Oleh pada 20 Nov 2017 kategori

Penerangan khas tentang isu ini telah diutarakan oleh pihak The Patriots Asia, iaitu satu komuniti yang seringkali membincangkan topik sejarah Melayu dan Islam. Penerangan ini telah dibuat oleh saudara Helmi Effendy juga salah seorang penulis untuk The Patriots Asia.

Amalan persandingan sebenarnya bukanlah amalan yang diwarisi daripada ajaran Hindu. Pelbagai bangsa yang wujud sebelum kedatangan Hindu sudah mengamalkan budaya ini. Namun apabila segelintir masyarakat Malaysia yang tidak ada latar beakang ilmu sejarah cuba membicarakan tentang hal ini, maka terjadilah fitnah ke atas budaya masyarakat tertentu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebudayaan persandingan tidak ada kena mengena dengan mana-mana agama di dunia, sebaliknya ianya sebuah amalan kebudayaaan yang terdapat dalam pelbagai bangsa. Amalan ini sebenarnya merupakan amalan universal iaitu amalan yang boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat dan agama di seluruh dunia.

Islam Bukan Pembunuh Adat Dan Budaya

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu bukan untuk membunuh adat dan kebudayaan sebuah bangsa selagi ia tidak ada kena mengena dengan sebarang ajaran agama Islam. Sebaliknya, setiap adat dan budaya itu mesti disesuaikan dengan syarak dan ajaran Islam.

Sebagai contoh, kedatangan Islam telah memberi nafas baru kepada penggunaan keris dan falsafah Hindu-Buddha telah dibuang daripada pemakaian keris. Sama juga seperti keris, seni bela diri silat juga disesuaikan dengan ajaran Islam dan sebarang falsafah daripada agama lain yang bertentangan dengan syarak telah dibuang.

Ramai orang Islam akan menerima sesuatu budaya itu jika ia datang daripada Arab. Walau bagaimanapun jika sesuatu budaya datang daripada kaum India atau Cina, kebanyakkan akan terus menganggap perkara tersebut haram diamalkan kerana bercanggah dengan hukum.

Persandingan Masyarakat Arab

hukum persandingan arab

Persandingan Yang Berlaku di Palestin

Pelamin telah lama digunakan oleh masyarakat Arab sejak dahulu lagi dan ia dikenali sebagai al-Minassah. Al-Minassah ialah kursi atau katil yang ditinggikan dan dihias untuk memperlihatkan pengantin kepada orang ramai. (Berdasarkan rujukan al-Misbah, al-Munir, al-Mu'jam, al-Wasit dan al-Ghaniy)

Walaupun persandingan diamalkan oleh masyarkat Arab lama, ia masih lagi kekal di Palestin. Selain masyarakat Palestin, masyarakat Parsi (Iran) juga telah mengamalkan persandingan dengan caranya tersendiri. Perkara ini telah dicatat pada zaman kerajaan purba Parsi lagi dan ia masih lagi diwarisi sehingga ke hari ini.

amalan persandingan masyarakat parsi purba

Perkahwinan Masyarakat Parsi (Iran)

Sebuah kumpulan etnik Turki iaitu Ughyur juga mempunyai budaya perkahwinan mereka tersendiri. Pasangan suami isteri akan didudukkan di atas sebuah kereta kuda dan orang ramai akan menyaksikan pergerakan kereta kuda tersebut. Masyarakat Mongol pula akan mempunyai budaya persandingan di dalam sebuah khemah berbentuk rumah tradisional Mongol yang lama.

Sejarah Kedatangan Persandingan

kedatangan budaya bersanding masyarakat mesir purba

Persandingan terawal yang tercatat dalam sejarah merupakan persandingan Mesir Purba. Mesir Purba merupakan antara tamadun terawal yang wujud di dunia dan sejarah persandingan telah muncul sejak dahulu lagi. Terdapat banyak rekod yang menunjukkan bukti bahawa persandingan telah berlaku pada Mesir Purba.

Antaranya ialah ukiran patung lelaki dan perempuan yang sedang bersanding. Mereka duduk di atas kerusi semasa persandingan berlaku. Selain itu, terdapat juga tulisan dalam bentuk tulisan Mesir Purba berserta gambar lukisan yang begitu jelas menunjukkan persandingan telah lama wujud sejak zaman ini.

persandingan masyarakat mesir purba

Jika persandingan wujud pada zaman Mesir Purba, mengapa segelintir menganggap ia merupakan ajaran agama Hindu? Ramai juga yang tidak tahu tentang sejarah kebudayaan tetapi banyak pihak yang memandai tentang isu ini. Itu bukanlah isu utama tetapi masalah timbul apabila ada yang mengharamkan budaya persandingan tanpa ada bukti yang kukuh.

Adakah Hukum Bersanding Haram?

Ramai orang yang cetek ilmu agamanya tetapi banyak mengeluarkan "fatwa" sendiri tentang isu bersanding. Hukum bersanding ini bergantung kepada sebab persandingan itu diadakan dan ia berbeza mengikut situasi. Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis telah membuat pencerahan tentang isu ini seperti yang berikut.

Jika ia dilakukan kerana kepercayaan-kepercayaan yang karut seperti "menabur beras kunyit kepada pelamin dengan sebab mahu menguatkan hubungan perkahwinan" sememangnya ia haram. Oleh sebab amalan yang dilakukan itu telah bercanggah dengan syarak kerana kepercayaan tersebut mempunyai unsur khurafat dan syirik, maka ia diharamkan. Selain itu, persandingan yang menyebabkan pembaziran juga tidak dibenarkan kerana pembaziran itu amalan syaitan.

Namun, terdapat situasi di mana persandingan dibolehkan dengan syarat tidak berlawanan dengan syarak. Contohnya, persandingan dilakukan untuk memperlihatkan pengantin lelaki dan perempuan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan supaya mereka mengetahui siapa yang berkahwin.

Persandingan seperti ini dibolehkan kerana ia menyebarkan berita tentang perkahwinan yang telah berlaku ke atas satu pasangan. Malah, Islam juga menyarankan kita untuk melakukan wahlimatul urus dan menceritakan tentang perkahwinan antara satu pasangan agar fitnah boleh dielakkan pada masa hadapan.

Berikut merupakan beberapa gambar yang menunjukkan persandingan yang berlaku dalam pelbagai etnik masyarakat dan negara di seluruh dunia:

1. Negara Korea

  budaya bersanding masyarakat korea

2. Masyarakat Mongol

budaya persandingan masyarakat mongolia

3. Etnik Burma

perkahwinan burma 223

4. Etnik Khmer

perkahwinan cina 952

5. Masyarakat Siam

budaya perkahwinan dan bersanding di siam     

6. Negara Pakistan

budaya perkahwinan bersanding di pakistan

7. Etnik Uyghur

walimatul urus 686

8. Melayu Proto

melayu bersanding 938

Nota Editor : yang menjadi larangan adalah pembaziran dan dengan sengaja mengikuti upacara keagamaan agama lain, bukan adat bersanding itu sendiri. Seperti yang diperkatakan oleh Dr. Maza dalam video di atas, bersanding itu tidak menjadi masalah sekiranya atas tujuan untuk hebahan atau memperkenalkan pengantin kepada kenalan dan sanak saudara. 

sumber: The Patriots Asia




Hakcipta iluminasi.com (2017)