Apabila berkaitan dengan tindakan undang-undang ke atas industri makanan, sudah tentu salah satu pihak berada di pihak yang salah.
Sering kali kita terdengar kes di mana syarikat-syarikat cuba menipu pelanggan, tetapi dalam beberapa kes, para pelanggan sendiri boleh membuat tuntutan yang luar biasa dan tak masuk akal.
iluminasi.com kongsikan 5 kes saman industri makanan yang pelik dan tak masuk akal.
BESARKAN TEKS A- A+
5. McDonald's disaman RM20 juta kerana 2 keping keju
Pada tahun 2018, 2 penduduk Florida memfailkan saman RM20 juta ke atas McDonald's dengan mendakwa bahawa syarikat itu mengenakan bayaran $1 kepada pelanggan bagi sekeping keju tambahan pada burger nya yang mana tidak diminta atau diterima.
Leornard Werner adalah individu yang menyedari bahawa McDonald's mengenakan caj tambahan bagi Quarter Pounder dengan keju, tetapi menerima hidangan tersebut tanpa keju.
Menurut Leonard, menu McDonalds yang terpapar di restoran itu adalah termasuk dengan keju. Ini bermakna hampir 25 juta pelanggan mungkin telah dikenakan caj tambahan dan jika hakim menyebelahi plaintif dalam kes ini, para pelanggan mungkin akan menerima $10 dan juga sandwich percuma.
Namun, McDonald's yakin bahawa hal ini tidak akan berlaku dan pada pandangan mereka, kes ini "tanpa merit undang-undang".
4. Greek Yogurt tak cukup "Greek"
Pengeluar Yogurt Greek Chobani berhadapan dengan masalah besar pada tahun 2014 apabila disaman oleh 2 lelaki yang mendakwa tiada apa yang "Greek" mengenai produk mereka.
Menurut pendakwa, Greek Yogurt Chobani mempunyai nutrisi yang sama seperti ais krim fudge. Perkara ini adalah benar memandangkan ia berkongsi jumlah gula iaitu 16 gram, sama dengan ais krim Nestle Fudge.
Mereka juga berpendapat bahawa tiada langsung produk Chobani yang dibuat di Greece and syarikat itu menyebabkan kekeliruan di kalangan pelanggan dengan meletakkan "0%" pada label produk mereka tanpa menjelaskan apa yang diwakili oleh angka tersebut.
Barry Stoltz dan Allan Chang yang memfailkan saman tersebut meminta jumlah pampasan yang tidak didedahkan atas "kerosakan" selepas ditipu untuk mempercayai bahawa "0%" pada label tersebut adalah sifar gula atau kalori.
"0%" tersebut sebenarnya bermaksud produk itu bebas lemak. Chobani membalas tuduhan Barry dan Allan ini dengan mengatakan perkataan "Greek" tersebut adalah merujuk kepada cara mereka menghasilkan yogurt dan bukannya asal produk itu.
3. Seorang lelaki saman KFC, McDonalds dan Burger King serentak
Pada tahun 2002, seorang lelaki berusia 56 tahun dari New York bernama Caesar Barber memfailkan saman terhadap beberapa syarikat makanan segera termasuk KFC, McDonald's, Burger King dan Wendy.
Alasannya? Syarikat-syarikat ini membahayakan kesihatannya dengan menyediakan makanan yang tak sihat.
Caesar mendakwa bahawa restoran-restoran ini yang mana dia makan 4 hingga 5 kali seminggu, tidak mendedahkan semua ramuan dalam makanan mereka kepadanya.
Dia terus makan di restoran-restoran ini walaupun selepas mengalami serangan jantung yang serius.
Dalam temu bual di Good Morning America ABC, dia berkata bahawa "mereka tidak pernah menjelaskan kepadanya apa yang dia makan."
Menurut peguam Caesar, Samuel Hirsch, industri makanan segera mempunyai tanggungjawab untuk memberi amaran kepada para pelanggan mengenai bahaya memakan makanan mereka.
Caesar berpendapat bahawa syarikat-syarikat makanan itu menyebabkan dia menanggung kecederaan serius, termasuk dua serangan jantung dan diabetes.
Walaupun sesetengah penyokong nutrisi dan kumpulan doktor menegaskan bahawa industri makanan harus bertanggungjawab ke atas untuk wabak obesiti, namun tuntutan Caesar adalah tindakan undang-undang yang pertama diketahui untuk mendakwa industri makanan segera menyumbang kepada masalah obesiti di Amerika Syarikat.
Hakim menolak kes ini pada tahun 2003.
2. Krispy Kreme disaman kerana pengiklanan palsu
Seorang lelaki dari Los Angeles memfailkan saman terhadap Krispy Kreme Doughnuts pada tahun 2016, mendakwa bahawa syarikat itu menipu dalam pengiklanan mereka tentang kandungan donut yang penuh dengan buah.
Jason Saidian meminta ganti rugi RM20 juta daripada syarikat ini bagi ketidakwujudan "bahan premium" yang diiklankan dalam produk mereka.
Menurut Jason, Krispy Kreme menjalankan "amalan perniagaan yang salah dan mengelirukan" kerana hakikatnya adalah produk mereka iaitu “Chocolate Iced Raspberry Filled,” “Glazed Raspberry Filled,” “Maple Bar,” dan “Glazed Blueberry Cake” sebenarnya tidak mengandungi raspberi, maple, atau blueberry sebenar.
Jason menambah bahawa dia beras tertipu Krispy Kreme pernah menggunakan buah sebenar dalam produk mereka seperti donut "Glazed Lemon Filled" dan "Glazed Strawberry Filled". Dia berkata jika mengetahui bahawa donat lain tidak mempunyai buah sebenar, dia tidak akan membelinya.
Namun, kes ini ditolak secara sukarela pada tahun 2017.
1. Nutella disaman kerana mendakwa produk mereka sihat
Pada tahun 2012, pembuat Nutella, Ferrero USA, tewas dalam kes saman yang oleh seorang ibu yang mendakwa mereka terpedaya kerana menganggap bahawa makanan itu baik untuk anak-anak mereka.
Sebagai salah satu daripada penyelesaian kes ini, mana-mana warga Amerika Syarikat yang membeli sebotol Nutella di antara 1 Januari 2008 dan 3 Februari 2012 boleh melakukan tuntutan.
Pelanggan diberikan masa sehingga 5 Julai 2012 untuk memfailkan tuntutan sehingga 5 botol Nutella, dan mereka akan menerima semula RM20 bagi setiap balang, untuk pampasan maksimal sehingga RM80 bagi setiap isi rumah.
Athena Hohenberg, ibu yang mengusulkan saman itu berkata dia memberikan Nutella kepada anak perempuannya yang berusia 4 tahun selepas dia melihat iklan yang mencadangkan bahawa makanan ini adalah sebahagian daripada sarapan pagi yang sihat.
Namun, dia terkejut apabila mengetahui bahawa Nutella sebenarnya tak ubah seperti snek gula-gula. Tuntutan itu tentunya menerima kritikan di internet tetapi pengeluar Nutella bersetuju bahawa kempen pemasaran mereka adalah mengelirukan.
Sejak itu, Nutella telah mengubah label dan iklan mereka untuk lebih memberi tahu pelanggan mereka mengenai kandungan dalam Nutella.
Rujukan:
2. Newser
3. Journal Now