nabila razali masuk hospital keadaan semakin teruk sejak sabtu 1

Kredit foto: BH Online

Penyanyi dan aktres, Nabila Razali, 26, dimasukkan ke Pusat Perubatan Tawakal selepas mengalami sakit perut dan lemah badan sejak Sabtu.

Kata pengurusnya, Ash, keadaan Nabila yang semakin teruk memaksanya mendapatkan rawatan susulan, sebelum ditempatkan di wad untuk pemeriksaan lanjut.

“Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam.

“Pada mulanya dia sangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan, doktor mendapati dia keracunan makanan dan dehidrasi, lalu terus dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu menangguhkan seketika penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang sebelum ini baharu sahaja disambung selepas cuti Aidilfitri.

Dalam pada itu, Ash berkata, belum ada perkembangan terkini dimaklumkan pihak hospital berhubung keadaan kesihatan beliau.

nabila razali masuk hospital keadaan semakin teruk sejak sabtu 2

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

“Pihak hospital belum maklumkan perkembangan kesihatannya dan tidak tahu bila akan keluar,” katanya.

Ash turut meminta semua pihak mendoakan agar Nabila diberi kesembuhan segera seperti sediakala.

“Selain penggambaran ada juga beberapa undangan persembahan hujung minggu ini, apa-apa pun sama-sama kita doakan kesihatannya kembali seperti biasa ,” katanya.


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)