Negara misteri dan sangat indah yang terletak di antara India dan China ini ditutup kepada pelancong sehingga tahun 1974.

Namun hari ini, semua orang yang sudah bersedia untuk melalui pelbagai formaliti dan mempunyai cukup wang boleh melawat Bhutan.

Walaupun sempadannya terbuka, Raja Bhutan masih cuba untuk menyekat jumlah pelancong dengan menggunakan banyak kaedah yang berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 fakta menarik tentang Bhutan yang ramai tak tahu.

1. Internet dan TV

awek bhutan main phone bimbit

Di Bhutan, TV dan internet diharamkan secara rasmi sehingga tahun 1999.

Tetapi, adalah agak mustahil untuk mengasingkan seluruh negara ini daripada teknologi moden, jadi Raja Bhutan memutuskan untuk membatalkan peraturan ini.

Dalam hal ini, Bhutan adalah negara terakhir di dunia yang mula menggunakan televisyen.

2. Kementerian Kegembiraan dan Kebahagian

menteri kebahagian bhutan

Untuk menjaga keamanan dalaman rakyat, pada tahun 2008, jawatankuasa Kebahagiaan Kebangsaan telah ditubuhkan.

Malah, kertas soal selidik banci penduduk mempunyai bahagian di mana anda boleh menunjukkan sama ada anda berpuas hati dengan kehidupan anda atau tidak.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga Kementerian Kebahagiaan dan, sama seperti istilah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kementerian ini mengukur Kebahagiaan Kebangsaan Kasar.

Oleh itu, kualiti hidup ditentukan oleh keseimbangan antara nilai kewangan dan mental mereka.

3. Tiada populasi gelandangan

raja bhutan

Di Bhutan, anda tak akan dapat melihat gelandangan tidur di tepi jalan.

Jika seseorang kehilangan rumah mereka, mereka hanya perlu pergi berjumpa dengan Raja Bhutan.

Raja kemudian akan memberikan mereka sebidang tanah di mana rakyat boleh membina rumah dan menanam sayur-sayuran.

Jadi, kini agak jelas mengapa rakyat Bhutan menganggap diri mereka gembira dan bahagia.

4. Penjagaan kesihatan percuma

penjagaan kesihatan percuma

Di kebanyakan negara moden, hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan agak mahal. Rakyat Malaysia antara yang paling beruntung di dunia kerana diberikan kelebihan dalam hal ini.

Bagi rakyat Bhutan pula, mereka lebih beruntung. Setiap penduduk Bhutan mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma.

Kedua-dua ubat tradisional dan klasik adalah biasa di Bhutan, dan seseorang itu boleh membuat keputusan tentang cara rawatan sendiri.

5. Larangan merokok

larangan merokok bhutan

Raja Bhutan menggubal undang-undang yang melarang penanaman, penuaian dan penjualan tembakau di negara ini.

Jadi, adalah mustahil untuk seseorang membeli tembakau di Bhutan.

Pelancong yang berjaya mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan untuk melintasi sempadan negara ini perlu membayar sejumlah wang yang besar jika mereka ingin membawa rokok masuk ke negara ini. 

6. Mengambil berat tentang haiwan dan alam semula jadi

ambil berat tentang haiwan dan alam sekitar

Jika anda melihat gambar Bhutan di internet, pasti anda sedar bahawa negara ini mempunyai hutan yang indah dan subur.

Negara ini sangat prihatin terhadap ekologi dan alam semula jadi mereka. Mereka juga memberi perhatian khusus kepada pokok-pokok yang semakin membesar.

Malah, pada tahun 2015, Bhutan telah mencipta rekod dunia apabila rakyatnya menanam 50,000 pokok dalam hanya satu jam.

7. Tradisi pusaka

tradisi pusaka bhutan

Di Bhutan, wanita sangat dihormati dan buktinya adalah sistem pewarisan tradisi di negara ini.

Semua hartanah dan harta benda seperti rumah, lembu, dan tanah mereka akan diwariskan kepada anak perempuan sulung, bukan kepada anak lelaki.

8. Industri pelancongan yang mencabar

pelancongan yang sukar

Walaupun Raja telah membuka Bhutan kepada pelancong untuk melawat, namun beliau tidak membenarkan mereka mengakses ke seluruh negara.

Anda boleh melawat Bhutan hanya dengan sekumpulan pelancong lain. Semua dokumen dan visa dikeluarkan oleh satu syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Untuk mendapatkan permit, anda perlu membayar semua perbelanjaan terlebih dahulu termasuklah tiket penerbangan, hotel, yuran, pengendali pelancongan dan perkhidmatan pemandu pelancong, visa, dan insurans.

Di negara ini, anda hanya boleh melakukan perjalanan dengan pemandu pelancong dan anda tidak akan mempunyai peluang untuk berjalan-jalan bersendirian.

Pemandu pelancong menawarkan pelbagai program menghiburkan untuk semua pelancong dan kos sehari biasanya adalah RM1,000.

9. Ekologi adalah perkara yang paling penting

sistem ekologi bhutan

Hari ini, seluruh dunia sibuk dengan label "bio."

Bhutan tidak peduli dengan masalah ini dan adalah menjadi sesuatu yang menyalahi undang-undang untuk mengimport atau menggunakan sebarang produk kimia di sana.

Jadi semua yang digunakan di negara ini ditanam di dalam negara dan benar-benar asli.

10. Tradisi perkahwinan

tradisi perkahwinan

Di Bhutan, rakyatnya adalah dilarang sama sekali untuk berkahwin dengan orang asing.

Raja Bhutan melakukan segala yang termampu untuk mengekalkan keunikan dan pengasingan mereka dari seluruh dunia.

Semasa majlis perkahwinan, para rahib membaca mantra yang mana proses ini dikatakan membolehkan pengantin baru membina hubungan mental yang kuat.

Terdapat juga ritual Changphoed, yang merupakan tawaran minuman keras tempatan kepada dewa-dewa. Selepas persembahan itu, minuman yang tersisa disajikan dan dikongsi oleh pengantin lelaki dan perempuan.

Pasangan tersebut hanya akan menjadi sebuah keluarga selepas semua upcara ini dilakukan. Pengantin lelaki akan tinggal di rumah pengantin perempuan dan apabila wang sudah cukup, mereka boleh pindah ke rumah lain.

Rujukan:

1. Health Bhutan

2. China Briefing

3. GNH Centre




Hakcipta iluminasi.com (2017)