Pada 9 Mei 2014, seorang pegawai diplomatik yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand telah didakwa memecah masuk ke dalam rumah seorang wanita tempatan dan melakukan serangan seksual terhadapnya. 

Namun, pegawai diplomatik ini memohon imuniti diplomatik dan dibenarkan pulang ke tanah air bersama keluarganya.

Pada tahun 2010, seorang diplomat Qatar Mohammed al-Madadi menyebabkan ketakutan di atas pesawat dari Washington D.C ke Denver, dengan merokok di tandas pesawat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila berhadapan dengan tentera AS, dia dilaporkan membuat jenaka tentang menyalakan bom dalam kasutnya dan menyatakan bahawa dia memiliki imuniti diplomatik.

diplomat qatar mohammed al madadi cetuskan kebimbangan dalam pesawat

(Diplomat Qatar Mohammed al-Madadi)

Persoalannya, sejauh mana imuniti diplomatik ini boleh digunakan?

Istilah "imuniti diplomatik" atau "kekebalan diplomatik" merujuk kepada prinsip undang-undang antarabangsa yang mengehadkan sejauh mana kakitangan dan pegawai pemerintah asing dan organisasi antarabangsa tertakluk kepada kuasa pegawai polis dan hakim di negara mereka yang bertugas.

Adakah ini bermaksud pegawai asing boleh terlepas dari segala kesalahan di negara tempat mereka bertugas, seperti yang diandaikan? Jawapannya adalah tidak.

Artikel ini akan melihat dengan lebih dekat standard undang-undang sebenar yang mengawal kekebalan diplomatik, terutama di Amerika Syarikat. Dasar bagi perkara ini adalah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, yang telah diterima pakai oleh A.S.

Sebenarnya, prinsip kekebalan diplomatik tidak terpakai kepadasemua pegawai dan pekerja kerajaan asing atau organisasi antarabangsa.

Namun apabila ia terpakai, ia terpakai secara berbeza untuk kategori dan subkategori yang berlainan bagi orang dan keluarga mereka, bergantung pada keadaan.

Perlu diketahui bahawa kekebalan diplomatik adalah berbeza dari "kekebalan berdaulat," yang terpakai untuk orang dan harta kerajaan asing sendiri dan tidak dibincangkan dalam artikel ini

Kekebalan diplomatik untuk kakitangan kedutaan

apa itu imuniti diplomatik

Ejen diplomatik iaitu pegawai kedutaan berpangkat tinggi sebagai contoh duta besar) yang berkhidmat terhadap fungsi yang berurusan secara langsung dengan pegawai negara tuan rumah mereka bagi pihak negara asal mereka, menikmati tahap kekebalan tertinggi. Perkara yang sama terpakai untuk ahli keluarga mereka.

Polis tidak boleh menahan, menangkap atau menggeledah atau merampas rumah dan harta benda lain milik mereka. Diplomat tidak boleh didakwa atau dipaksa hadir di mahkamah jenayah.

Mereka juga tidak boleh disaman di mahkamah sivil, kecuali untuk penglibatan peribadi mereka (tidak rasmi) dalam urusan komersial, hartanah, atau harta pusaka tertentu, atau untuk aktiviti profesional mereka yang berasingan. 

Sebagai contoh: Seorang duta yang disaman kerana gagal membayar premium gadai janji rumah peribadinya mungkin kehilangan hak milik rumahnya tetapi tidak boleh dipaksa membayar ganti rugi dan mungkin tidak diusir.

Kategori kedua kakitangan kedutaan iaitu kakitangan pentadbiran dan teknikal (sebagai contoh setiausaha) yang secara langsung membantu aktiviti diplomatik, menikmati kekebalan yang sama dari segi tindakan polis dan mahkamah jenayah, tetapi menikmati tahap kekebalan yang lebih rendah dalam hal mahkamah sivil.

Mereka boleh disaman seperti orang lain, kecuali tindakan yang dilakukan berkaitan dengan fungsi rasmi mereka. Pengecualian ini tidak diberikan kepada ahli keluarga mereka. 

Oleh itu, seorang setiausaha kedutaan yang gagal membayar premium gadai janji rumah peribadinya bukan sahaja kehilangan hak miliknya tetapi juga boleh disaman rugi, tetapi dia mungkin tidak boleh diusir.

kes pembunuhan abang kim jong un yang melibatkan diplomat korea utara

(Kes pembunuhan abang kepada pemerintah Korea Utara iaitu Kim Jong Un yang melibatkan diplomat negara itu)

Dan bagi kakitangan kedutaan lain seperti pemandu, yang membantu aktiviti diplomatic secara tidak langsung, menikmati tahap kekebalan yang paling rendah.

Mereka mempunyai kekebalan (baik dari segi jenayah atau sivil) hanya untuk tindakan yang dilakukan berkaitan dengan peranan kedutaan mereka. Anggota keluarga mereka sama sekali tidak mendapat kekebalan.

Namun, terdapat pengecualian.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, kedua-dua kategori kedua dan ketiga kakitangan kedutaan yang dinyatakan di atas mungkin menikmati kekebalan seperti ejen diplomatik.

