Oleh pada 20 Sep 2017 kategori

main sy 1312 2a 50p

Terdesak kerana kesempitan hidup, jutaan pekerja asing datang ke Malaysia. Dianggarkan seramai 4 juta pekerja asing berada di negara kita. Ada yang masuk secara haram, ada yang duduk selepas tamat tempoh kerana masih berhutang dengan ejen dan ada yang mengalami nasib lain yang tak kurang buruknya.

Yang pasti, jutaan pekerja ini yang majoritinya datang dari Bangladesh perlu melakukan kerja yang tidak ada orang mahu dan membawa untung besar pada majikan yang menggajikan mereka. Perkembangan ekonomi yang berlaku kerana kemasukan mereka nampaknya langsung tidak mengiktiraf kemahiran mereka yang akhirnya hanya dipandang hina oleh segelintir masyarakat kita.

Hari ini, kami ingin berkongsi apa yang warga asing Bangladesh lalui tanpa pembelaan, apabila mereka hadir ke Malaysia untuk bekerja. Semoga menjadi tauladan pada kita semua.

1. Kerap diperbodohkan dan dipermainkan sindiket penyeludupan serta ejen

67f0

Perkara pertama yang disedari oleh majoriti pekerja asing yang hadir ke Malaysia adalah apa yang dijanjikan oleh ejen amat berbeza dengan apa yang dicanang sebelum itu. Kebanyakan dari mereka terpaksa menandatangani kontrak baru dengan gaji lebih rendah dan pelbagai persetujuan yang telah pun termeterai, dibatalkan sesuka hati. Ada juga kes ejen mencipta syarikat-syarikat yang tidak wujud yang menyebabkan pekerja itu tidak dibenarkan masuk.

2. Dilayan seperti haiwan yang dihambat ke sana sini

illegal malaysian workers

Apabila seseorang pekerja Bangladesh yang datang secara sah pada mulanya ditipu, mereka tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bekerja. Walau bagaimanapun, sindiket penyeludupan pekerja ini akan menerbangkan mereka ke Jakarta (selalunya) sebagai pelancong, sebelum dibawa dengan kenderaan darat dan laut ke daerah Medan.

Selalunya seorang pekerja akan terpaksa menunggu di situ selama 2 minggu dengan ketiadaan makanan yang cukup serta dipukul jika melawan, passport disimpan sindiket dan telefon dirampas, sebelum diseludup masuk ke Malaysia sebagai pekerja asing tanpa izin melalui bot. Keadaan di dalam bot itu penuh dengan pekerja Bangladesh dan dikawal pekerja Indonesia yang berjaga.

3. Sindiket akan menurunkan mereka di kawasan-kawasan tertentu

pati meritem

Kebanyakan sindiket penyeludupan manusia ini jika dikejar dengan peronda laut Malaysia tidak akan berhenti dan akan mencari kawasan di mana sempadan kuasa peronda laut Malaysia tiada, sebelum percubaan itu diteruskan beberapa kali. Antara lokasi paling popular untuk menurunkan pekerja asing tanpa izin ini adalah di sekitar Melaka dan Kuala Selangor.

4. Mereka dipaksa berenang dalam lumpur

aptopix rohingya boat people

Ketika hampir ke destinasi, wakil sindiket akan meminta semua pekerja yang ada di dalam bot untuk terjun ke dalam laut sekitar dua kilometer daripada pantai, bagi mengelakkan kegiatan mereka ditangkap. Keadaan pantai yang berbatu serta berlumpur menyebabkan ada antara mereka yang cedera malahan meninggal dunia ketika peringkat ini, kerana ketiadaan makanan dan minuman semasa perjalanan dengan bot yang bertempoh 3 hari. Bagi mereka yang berjaya tiba ke pantai, wakil ejen memberitahu akan ada ejen lain yang akan menunggu mereka di pantai untuk menguruskan urusan pendaftaran pekerjaan....

5. Dibiarkan sendirian dalam negara asing

malaysia migrant workers bangla 2611

....Tidak mengejutkan apabila tidak ada sebarang pihak pun yang menunggu mereka seperti yang dikatakan. Sindiket-sindiket itu hanya bertujuan untuk melepaskan tanggungjawab mereka supaya pekerja asing Bangladesh dapat masuk ke Malaysia. Yuran serta komisyen yang sudah dibayar di Bangladesh serta janji-janji yang diberitahu kini lenyap dan pekerja itu pun terbiar di Malaysia sebagai seorang pendatang tanpa izin.

