedang dipandu.
Malangnya, usahanya itu gagal menyebabkan mangsa digilis dan mengalami cedera parah di bahagian kaki.
Bagaimanapun, identiti mangsa masih tidak diketahui.
Sumber sepenuhnya: Mynewshub & Buletin TV3