Tulisan asal ini ditulis oleh Bendahara Alam Warisan di akaun Facebook beliau. Beliau merupakan Pengerusi dan CEO Yayasan Pendidikan Malaysian dan Pengasas Ladang Alam Warisan.

Beberapa pembetulan ejaan dan perkataan telah dilakukan (tanpa mengubah maksud asal penulisan) untuk memudahkan pembacaan para pembaca di Iluminasi.com

Aku mangsa buli. Aku tidak pernah cerita benda ini pada orang. Selepas tengok kes buli pakai sterika panas ini, aku rasa aku kena buat sesuatu sebab mamat ini macam kawan aku yang mati kena buli disekolah berasrama penuh. Boleh sahaja aku hendak petik nama sekolah agama berasrama penuh ini, tapi malas aku hendak panjangkan cerita. Di sekolah agama pun bebudak pembuli ini boleh bunuh orang lah, bukan setakat institusi tinggi yang disebut sebut ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

4 years it takes for my best friend untuk mati. Internal organ banyak yang rosak paru-paru dan semua daripada asbab kena belasah beramai-ramai ini.

Setiap kali hari Raya aku akan lawat mak dia. Ramadan ini sekali lagi kes macam ini timbul. Semoga arwah-arwah ini ditempatkan dikalangan orang beriman.

Pengalaman Dibuli Di Sekolah

Di asrama masa belajar aku sering kena pukul.

Mari aku definisikan pukul itu macam mana: kena lempang sekuat kuatnya, kena tendang sekuat kuatnya, kena tumbuk sekuat kuatnya, kena pijak, kepala kena pijak kat atas simen. Bukan atas bantal. Kena tendang, kepala kena sepak macam bola sepak (dia buat macam hendak ambil penalty) .

The next day lepas kena pukul selalu aku akan muntah darah pernah sekali darah keluar dari telinga. Sebab apa? Alasan membelasah adalah mereka kata badan aku sedap, dan aku tidak ikut cakap senior kena basuh baju ambil teh la apa bagai. Kata aku kurang ajar tidak hormat. Aku sudah macam malaikat masa itu depa kata aku kurang ajar. Apa bagai dalam words aku kat atas tu aku leave to your imagination.

Aku sudah cuba mengadu, azab duduk asrama ni. Belajar tidak menentu penuh ketakutan dan tiada siapa peduli. Cakap pada ibu ayah pun macam tiada beza. Sebab depa tidak akan bantai muka kau. Lebam sikit-sikit itu biasa kat muka. Mungkin mak ayah aku pun tidak tahu apa hendak dibuat.

Masa kena pukul kenapa kau tidak melawan? Hahahahha kau tidak kena beduk reramai dalam gelap boleh la kau cakap tidak melawan. Kau melawan arwah dah kau tak dapat pun nak bukak Ladang Alam Warisan dah tak sempat nak form Yayasan Pendidikan Malaysian dah. Tidak sempat bro. Arwah dah kau kalau kau melawan.

Tak kuasa nak melawan sebab mereka akan lauk kau dalam gelap. So kau tadah sahajalah. Redha dan masa itu kau fikir mana Allah. Kau sebut Allah Allah pun, lagi naik hantu depa. So kau diam sahaja. Nanti depa tengok la kau pengsan ke tak. Aku banyak kali pitam nak pengsan tapi aku kawal kena sedar selalu sebab silap haribulan mampus aku. Ataupun koma.

Masa ini kau tertanya apa sebab kau dilahirkan dibesarkan penuh pengharapan kasih sayang mak abah kau. And that particular moment kau yang kononnya hendak belajar jadi orang berguna, makan tapak kaki dan penumbuk orang sahaja. What a shitty event, and it happened almost dua kali seminggu. So kau boleh budget bila kawan kau akan beritahu kau senior panggil. So kau akan kena lauk. Masa itu kau mengucap sahajalah banyak-banyak. Kot mampus time tu kan. Ko gelak bila baca. Tak kena kat batang hidung sendiri ok lah.

Masa kena pukul kau akan kena maki kau akan kena gertak kau akan kena carut dan semua kata-kata buruk akan keluar. Paling banyak doa suruh kau mampus la masa kau kena pukul tu.

