Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Isteri penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah dalam kiriman Instagram terbarunya berkongsi momen kenangan ketika berada di labour room.

Rakaman tersebut memaparkan kompilasi video kelahiran bayi lelakinya, Mohamad Ayden Adrean pada 8 Julai lalu.

Mengakui bertuah kerana berpeluang merasai sendiri detik berharga sebagai seorang ibu, Bella turut merakamkan ucapan penghargaan kepada ibunya kerana melahirkan dirinya ke dunia.

bella astillah kongsi video kelahiran anak netizen sebak 2

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Mari saya kongsikan video ini untuk anda semua pengikut kesayangan saya. Momen berharga ini dirakamkan. Meskipun tidak bersedia untuk kelahiran ini, saya berbangga dan bersyukur kerana berpeluang merasai satu daripada momen terindah dalam hidup yang ketika itu turut dikelilingi oleh keluarga saya. Saya hargai semua ibu-ibu di dunia terutamanya ibu saya. Sebagai anak, kita perlu jaga perasaan ibu dan ayah kita. Jagalah maruah mereka dengan hanya menjaga diri kita. #AnugerahAllahSWT

Menerusi reaksi balas netizen, rata-ratanya tidak dapat menahan sebak melihat pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan anak. Apatah lagi Bella terpaksa menanggung isu yang melanda rumah tangga di saat masih dalam tempoh berpantang.

bella astillah kongsi video kelahiran anak netizen sebak 3

Kredit foto: ohbulan.com

Ini pastinya memberikan pengajaran kepada anak-anak di luar sana agar lebih menghargai jasa seorang ibu. Kami kongsikan video tersebut yang pasti mengundang air mata anda. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)