Oleh pada 30 Jun 2018 kategori

Dalam Hari Raya Aidilfitri yang masih berbaki kurang dua minggu lagi, kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki telah bernikah dengan seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja mencapai usia 11 tahun. 

Perkara itu diketahui oleh isteri kedua, 34 tahun, lalu bertanyakan kepada si suami yang kemudiannya menafikan perkara tersebut dengan berkata adalah tidak logik untuk bercinta dengan kanak-kanak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

lelaki 41 tahun nikahi kanak kanak 11 tahun 2

Namun selepas wanita itu menunjukkan gambar sebagai bukti, lelaki tersebut akhirnya mengaku telah menikahi kanak-kanak tersebut serta memberitahu bahawa apa yang dilakukannya itu mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yang menikahi Aisyah di usia 6 tahun.

Apa yang ingin dikupaskan di sini adalah, adakah benar usia Aisyah ketika menikahi baginda benar-benar seperti yang dikatakan?

Dakwaan itu dipercayai wujud disebabkan mereka menjumpai hadis bahawa Nabi Muhammad S.A.W berkahwin dengan Aisyah sewaktu umur Aisyah adalah 6 tahun.

Usia Aisyah bukan 6 tahun ketika dinikahi Rasulullah S.A.W

Disebabkan ianya agak rumit, perbincangan ini perlu diperhalusi dengan lebih lanjut kepada beberapa perkara:

1. Dalam kitab Siyar ‘Alam wa al-Nubala’, ia menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W berkahwin dengan Aisyah serentak dengan Saudah, iaitu selepas berlaku Perang Badar. 

وَكَانَ تَزْوِيْجُهُ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- بِهَا إِثْرَ وَفَاةِ خَدِيْجَةَ فَتَزَوَّجَ بِهَا وَبِسَوْدَةَ فِي وَقْتٍ وَاحِدٍ ثُمَّ دَخَلَ بِسَوْدَةَ فَتَفَرَّدَ بِهَا ثَلاَثَةَ أَعْوَامٍ حَتَّى بَنَى بِعَائِشَةَ فِي شَوَّالٍ بعد وَقْعَةِ بَدْرٍ

2. Abu al-Hasan al-Nadawi menyatakan dalam kitab Sirah al-Nabawiyyah bahawa Perang Badar tercetus pada tahun kedua Hijrah. 

وفي رمضان سنة اثنتين من الهجرة، كانت غزوة بدر الكبرى ، وهي المعركة الحاسمة التي تقرّر مصير الأمّة الإسلاميّة ومصير الدعوة الإسلاميّة، وعليها يتوقف مصير الإنسانيّة المعنويّ

3. Dalam Siyar ‘Alam al-Nubala’, al-Zahabi ada menyatakan bahawa kakak kepada Aisyah bernama Asma’. Asma' berusia 10 tahun lebih tua daripada Aisyah.

وَكَانَتْ أَسَنَّ مِنْ عَائِشَةَ بِبِضْعَ عَشْرَةَ سَنَةً

4. Dalam kitab yang sama, dinyatakan bahawa Asma’ meninggal dunia pada tahun 73 Hijrah. 

مَاتَتْ بَعْدَ ابْنِهَا بِلَيَالٍ. وَكَانَ قَتْلُهُ لِسَبْعَ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْ جُمَادَى الأُوْلَى سَنَةَ ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ

5. Dalam kitab yang sama juga dinyatakan bahawa Asma' meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

وَإِنَّمَا عَنَى أَخِي أَنْ يُقْتَلَ فَيَحْزُنُهَا ذَلِكَ.وَكَانَتْ بِنْتَ مائة سنة.

Jika Asma’ meninggal dunia sewaktu umurnya 100 tahun iaitu pada tahun 73 Hijrah, ia menandakan umur Asma’ semasa Hijrah adalah 27 tahun. Oleh itu, umur Aisyah semasa Hijrah adalah 17 tahun.

Kemudian, Aisyah bernikah selepas berlakunya Perang Badar dan perang ini meletus pada tahun kedua Hijrah.

Dengan ini, bermakna usia Aisyah ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad S.A.W bukanlah 6 tahun sebaliknya di antara 18 dan 19 tahun, atau lebih. 

img 20180630 211110

Pandangan dari sudut sanad hadis

Sebahagian besar riwayat yang menceritakan hal ini terdapat dalam hadis di mana keseluruhannya hanya diriwayatkan oleh seorang perawi hadis iaitu Hisham bin Urwah.