Lepas kau lembik kau akan dicampak keluar. Kau bawa diri kau, kau basuh luka kau darah kau dan hingus kau tepi paip kemudian kau ambil wuduk duduk surau. Tak semayang pun sebab rusuk kau macam kena hiris bila nak rukuk. So masa itu kau berdoa, dalam pening. Kau doa Allah balas balik apa yang depa sudah buat. Aku anak sulung tiada abang. Mana aku hendak mengadu? Masa itu tiada FB lagi. Handphone pun tiada. Hendak mengadu pada siapa? Allah sahaja laaaa...

Apa daa gi surau, pergi jumpa warden lah mengadu. Hahahahaa kau gila? Malam itu kau tidur di mana? Dorm kau kan. Tepi katil kau depa sudah tunggu. Tidak dapat di dorm, dalam bilik air. Tidak di bilik air di luar masa outing. Hahahahaha korang jangan poyo la kata hadap jelah. Kalau dah 15 orang kau hendak kena hadap, kawan-kawan kau tengok sahaja. Kau rasa kau hendak buat apa?

Aku feel arwah ni. Aku dapat rasakan apa yang dia lalui. Azab. Menitik air mata aku. Sorry emo. Yalah anak orang mati kan. Aku ada anak dua. Susah aku nak besarkan mereka.

Kesan Buli Pada Diri

Aku pendekkan cerita...

Form 4 aku keluar asrama. Sebab aku jadi manusia paling buas. Masa tu ringan je tangan ni. Rasa lepas join team rugby semua orang aku nak pukul. Even senior-senior pun aku nak pukul. Lawan STJ bukan nak main rugby tapi hendak belasah orang. Masa itu aku baru kenal kekuatan.

Aku keluar asrama sebab tidak mahu aku pula jadi orang yang meneruskan tradisi ini. It stop with me.

I become a person with so much rage.

Deep inside its like a feeling where kalau aku dapat cari semua yg pernah buli aku, aku akan sembelih dan hirup darah mereka. Really. Sekarang sudah kurang. Paling kuat kalau jumpa aku tumbuk sahaja muka dia. Sembelih nanti masuk lokap pula.

At the same time I become a person yang sangat rendah self esteem.

Rasa rendah diri, tidak yakin dengan diri sendiri. It damage me as a young teenager.

Then masa matriks aku jadi ketua pelajar. Masa itu dah jadi lain. I learn to lead and to help people in need. Aku guna kekuatan untuk tolong orang lemah orang teraniaya.

Masa ni adik aku pula kena buli. Masa belajar di matriks ini umur dalam 18 tahun. Aduii jilake. Hahahah terus hilang sabar, iyalah aku sudah terbayang adik aku jadi arwah kot.

Aku tanya nama siapa buat apa pada adik aku. Dia beritahu. Aku buru aku cari terus bagi pelempang. Kecil sahaja budak dia muka mulus gila. Ini pembuli? Hahahaha korang jangan tidak tahu. Muka innocent hensem baik itu lah pembuli. Muka pecah rumah tu segan hendak jumpa orang. Then aku warning satu dorm form 4, siapa buli orang tidak akan report polis aku tidak akan tunggu luar, aku akan datang aku akan masuk dorm aku akan baling budak pembuli ini kebawah. Masa ini baru 18 tahun (gertak sahaja, belum tentu aku buat lagi. Tapi kalau buat tidak tentu lagi).

I made my point. Gigil semua budak-budak itu. Aku rasa suara aku ini yang kenal sahaja akan tahu macamana bunyinya. Adik aku pun tidak tahu aku buat benda ini sebab aku tidak mahu dia takut. Alhamdulillah tiada sudah kes macam ini berlaku. Aku cakap kat senior-senior. Budak-budak junior ini semua ada nombor telefon aku. Mereka mengadu sahaja, aku kutip. So sejak daripada itu tidak pernah ada budak mengadu kena buli sampai adik habis belajar.

Masa universiti aku jumpa satu group. Group ini ubah aku jadi leader bagi semula keyakinan diri untuk terus hidup sebagai manusia berguna.

