cara cuci makanan sayuran buahan

Dalam ketika penularan COVID-19 semakin dahsyat, ramai yang lebih peka terhadap penjagaan kebersihan diri serta pemakanan.

Coronavirus adalah virus yang merebak melalui penyebaran titisan dari seorang ke orang yang lain dan ini membuatkan internet dihujani dengan pelbagai cadangan untuk menjaga keselamatan dari virus ini.

Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan mencuci tangan sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan sabun dan air.

Ini kerana sabun dapat membunuh dan menyingkirkan segala bentuk virus dan bakteria dari tangan malah mencegah virus daripada masuk ke dalam sistem badan.

Tidak cukup dengan itu, sesetengah orang mengambil langkah "next level" dengan mula membasuh hampir kesemua benda yang dibawa pulang dari luar menggunakan sabun, termasuklah makanan.

basuh sayur guna sabun

Terbaharu, terdapat cadangan daripada pelbagai individu dan laman di Facebook untuk menggunakan sabun khas bagi mencuci sayur-sayuran dan sebagainya.

Ketika inilah internet membawa "penyelesaian" untuk menghapuskan virus, namun kita sebagai pengguna yang matang perlu menyemak terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu secara membabi buta.

Persoalannya, adakah ia perlu dan selamat?

Basuh bahan mentah menggunakan sabun

basuh sayur guna sabun selamat atau tidak 582

Seorang profesor dan pakar keselamatan di North Carolina State University, Benjamin Chapman tampil dengan mengatakan bahawa penggunaan sabun pinggan atau sabun apa pun selalunya berbahaya untuk dimakan dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Ini bermaksud menggosok atau merendam bahan makanan anda dengan sabun bukanlah idea yang baik, walaupun anda bimbang dan mahu mengurangkan penularan virus.

“Kita telah mengetahui selama 60 tahun bahawa terdapat masalah ketoksikan mengenai pengambilan sabun yang digunakan isi rumah. Meminum sabun basuh pinggan atau memakannya boleh menyebabkan mual dan menyebabkan sakit perut. Ia bukanlah bahan yang boleh dikendalikan oleh perut kita," kata Benjamin Chapman.

jangan basuh makanan guna sabun

Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai liang dan liang-liang tersangat kecil ini boleh menyerap sisa-sisa sabun tersebut, yang bukan untuk pengambilan manusia.

Malah, biasanya terdapat amaran di bahagian belakang pembungkusan sabun yang menyebut:

"Sekiranya terkena pada mata, bilas dengan air bersih serta-merta. Sekiranya tertelan, minum banyak air dan dapatkan nasihat perubatan dengan segera".

b3f6b04556dfac1bbbe3bb9755f70396

Ini kerana pengambilan sabun secara oral boleh menyebabkan mual, muntah, cirit-birit dan beberapa lagi bentuk masalah gastrousus.

Ia bukan sahaja menyebabkan menyebabkan masalah pada perut, tetapi juga menyerupai beberapa gejala COVID-19 dan boleh membuatkan anda dimasukkan ke hospital lalu memberikan tekanan yang tidak sepatutnya kepada barisan hadapan yang ketika ini sudah terlalu banyak tanggungjawab yang digalas.

Masalah gastrointestinal biasanya berlaku setelah memakan sabun dalam jumlah yang banyak, tetapi pakar keselamatan makanan mengatakan bahawa mencuci bahan mentah dengan sabun masih dianggap sebagai idea yang kurang bijak.

Mencuci dengan sabun juga boleh mempengaruhi rasa makanan anda.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

cara basuh makanan dengan betul

Ramai orang juga cenderung untuk membilas produk makanan menggunakan air suam atau air panas dengan harapan dapat membunuh virus.

Namun untuk membunuh bakteria atau virus, anda memerlukan air yang betul-betul panas dan jika ini dilakukan, ia boleh merosakkan produk makanan atau mencederakan tangan.

Berdasarkan penyelidikan yang berkaitan dengan penyakit bawaan makanan dan virus lain, di antara 90% dan 99% dari apa yang ada pada produk makanan dapat disingkirkan menggunakan air sejuk yang mengalir, jelas Ben Chapman.

Kadang-kala mikroganisma-mikrorganisma boleh melekat pada celah atau bahagian lain buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dapat dicapai oleh air. Namun, menggunakan sabun tidaklah memperbaiki situasi tersebut malah boleh membahayakan.

Sekali lagi, pembersihan tangan sangatlah dititikberatkan pakar makanan dan saintis di seluruh dunia serta dikatakan sebagai "kebiasaan yang baik ketika berlakunya pandemi dan ke hadapan."

Mencuci buah-buahan atau sayur-sayuran dengan sabun sama sekali tidak akan membantu tetapi akan menimbulkan lebih banyak masalah kesihatan seperti loya, cirit-birit, sakit perut.

Oleh kerana tidak ada bukti bahawa COVID-19 tersebar melalui makanan, garis panduan mencuci adalah sama seperti terdahulu ketika kita tidak berhadapan dengan wabak, iaitu membasuh menggunakan air bersih sahaja.

Rujukan:

1. Huffpost

2. LA Times

3. Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)