Namun, ini hanya berlaku negara asal dan negara tuan rumah mengadakan perjanjian khas untuk tujuan tersebut.

Selain itu, kerajaan negara asal juga boleh mengetepikan kekebalan diplomatik.

Dan yang terakhir, tiada kekebalan yang terpakai terhadap kakitangan kedutaan (atau anggota keluarga kakitangan tersebut) yang merupakan warganegara atau penduduk tetap di negara tuan rumah.

Kekebalan diplomatik untuk kakitangan konsular

konsulat malaysia

Secara umumnya, kakitangan konsular kurang mendapat kekebalan berbanding pegawai kedutaan.

Pegawai Konsular (konsul kerjaya dan pegawai kerajaan asing lain yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan dokumen perjalanan, mempromosikan perdagangan atau pelancongan, dan fungsi serupa) menikmati kekebalan penuh untuk tindakan yang dilakukan berkaitan dengan fungsi rasmi mereka.

Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada pendakwaan jenayah, kecuali mereka hanya boleh ditahan bagi kes-kes jenayah berat. Tiada pengecualian terpakai terhadap ahli keluarga mereka yang langsung tidak menikmati kekebalan ini.

Harta benda mereka boleh diperiksa oleh pegawai polis, boleh disaman seperti orang awam tempatan, namun mereka dilarang (oleh undang-undang antarabangsa) untuk terlibat dalam kegiatan komersial atau profesional di luar fungsi rasmi mereka.

Kakitangan pentadbiran dan teknikal Konsulat tidak dilarang melakukan aktiviti komersial atau profesional di luar fungsi rasmi mereka. Namun, mereka menikmati kekebalan hanya untuk tindakan yang dilakukan berkaitan dengan fungsi rasmi mereka.

Kakitangan konsular lain hampir tidak mempunyai kekebalan, kecuali mereka tidak boleh dipaksa untuk tampil sebagai saksi di mahkamah dengan tujuan memberikan bukti mengenai urusan rasmi konsular.

Namun, tetap terdapat pengecualian di sini.

Kakitangan konsular mungkin menikmati kekebalan hampir sama dengan ejen diplomatik berdasarkan perjanjian khas antara negara asal mereka dan negara tuan rumah.

Tiada kekebalan yang terpakai untuk pegawai konsular yang merupakan warga negara atau penduduk tetap di negara tuan rumah, kecuali konsul kehormat menikmati kekebalan untuk tindakan yang dilakukan berkaitan dengan fungsi rasmi mereka.

Kekebalan Diplomatik untuk Wakil dan Kakitangan Organisasi Antarabangsa

pegawai diplomatik imuniti diplomatik kebal undang undang

(Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri Malaysia ketika ini)

Menariknya, undang-undang antarabangsa biasanya kurang penting daripada undang-undang negara dalam hal menentukan kekebalan wakil dan kakitangan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Tabung Kewangan Antarabangsa.

Di bawah undang-undang AS, wakil kerajaan antarabangsa yang berpangkat tinggi (anggota misi nasional yang ditugaskan untuk organisasi antarabangsa) biasanya menikmati kekebalan seperti mana ejen diplomatik, sementara semua kakitangan misi nasional menikmati kekebalan hanya untuk tindakan yang dilakukan berkaitan dengan fungsi rasmi mereka.

Begitu juga, kebanyakan anggota organisasi antarabangsa menikmati kekebalan hanya untuk tindakan yang dilakukan berkaitan dengan fungsi rasmi mereka, sementara sebahagian (tetapi bukan semua) pegawai tinggi kadang-kala menikmati kekebalan yang hampir sama dengan ejen diplomatik.

Sebagai contoh: Ketua Setiausaha PBB menikmati kekebalan diplomatik sepenuhnya, tetapi Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (seperti yang kita lihat dalam kes Dominique Strauss-Kahn pada tahun 2011) tidak.

Salah faham tentang kekebalan diplomatik

apa itu kekebalan diplomatik

Kekebalan diplomatik tidak bermaksud bahawa mereka yang tertaluk boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan dan terlepas darinya.

Pegawai polis dibenarkan untuk tidak mengambil kira tentang kekebalan ini bila-bila masa yang diperlukan untuk mencegah jenayah berat atau bahaya yang pasti terhadap keselamatan orang ramai.

Dalam kes kesalahan lalu lintas, walaupun kenderaan diplomatik mungkin tidak ditahan, namun pegawai polis masih dibenarkan untuk mengeluarkan saman, dan pemerintah tuan rumah boleh menggantung hak memandu. 

Selain itu, negara tuan rumah boleh meminta agar negara asal mengetepikan kekebalan bagi suspek kes jenayah. Sebagai alternatif, negara tuan rumah boleh mengusir suspek dari wilayah mereka.

Akhir sekali, terutamanya apabila prinsip ini hanya terpakai untuk tindakan yang dilakukan berkaitan dengan fungsi rasmi, penting untuk kita ketahui bahawa hakim negara tuan rumah sendiri yang dapat menentukan had kekebalan.

Rujukan:

1. Sky News

2. Nolo

3. Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)