Kredit foto: Instagram Sissy Imann

Kerana tercekik benda asing dalam burger yang dijamahnya, penyanyi Sissy Imann terpaksa dikejarkan ke hospital minggu lalu.

Sissy tampil menceritakan pengalaman ngeri itu di laman Instagram sejurus selepas menjalani rawatan beberapa hari lalu.

Dalam sebuah temubual bersama Sinar Harian, Sissy berkata, doktor telah mengesahkan bahawa tiada benda asing yang membuatkannya tercekik.

“Sissy tak tahu apa benda yang tersekat pada tekak, yang pasti ia terasa seperti benda tajam yang melintang dan menyebabkan tekak Sissy luka dan berdarah," katanya.

Dalam masa sama, hasil pemeriksaan juga tidak mengesan apa-apa walaupun menerusi penggunaan kamera.

“Apabila tiba di hospital, doktor mengesahkan benda tersebut telah turun ke perut. Walaupun dimasukkan kamera, namun tidak dapat dipastikan apa bendanya kecuali kesan luka," katanya.

Sementara itu, Sissy meluahkan rasa syukur kerana insiden itu tidak memberi pengaruh besar terhadap kesihatannya.

“Apa pun syukur alhamdulillah, ia cuma luka dan tidak memberikan kesan yang lebih buruk pada Sissy,” katanya.

Namun beliau masih merancang untuk membuat pemeriksaan susulan pada minggu ini bagi memastikan kesihatan tubuhnya benar-benar berada dalam keadaan baik.

“Sekarang tekak masih rasa sakit macam bengkak, mungkin kerana kesan luka itu. Apa pun Sissy lega bila doktor cakap tak ada apa-apa dan tak kacau vokal chord,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian 




Hakcipta iluminasi.com (2017)