Oleh pada 18 Jan 2020 kategori

carrot good for vision benarkah lobak merah baik penglihatan

Sayur-sayuran adalah makanan yang sangat baik untuk tubuh badan. Ia membekalkan pelbagai serat dan vitamin yang diperlukan badan untuk berfungsi dengan baik.

Setiap sayur-sayuran mempunyai manfaat dan kebaikan tersendiri, serta mampu mencegah penyakit. Dan antara salah satu sayur-sayuran yang popular sudah tentunya lobak merah.

Bercakap mengenai lobak merah, pastinya ramai daripada kita yang akan mengaitkan sayuran ini dengan penglihatan.

Kita sering mendengar malah ibu kita sendiri memberitahu bahawa jika inginkan memperbaiki tahap penglihatan, kita perlu makan lobak dengan secukupnya.

Namun, adakah ini benar atau sekadar mitos?

Dari mana asal mitos ini?

lobak merah dan perang dunia kedua

Asal usul mitos ini adalah dari Perang Dunia II dan sebenarnya berdasarkan kepada sedikit kebenaran.

Lobak merah kaya dengan beta karotena dan ia ditukarkan oleh badan kepada vitamin A yang dikenali sebagai "retinal". 

Retinal merupakan molekul utama yang terlibat dalam mengekalkan penglihatan normal.

Tetapi jika anda kekurangan vitamin A dengan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti mengalami masalah penyerapan makanan tidak sempurna, ketagihan minuman keras, maka vitamin A dalam badan tidak akan dapat memperbaiki penglihatan bermasalah.

mitos lobak merah dapat meningkatkan tahap penglihatan

Antara makanan lain yang mengandungi vitamin A termasuklah ubi keledek dan juga sayuran hijau. Tetapi mengapa lobak merah sahaja yang ditekankan dapat memperbaiki tahap penglihatan kita?

Sebenarnya ini adalah satu mitos. Peningkatan pengambilan lobak merah dalam diet tidak akan membuatkan mata anda menjadi semakin baik. 

Lobak merah dan Perang Dunia II

lobak merah dan perang dunia kedua 277

Tanggapan bahawa lobak merah mampu memperbaiki penglihatan wujud disebabkan oleh Tentera Udara Diraja British semasa Perang Dunia II.

Apabila juruterbang Tentera Udara Diraja British menggunakan radar untuk kali pertama bagi mengesan dan menembak jatuh pesawat musuh, mereka mahu menyembunyikan teknologi "canggih" dan baru ini.

Oleh itu, mereka menyebarkan khabar angin bahawa juruterbang mereka memakan banyak lobak merah, yang mana meningkatkan tahap penglihatan mata dan dapat melihat dengan lebih baik pada waktu malam.

Propaganda ini tersebar dengan tersangat pantas dan tak lama kemudian, semua orang di Britain makan lobak merah supaya mereka mendapat manfaat yang sama. 

"Fakta" rekaan ini kekal dalam minda masyarakat dunia dan sehingga kini, kita diberitahu untuk memakan lobak merah bagi meningkatkan tahap penglihatan.

Apa kebenaran disebalik ini?

adakah lobak dapat meningkatkan tahap penglihatan 389

Walaupun beta karotena tidak akan memberi anda penglihatan 100%, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa karotenoid ini dapat membantu sesetengah orang yang mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD).

AMD adalah penyebab utama kebutaan pada individu berusia 55 tahun ke atas.

Kajian Penyakit Mata (AREDS), yang ditaja oleh Institut Mata Nasional kerajaan persekutuan Amerika Syarikat mendapati bahawa formula yang mengandungi beta karotena yang tinggi, bersama dengan vitamin C dan E dan zink, dapat mengurangkan perkembangan AMD pertengahan kepada AMD lanjutan.

Akan tetapi, pengambilan beta karotena yang belebihan juga boleh memberikan kesan buruk seperti meningkatkan risiko barah paru-paru bagi perokok dan bekas perokok.

sumber sayuran vitamin a

Selain daripada lobak merah, ubi keledek, betik dan lada merah juga mengandungi tinggi beta karotena. Makanan-makanan ini sangat baik sebagai satu strategi untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mata.

Namun, ia tidaklah menjadikan mata anda seperti mata burung hantu atau kucing.

Rujukan:

1. Berkeley Wellness

2. Myth That Carrots Help You See in the Dark – Smithsonian

3. Scientific American

4. Science

5. Carrots & Eye Health: How the Myth Began – Live Science



Hakcipta iluminasi.com (2017)