Berlaku perdebatan berkenaan Hisham bin Urwah dan pendapat tentang dirinya adalah seperti berikut;

1. Periwatan beliau dianggap sahih kecuali selepas beliau berhijrah ke Iraq. Selepas beliau ke Iraq, terdapat kecelaruan dalam periwayatannya.

وَقَالَ يَعْقُوْبُ بنُ شَيْبَةَ: هِشَامٌ ثَبْتٌ, لَمْ يُنْكَرْ عَلَيْهِ إلَّا بَعْدَ مَصِيْرِهِ إِلَى العِرَاقِ, فَإِنَّهُ انبَسَطَ فِي الرِّوَايَةِ

2. Perkara ini ditegaskan lagi oleh al-Zahabi dengan menyatakan bahawa Hisham amat waham (fikiran bercelaru) ketika itu.

فِي حَدِيْثِ العِرَاقِيِّيْنَ، عَنْ هِشَامٍ أَوهَامٌ تُحْتَمَلُ, كَمَا وَقَعَ فِي حَدِيْثِهِم

3. Imam Malik juga ada menyatakan kecelaruan Hisham bin Urwah dalam meriwayatkan hadis selepas dia ke iraq dalam perkara melibatkan Aisyah.

وَقَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بنُ خِرَاشٍ: بَلَغَنِي أَنَّ مَالِكاً نَقَمَ عَلَى هِشَامِ بنِ عُرْوَةَ حَدِيْثَه لأَهْلِ العِرَاقِ، وَكَانَ لاَ يَرضَاهُ ثُمَّ قَالَ قَدِمَ الكُوْفَةَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ قَدْمَةً كَانَ يَقُوْلُ فِيْهَا حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ سَمِعْتُ عَائِشَةَ، وَالثَّانِيَةُ فَكَانَ يَقُوْلُ أَخْبَرَنِي أَبِي، عَنْ عَائِشَةَ، وَقَدِمَ الثَّالِثَةَ فَكَانَ يَقُوْلُ أَبِي، عَنْ عَائِشَةَ يَعْنِي يُرسِلُ، عَنْ أَبِيْهِ

4. Ramai ulama mendakwa bahawa periwayatan oleh Hisham diterima kecuali selepas di Iraq.

Dan didapati bahawa hadis mengenai umur Aisyah ini, yang ambil hadis dari Hisham berasal dari seorang yang bernama Ali bin Mus-hir, yang merupakan seorang yang tinggal di Kufah, Iraq.

العَلاَّمَةُ، الحَافِظُ، أَبُو الحَسَنِ القُرَشِيُّ، الكُوْفِيُّ

5. Dalam pernyataan yang lebih lanjut dinyatakan bahawa Malik bin Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat daripada orang Iraq:

"Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq".

(Tahzib al-Tahzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Dar Ihya al-Turath al-Islami jil.2 hlm. 50).

Dengan ini jelas, dari sudut sanad, didapati penceritaan berkenaan Aisyah yang berusia 6 tahun ketika dinikahi Rasulullah S.A.W adalah amat meragukan.

Luangkan 9 minit anda menonton penjelasan oleh Dr. Danial. Insyallah berbaloi dan sangat bermanfaat.

Pandangan Imam Bukhari

Imam Bukhari menyatakan bahawa umur Aisyah sewaktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. Imam Bukhari menyatakan di dalam kitabnya:

Diriwayatkan oleh Anas: "Pada hari perang Uhud, aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Ummu Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak. Rasulullah S.A.W mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq."

Walau bagaimanapun, diriwayatkan oleh Bukhari lagi didalam kitabnya:

Ibnu Umar (r.a.) mengatakan bahawa: "Rasulullah S.A.W tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun"

Mengikut sejarah, Aisyah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas pada waktu itu. Berdasarkan riwayat dari Imam Bukhari ini jelas menunjukkan;

  1. Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun pada waktu itu.
  2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
  3. Aisyah kahwin dengan Nabi Muhammad pada tahun 623 bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Rujukan:

1. Utusan

2. Kaskus

3. Saudara Wan Ji

4. Youtube




Hakcipta iluminasi.com (2017)