Menurut Kementerian Dalam Negeri, pada tahun 2015 sahaja jumlah pendatang asing berdaftar yang berada di Malaysia adalah seramai hampir 2.2 juta orang. Itu belum dikira bilangan pendatang asing tanpa izin yang masuk secara haram atau tinggal lebih tempoh. Mungkin jumlah sebenar adalah dua atau kali ganda daripada itu, tiada siapa yang tahu dengan tepat.

Tapi tahukah anda, walaupun ramai yang sudahpun berasa agak rimas dengan kebanjiran warga asing ini, tetapi negara kita bukanlah satu-satunya negara yang perlu melalui perkara ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perbincangan mengenai pendatang tanpa izin, sempadan negara dan larangan perjalanan seringkali mendatangkan rasa amarah pada sesetengah pihak, apatah lagi semasa musim pilihanraya.

Walaupun ramai pendatang asing amat gemar datang ke Malaysia kerana peluang pekerjaan yang meluas dengan bayaran yang menguntungkan, jika kita lihat dari segi populasi, negara kita masih dalam keadaan terkawal berbanding 10 negara ini.

warga bangladesh beratur

Kami kongsikan 10 negara dengan bilangan pendatang yang paling ramai menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu:

 10. Luxembourg 

Sebagai salah sebuah negara terkaya di dunia, ia menjadi salah satu destinasi pilihan pendatang lewat kebelakangan ini. Menurut PBB, lebih 40% daripada bilangan penduduk negara ini merupakan warga asing.

9. Singapura

Singapura merupakan negara jiran kita yang amat kecil dan padat. Dengan populasi melebihi 5.3 juta orang, lebih kurang 45% daripadanya merupakan warga asing.

8. Bahrain 

Anda mesti biasa nampak iklan dari negara Arab yang memerlukan tenaga buruh dan pekerja asing. Bahrain antara salah satu negara tersebut yang membuka peluang bagi warga asing untuk memenuhi keperluan pembangunan di sana. Negara ini mempunyai penduduk seramai 1.3 juta orang dan separuh (50%) daripadanya adalah warga asing.

7. Monaco 

Ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa Monaco sebenarnya bukanlah sebuah bandar tetapi adalah sebuah negara mikro. Ia merupakan negara kedua terkecil di dunia dengan keluasan hanya 500 ekar di Selatan Perancis dengan bilangan penduduk seramai 40,000 orang. 

Walaupun mempunyai bilangan penduduk yang kecil, 55% daripadanya bukanlah warganegara asal di situ. 

6. Macau

Ini lagi sebuah negara mikro yang terletak bersebelahan dengan Hong Kong. Macau mempunyai penduduk seramai 600,000 orang. Memandangkan lokasinya yang berhampiran dengan China dan aktiviti pelancongan dan perjudian yang meriah, 60% warga asing memilih untuk menetap di sana.

 5. Andorra 

Sebuah lagi negara kecil yang padat dengan warga asing ialah Andorra yang terletak di sempadan Sepanyol dan Perancis. Negara ini lebih besar sedikit daripada Macau dan Monaco dan mempunyai populasi seramai 80,000 orang. Seperti kebanyakan negara Eropah yang lain, bilangan rakyat menjadi semakin ramai disebabkan proses migrasi. 60% daripada jumlah penduduk di situ berasal dari negara lain.

4. Liechtenstein 

Tak ramai yang mengenali negara ini yang terletak di kawasan pergunungan antara Austria dan Switzerland tetapi ia menjadi tempat tinggal bagi 40,000 rakyat yang menetap di kawasan seluas 160 kmĀ². Daripada jumlah penduduk itu, 62% daripadanya adalah pendatang.

3. Kuwait 

Untuk pengetahuan anda, tiga buah negara yang mengungguli carta ini adalah negara dari Timur Tengah. Seperti Bahrain, negara-negara ini kesemuanya amat mengalu-alukan kedatangan warga asing dalam bilangan yang besar. Kuwait merupakan salah satu negara yang mengalami lonjakan kebanjiran pekerja asing kebelakangan ini. Dengan bilangan penduduk seramai 3.3 juta, menurut PBB, 74% daripadanya merupakan pendatang.

2. Qatar 

Sejak Qatar terpilih menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022, negara ini berada di bawah tekanan yang amat dahsyat sehingga dilaporkan menindas pekerja asing di sana. Walaupun begitu, masih ramai warga asing yang berhijrah ke sana sehingga bilangannya merangkumi 75% daripada jumlah penduduk iaitu seramai 2 juta.

1. Emiriah Arab Bersatu

Jika dilihat nisbah kebanjiran warga asing dengan jumlah penduduk di sesebuah negara, tidak ada negara yang dapat menandingi Emiriah Arab Bersatu. Negara yang terletak strategik di Teluk Parsi ini merupakan tempat tinggal kepada 9.5 juta rakyat. Apa yang menakjubkan, 88% daripadanya adalah warga asing yang kebanyakannya datang dari India, Pakistan dan Bangladesh.

petik buah luar negara 703

Walaupun carta ini melihat pada nisbah warga asing dengan bilangan penduduk, ada satu fakta lain yang anda perlu tahu. Amerika Syarikat merupakan negara dengan lambakan warga asing paling ramai di dunia iaitu seramai 47 juta orang!

Jujurlah tanya, kalau anda dapat peluang untuk bekerja dan menetap di mana-mana negara Timur Tengah, anda tak mahukah? Dengan bayaran lumayan, tempat tinggal disediakan dan tiada potongan cukai dikenakan, siapa yang tak mahu?

orang malaysia pati

Kerja buruh kasar memetik buah di Australia pun ramai yang sukarela nak pergi, sampai sanggup jadi PATI di sana. Itu pun ada hati nak marah Bangla yang cuba cari makan di tanah air sendiri.

Tak baik double standard tau!

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)