Sejak jadi anak ledang belajar aku makin baik, aku jadi orang paling cemerlang pelajaran dan kepimpinan masa di Uitm. Dapat anugerah, Tan Sri Ibrahim Abu Syah bagi. Alhamdulillah. Masa di uni aku banyak tolong orang susah dan backup orang gaduh. Most of my friends tidak tahu perkara ini. Tapi kaki gaduh ini biasalah aku buat secara part time. That rage perlu di salurkan be benda yg sepatutnya. Hehehe. Sekarang sudah tiada.

That rage sudah disalurkan ke tempat lebih baik. Tapi jauh disudut hati, aku masih trauma.

Sekarang saya tubuhkan satu yayasan nama dia Yayasan Pendidikan Malaysia, untuk mendidik anak bangsa. Banyak lagi yang kita hendak buat, dan kena buat. Pelajaran sudah ada kementerian yang cover namun usaha mendidik anak bangsa ini tiada. Adakah orang yang mendidik sekarang? Mengajar adalah. Cikgu pun naik fed up dah tengok perangai budak-budak ini di sekolah. Di universiti pun. Kurang ajar lain macam. Dalam Twitter, Instagram selamba badak kutuk guru, kutuk lecturer. Kutuk tidak apa lagi, siap tumbuk cikgu! Haiihhh. Sebab tiada didikan. Semua tentang konsep akademik cemerlang tapi tidak pada pendidikan tentang kehidupan.

Idea Penubuhan Ladang Alam Warisan

Aku buka Ladang Alam Warisan. Dekat ladang ini kami buat motivasi bagi budak budak ini berani. Ajar tentang kehidupan, tentang adab, tentang agama. Pesan-pesan pada mereka. Alhamdulillah sudah berjalan 6 tahun. Target aku sekolah berasrama penuh dan sekolah asrama. Tapi it's too small. Kena buat gerakan lebih besar lagi. Kena tap audience yang lebih luas lagi.

Belajar tinggi tapi bodoh. Maaflah kasar ayat aku ini. Tapi belasah sampai berstrerika sampai mampus itu tahap bodoh la tu. Bahasa apa pulak nak diberi lagi. Ini reality pelajar hari ini.

Aku harap kita semua, dapat didik anak anak bangsa, dekat sekolah rendah sekolah menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi. Budaya buli ini kena diberhentikan. Kasih sayang perlu dipupuk, keberanian perlu diterapkan dengan didikan yang betul.

Dengan adanya satu pasukan yg khusus memantau masalah buli boleh ditangani. Saya yakin dengan Allah swt. Ini untuk masa depan anak anak kita.

Kita nak create satu system yg budak-budak ni boleh adukan apa sahaja kes buli pada kita. Kita akan bantu secepat mungkin dengan bantuan pihak berkuasa. Pihak sekolah dan universiti boleh bekerjasama. We need help to solve this issue. They need to feel yang mereka ada orang yang akan bertindak bagi pihak mereka.

Ibu ayah rakan taulan, jadi jangan bercakap tentang masalah. Lets find a solution. Kepada anak muda jom kita fikirkan sesuatu. Kepada bekas pembuli (yang sudah insaf) dan mangsa buli, idea kalian amat saya perlukan. Share this posting. Maybe akan ada idea-idea bernas yang boleh kita laksanakan bersama.

Kepada pembuli yang pernah buli orang, pijak pijak orang. Korang tunggu sahaja balasan Allah. Kalau nasib tidak baik kita berjumpa, memang la patah hidung tu nanti. Bukan sebab apa terlanggar je, tersadung. Hehehhehe doalah banyak banyak anak anak korang tak kena. So if you don't want your son or daughter to be the next victim, bertaubatlah. Zaman ada FB ini kau cari balik sorang sorang yg kau pernah lauk. Pergi minta maaf. Kalau berani laaa.

We need to stop this. Anak kalian maybe the next victims. Ingat buli bukan setakat pukul. Mereka even boleh seksually abuse your children. Part ini aku malas nak kupas sekarang. Pendidikan dan peringatan berterusan amat kita perlukan. Pendidikan...

* * *

Sekiranya anda ingin menyuarakan idea atau pendapat, bolehlah berhubung dengan pihak Bendahara Alam Warisan di akaun FB beliau.




Hakcipta iluminasi.com (2017)