Oleh pada 17 Feb 2018 kategori

limau china bersulfur punca batuk

Terlebih dahulu pihak iluminasi ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Tionghoa dengan ucapan Gong Xi Fa Chai. Tahun Baru Cina pasti disambut meriah dengan kehadiran sanak saudara serta sahabat handai yang datang mengunjung. Limau mandarin dan angpau adalah sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Limau mandarin mempunyai vitamin C yang mampu untuk melindungi tubuh badan daripada terkena serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat. Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

buah limau mandarin yang buruk

Ada di antara kita mungkin tidak terlepas daripada memakan buah limau mandrin. Mungkin buah limau itu dibeli atau diberikan oleh sahabat atau jiran kita yang berbangsa cina. Disini perlu juga diketahui banyak pendapat mengatakan bahawa limau mandrin tersebut boleh menyebabkan batuk, sakit perut, selsema atau terus demam. Mungkin gejala itu tidak berpanjangan jika kita mengambil dengan cara yang betul.  Pastinya ciri-ciri ketahanan buah tersebut sudah diambil kira oleh pengeluarnya.

limau dan angpau ketika tahun baru cina

Di sini terdapat satu perkongsian menerusi facebook Mazliana Mazlan mengenai tips dan info mengenai buah limau mandarin. 

Kisah 1

Bangun dari tidur Isnin lepas, terasa sangat perit tekak Ummi. Ya Allah, jangkit dengan patient mana pulak kali ni. Sambil berfikir, ada ke mana-mana patient bersin atau batuk teruk depan Ummi. Aduh. Ummi sakit, selalunya akan jangkit kat Huwainaa sekali ni.

Huwainaa bangun tidur, Ummi nampak lelehan hingus di hidung. Ah sudah. 

Kisah 2

"Puan boleh ambil limau ye untuk sumber Vitamin C." 

"Limau saya tak boleh makan. Nanti mai sakit tekak dengan batuk semua. Oren saya boleh makan." 

"Oh ya maaf. Maksud saya oren tadi, oren Sunkist." 

Kisah 3

"Anak saya batuk, selesema dan sakit tekak dah 4 hari tak baik lagi. Dia takdak asma, tapi setiap kali lepas makan limau mesti kena neb."

"Limau mandarin ke puan?" 

"Ya limau mandarin, lepas dia makan 2 ulas saja, terus batuk mai 10 minit lepas tu. Tahun lepas pun sama." 

Kisah 4

"Ini isteri saya batuk sama sakit tekak. Malam tadi speaker pun tada."

"Isteri tuan ada makan limau mandarin ke?" (Saja Ummi test) 

"Haaa. Dia ada makan senyap-senyap. Orang tada, dia curi ambil." 

Empat kisah benar ini buat Ummi fikir sejenak.

Isnin lepas Ummi dan Huwainaa tak sihat, asbab jangkit dengan patient atau asbab makan limau mandarin 2 biji kongsi dengan Huwainaa? Ada apa dengan limau mandarin sampai keempat-empat kisah mengalami masalah dengan saluran pernafasan setelah pengambilannya? 

limau mandarin info dan tips

Ada 2 info yang merungkai segala persoalan Ummi sejak Isnin lalu. 

1. NEGARA CINA ADALAH PENGELUAR UTAMA LIMAU MANDARIN SELURUH DUNIA

Lebih daripada separuh pengeluaran dunia iaitu 54%, datang dari negara China.

Ada apa dengan negara China? Tanahnya toksik bukan?  

Tanah bertoksik, semestinya memberi kesan pada tanaman limau mandarin. Buah limau juga mungkin bertoksik ya. 

2. PENGGUNAAN SULFUR DIOKSIDA (SULFITE) DALAM LIMAU MANDARIN 

Digunakan sebagai pengawet yang mampu memanjangkan shelf life, mengekalkan warna dan juga membunuh bakteria di dalam limau. Sedikit maklumat berkenaan sulfur dioksida; 

Kesan yang sangat cepat dan simptom akan berlaku hanya dalam 10-15 minit selepas terdedah kepada sulfur dioksida

Keradangan pada saluran pernafasan yang mungkin akan menyebabkan batuk, sakit tekak, bersin, sukar bernafas dan sebagainya 

Sangat tidak patut diambil oleh pesakit asma dan mereka yang alah pada sulfur dioksida kerana akan menyebabkan keradangan yang lebih teruk dan boleh membawa kematian 

Kajian ada menunjukkan sulfur dioksida menyebabkan kanser dan kerosakan DNA pada tikus 

Terjawab sudah kan persoalan Ummi tadi. 

Di Malaysia, penggunaan sulfur dioksida dibenarkan ya. Sebagai bahan pengawet dalam makanan tetapi dengan syarat, tidak melebihi 30mg/kg.

Dan yang memerlukan ianya dilabel 'mengandungi sulfur dioksida', hanyalah penggunaan lebih daripada 10mg/kg. 

Jadi, kalau kurang dari 10mg/kg maksudnya ada jaminan tiada apa-apa masalah kesihatan akan berlaku?  

Nak makan jugak sebab teringin sangat boleh tak?

1. Cari buah limau selain daripada negara China

2. Basuh dan rendam buah limau sebelum dimakan

3. Pastikan jari yang memegang kulit limau yang belum dibasuh, tidak menyentuh isi limau

Sebaiknya, tak perlu makan pun takpe kan?

Boleh cari sumber Vitamin C dari makanan lain, insyaAllah. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)