Oleh pada 31 Mar 2017 kategori

Ramai para peniaga online sekarang ini menggunakan platform pengiklanan seperti fbads atau adwords. Sebenarnya ramai yang tak nampak objektif sebenar atau tujuan sebenar iklan tersebut. Kita bertuah kerana mendapat perkongsian percuma dari pakar pemasaran yang berpengalaman dalam jualan maya ini iaitu Sofian Che Isa

Disini Sofian akan tekankan apakah objektif utama anda untuk beriklan?   

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang paling penting kenal pasti kenapa anda buat iklan tersebut, bukan sahaja untuk tujuan buat jualan semata mata tetapi ada lagi objektif jelas yang anda patut tahu. Jom kita lihat perkongsian menarik dari Sofian.

Apa mindset beriklan?

 1. Objektif  -  Paling penting kenalpasti kenapa buat iklan tu. Hang toksah dok meghela cakap nak sales la. Yang tu memang semua orang pun tahu. Orang gila pun tahu. Berikut adalah contoh objektif yang jelas.

Dengan kos iklan sebanyak rm10 satu hari :

Aku nak jumlah orang tertentu (n), nampak iklan aku

Daripada jumlah orang tadi (n), aku nak 20% berminat untuk bertanya tentang produk.

Benda yang selalu orang salah objektif :Sahaja aku beriklan di facebook dengan kos rm10,

aku nak dapat sales sebanyak rm100k esok hari.Kalau objektif terus nak kejar sales yang besar, tandanya memang orang hat jenis tamak haloba. Bila objektif dah nampak jelas sikit, Baru la hang tak menggelupur nak tengok dashboard iklan tu. Ni tak, bila tengok dashboard, terus nak nampak sales. Harini jalankan kempen iklan rm10, esok terus cakap tak berhasil. Dahsyat tuan-tuan.

Rata-rata para peniaga mudah terpengaruh dengan servis pengiklanan yang ditawarkan oleh sesetengah konsultan pengiklanan. Tak logik langsung jika kos modal RM10 untuk anda beriklan hari ini dan mendapat jualan sebanyak RM10,000 keesokkan harinya. 

tempat sofian bekerja

 2. Tetapkan Matlamat - Katakan iklan kita ini 100 orang yang nampak, berapa orang ja yang berminat? Hanya 20 orang sahaja yang berminat tetapi yang berminat belum tentu lagi boleh mendapatkan jualan. Konsep asas dia begitu, sebab tu aku mengkaji iklan selama sebulan. Cuba lihat pengiraaan ini.

Berapa jumlah leads yang masuk selama seminggu?Jika seminggu kita dapat dalam 1000 leads.Kemungkinan hanya 200 sahaja yang betul-betul menjadi prospek.

200 prospek ini la yang kita akan pujuk untuk menukar menjadi pembeli

Dalam pada masa itu kita buatlah cross sales, apa itu cross sales? Ok contoh begini, katakan anda menjual set untuk orang berpantang setelah bersalin. Ada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan set bersalin tersebut, dalam pada masa yang sama selit pulak produk lain seperti bengkung original kain sempoi untuk perut yang cantik. Harga lagi padu, kemungkinan mereka akan beli juga. Nampak tak ni? Ini sebahagian dari contoh sahaja.

Nisbah antara orang yang nampak iklan dan berminat untuk dapatkan iklan seperti nisbah 80:20 itu sudah biasa, ada juga yang nisbah 60:40 dan 70 : 40 tetapi bergantung kepada kemampuan diri, funnel dan lain-lain.

Sebab tu kalau kos iklan RM10 berapa banyak saja jumlah impression kita akan dapat? Logik akai ka iklan RM10 esok sales RM10k. Zaman bila ni woi. Belajar sesuatu tak ni?.

sofian pakar im

3. Iklan dengan fbads dan adwords -  Main salesletter   -->  a/b/c, testing  -->  order form + tutorial order  -->  submit order  -->  check order  -->  hantar barang.

Iklan melalui adwords.

  • Search campaign. Fokus kepada keyword yang banyak hit dan kurang competition.
  • Display ads, boleh hentam remarketing.

Iklan melalui fbads.

  • Boost post
  • Image ads
  • Video ads
  • Dah ada yang pm nanti, boleh buat iklan messenger.

Dia punya flow begini, Orang nampak iklan, terus tekan iklan dan masuk ke salespage. Salespage akan berubah ubah mengikut setting (3 salespage). Seterusnya orang yang berminat dia akan terus tekan order form dan bagi orang yang tak berminat dia akan blah dari salespage tersebut. Bagi orang yang tak berminat kita pastikan supaya dia berminat dan terus bagi offer on ebook (tips) dan capture email dia.

Apabila yang berminat tidak tahu untuk mengisi order form yang disediakan maka kita perlu letakkan button whatsapp untuk bantu mereka mengambil order dan harus diingatkan bahawa whatsapp bukan tempat untuk tanya tujuan dan fungsi barang sebab ia telah diterangkan dalam salespage.

Dah submit borang, hangpa capture email. Bila capture email nanti boleh la buat broadcast offer. Begitu juga dengan no hp, bila dah dapat no hp boleh broadcast melalui handphone, manakala untuk alamat rumah boleh bagi surat cintan cintun. Hehehe, Nampak macam mudah jer kan, tapi part nak buat salespage berbeza tu  yang buat kita sakit kepala. Ok?

Tak pun layan je automate macam ini, cuma perlu check order dan submit order. 2 minggu dah aku buat research competitor apa bagai utk 15 jenis produk. Yang paling penting benda ni kena ada:

1. Hosting and domain. 2. Themes wordpress3. Payment gateway. 4. No support whatsapp/phone. 5. Email newsletter platform. 6. Duit, kemahiran

im sofian che isa

Begitu antara perkongsian percuma  dari Sofian yang sentiasa dicoret dalam dinding facebook Sofian Che Isa. Anda boleh follow dan see first Sofian untuk tips dan kritikan yang membina. Nanti kami akan menemubual ikon IM ini dan bongkar kisah dia. Like page iluminasi untuk lebih info dan artikel yang menarik..




Hakcipta iluminasi.com (2017)