Ketika artikel ini ditulis, negara kita sedang melalui fasa pertama program vaksinisasi nasional. Untuk fasa pertama ini, ianya difokuskan kepada pekerja barisan hadapan dan beberapa individu terpilih yang layak terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Namun, ada kisah menarik mengenai sebuah negara yang mungkin jarang kita dengar iaitu Bhutan. Tidak sampai dua minggu yang diperlukan untuk kerajaan Bhutan yang terletak di wilayah Himalaya memvaksinasi hampir semua penduduknya yang layak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kempen vaksinasi negara itu bermula pada 27 Mac. Pada 8 April, menurut Kementerian Kesihatan, 93% orang dewasa yang memenuhi syarat telah mendapat dos pertama mereka. Pegawai mengatakan bahawa 472,139 individu berusia antara 18 dan 104 telah divaksinasi pada tarikh itu dan mereka menggesa individu lain yang layak untuk mengikutinya.

Rasa tanggungjawab kepada negara

program vaksinasi

Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan Dasho Dechen Wangmo menyifatkan kempen itu sebagai "rasa tanggungjawab setiap rakyat untuk melindungi negara dan orang yang kita sayangi". Beliau mendesak individu untuk diberi vaksin untuk melindungi diri dan masyarakat mereka serta Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck.

"Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck mengatakan akan mengambil vaksin hanya setelah setiap orang yang layak di negara ini menerima dos mereka dengan selamat", katanya. "Kita semua harus maju, agar kita memberi jalan kepada Yang Mulia Raja untuk menerima vaksin secepat mungkin."

vaksin di bhutan 231

Secara keseluruhan, kira-kira 64% daripada 735,553 penduduk Bhutan telah diberi vaksin setakat ini. Itu meletakkan negara ini di belakang Seychelles yang telah memvaksinasi 66% penduduknya yang berjumlah hampir 100,000, menurut The Associated Press.

Pegawai kesihatan mengatakan dos kedua akan diberikan selepas 8 hingga 12 minggu. Negara itu menerima 550,000 dos vaksin AstraZeneca, yang dikenali sebagai Covishield, dalam dua kumpulan pada bulan Januari dan Mac dari India, lapor Daily Bhutan.

Kepercayaan tarikh baik dalam agama Budaya

program vaksinasi bhutan

Bhutan melancarkan kempen vaksinasi pada akhir bulan lalu bertepatan dengan "tarikh baik dalam astrologi Buddha". Pada 27 Mac, seorang birokrat berusia 30 tahun menjadi penerima vaksin COVID-19 pertama di negara ini, diikuti oleh Perdana Menteri Lotay Tshering, ahli keluarganya dan pelbagai menteri kabinet.

Memandangkan kadar jangkitan penyakit ini yang tinggi, Bhutan menyasarkan untuk memastikan lebih 70% rakyatnya divaksin untuk memastikan imuniti kelompok dapat diwujudkan. Dengan sokongan luar biasa dari semua rakyat Bhutan, negara tersebut akan menjadi salah satu negara pertama yang mencapainya.

Vaksin diedarkan ke lebih dari 1200 pusat vaksinisasi di seluruh negara dengan menggunakan prosedur operasi yang ketat. Hampir 3,300 pekerja kesihatan dan 4,400 sukarelawan dikerahkan di seluruh negara untuk membantu memastikan pelancaran program vaksinasi yang dijalankan.

Lebih daripada 85% orang dewasa yang layak di negara ini telah menerima dos pertama dalam tempoh tujuh hari pertama kempen ini dijalankan. Walaupun kempen vaksinasi formal hanya akan berlangsung selama satu minggu, dos vaksin masih tersedia di pusat-pusat kesihatan tertentu untuk individu yang belum menerimanya.

Sementara itu, individu dengan masalah mobiliti seperti lokasi penempatan yang jauh dapat mendaftar untuk program vaksinasi dari rumah di mana pasukan kesihatan akan datang ke rumah mereka untuk memberikan suntikannl dos vaksin yang diperlukan. 

Penerimaan baik daripada semua pihak

pasukan pemberi vaksin

Akhbar milik negara tersebut, Kuensel menyatakan dalam sebuah artikel bahawa usaha negara untuk memerangi wabak coronavirus telah "mendapat penerimaan bagus secara menyeluruh sejak awal. Terima kasih kepada kepemimpinan, pekerja barisan hadapan dan semua rakyat yang mempunyai rasa tanggungjawab yang sama terhadap negara mereka".

Walaupun menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan ini sebelum orang ramai mendapat dos kedua, ia mengatakan bahawa saiz negara yang kecil telah pasti menyumbang kepada keberhasilan program pemberian vaksin dan hal ini mempunyai implikasi untuk menangani masalah lain yang berkaitan dengan ekonomi, pengangguran dan teknologi.

Kerajaan percaya kejayaan program ini boleh ditiru untuk menjalankan program-program lain yang bermanfaat kepada rakyat.

Kredit:

  1. NY Times
  2. NPR
  3. AP News



Hakcipta iluminasi.com (2017)