wow rupanya ogy ahmad daud peminat no 1 bintang big stage ini 1

Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud

Kehebatan bintang Big Stage, Sissy Imann menerima pujian pelakon tersohor, Ogy Ahmad Daud yang mengagumi keunikan bakat dimilikinya.

Ogy atau nama penuhnya, Fauziah Datuk Ahmad Daud memberikan respon berkenaan di laman Instagram susulan penyingkiran Sissy dalam konsert Big Stage Ahad lalu.

"Tersingkir atau tidak, saya masih peminat nombor satu awak, Sissy Imann. Awak adalah permata.

"Awak tak perlukan undian TikTok. Kalau dah berlian disaluti lumpur sekalipun akan tetap bersinar.

"Teruskan menjadi diri awak, kesayanganku Sissy. Awak unik.

"Sentiasa menyukai suara dan gaya awak. Awak asli. Sayang awak," tulis Ogy.

Kiriman Ogy seterusnya telah mendapat perhatian daripada Sissy yang melahirkan rasa terharu atas penghargaan diberikan.

Sissy dengan rendah dirinya berkata, dia yang masih belajar untuk meningkatkan prestasi, bagaimanapun berasa teruja apabila disapa pujian oleh seseorang yang mempunyai nama besar dalam industri hiburan.

wow rupanya ogy ahmad daud peminat no 1 bintang big stage ini 2

Kredit foto: Instagram Sissy Imann

"Meskipun kesemua perkara yang saya perlu belajar dan pertingkatkan, saya amat gembira dan bersyukur kerana bintang hebat dalam industri seni, betul-betul menerima muzik saya dan diri saya seadanya. Saya sayang awak, Kak Ogy," tulisnya.

Terdahulu, Sissy menjadi peserta ketiga tersingkir daripada pertandingan minggu keempat program realiti itu.

Sementara itu, tujuh peserta lain yang mara ke minggu hadapan ialah Tajul, Arif Bahran, Syafiq Farhain, Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Afieq Syazwan dan Baby Shima. 


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)