6. Diperah dan diperguna sehabis mungkin

malaysia illegal workers arrested

Dalam keadaan tertekan dan ketakutan ini, kebanyakan pekerja asing tanpa izin Bangladesh ini akan mencari jalan untuk mendapatkan pekerjaan dan selalunya akan berlaku perjanjian kontrak antara mereka dengan ejen pekerjaan, walaupun mereka bukan pekerja sah. Dengan pendapatan purata RM30 ke RM40 sehari, mereka mampu mempunyai pendapatan RM1200 sebelum ditolak yuran bulanan ejen pekerjaan mereka sekitar RM300 yang perlu dibayar untuk satu tempoh tertentu, atas alasan komisyen mencarikan pekerjaan bagi mereka.

7. Majikan tidak peduli apa status mereka

c pc0010735

Pengalaman kebanyakan pekerja asing tanpa izin sebenarnya menjadi lebih buruk apabila majikan-majikan yang mengambil mereka bekerja langsung tidak mengendahkan status mereka sebagai pekerja tidak sah taraf. Apa yang lebih dipentingkan adalah ada pekerja yang bekerja sehinggakan kehidupan mereka sebagai pekerja yang melarat dan tinggal di dalam hutan atau khemah adalah tidak relevan.

8. Buka komuniti, tutup komuniti

malaysia 434

Kehidupan seorang pekerja asing tanpa izin amat bergantung kepada di mana mereka mendapat pekerjaan. Selalunya, jika mereka bernasib baik mendapat pekerjaan dalam bidang pembinaan, komuniti mereka akan mempunyai masa yang cukup bagi membina sebuah penempatan untuk mereka semua. Selalunya komuniti ini akan dibuka di kawasan hutan yang tersorok namun berdekatan dengan tempat kerja mereka. Bagi mereka yang lebih malang nasibnya, ramai yang terpaksa tinggal di merata-rata tempat kerana khuatir nasib mereka ditangkap oleh pihak berkuasa.

Selepas projek tamat dan khidmat mereka tidak diperlukan lagi, komuniti yang sudah didirikan itu akan terpaksa ditutup atau berpindah ke tempat lain bagi mencari sumber rezeki.

9. Kerja baru diguna untuk bayar komisyen baru

4f93

Bagi mendapatkan pekerjaan baru, pekerja tanpa izin ini perlu 'melantik' atau memperbaharui kontrak mereka dengan ejen pencari kerja. Ini akan menambah semula durasi pembayaran komisyen ejen-ejen ini, yang seterusnya akan kembali mengikat semula pekerja Bangladesh ini dengan nasib sama - kerja teruk dengan gaji kecil serta hutang yang terpaksa dibayar. Inilah proses kehidupan mereka berulang kali.

10. Majoritinya mahu datang secara rasmi

bangladeshi workers 1

Pasti ramai rakyat Malaysia yang memandang sinis golongan pendatang asing ini, tetapi sebenarnya majoriti antara mereka memang mengharapkan dapat datang ke Malaysia secara sah, kerana sudah pasti jalan yang bakal mereka tempuh lebih mudah. Namun oleh kerana desakan hidup serta kekurangan pengetahuan, ramai ahli masyarakat Bangladesh diperkotak-katikkan lalu diterajang masuk ke Malaysia seperti haiwan.

Atas sebab itulah program-program pemutihan yang kerap dilakukan kerajaan dilakukan, kerana hanya dengan program seperti itulah yang mampu membantu pekerja asing tanpa izin untuk didaftarkan secara sah serta menjaga hak mereka sebagai seorang manusia, yang patut dilayan dengan baik.


Kami berharap, atas apa yang dikongsikan dalam artikel, anda sekurang-kurangnya mampu menjumpai perspektif lain dalam menilai pendatang asing yang ramai di negara kita. Majoriti antara mereka terdesak dan teraniaya, jadi kongsikan apa yang anda belajar supaya mereka yang tidak tahu, tahu kenapa kita patut simpati pada nasib pekerja Bangladesh di Malaysia.


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)