Influenza, yang biasanya dikenali sebagai selesema, adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. 

Walaupun kebanyakan kes-kes selesema selesai dengan sendirinya, namun ia sebenarnya boleh mengancam nyawa jika komplikasi seperti radang paru-paru muncul bersamanya. 

Doktor yang mengkaji tindak balas imun badan mengatakan terdapat tiga sebab utama bagaimana selesema boleh membunuh, iaitu:

BESARKAN TEKS     A-  A+

  1. Jangkitan bersama dengan kuman lain, biasanya bakteria seperti strep
  2. Memburukkan masalah kesihatan sedia ada seperti penyakit jantung dan asma
  3. "Ribut sitokin" ditandai dengan tindak balas sistem imun yang luar biasa terhadap jangkitan

Kadang-kala ia boleh berlaku dengan cepat. Semasa pandemik "selesema Sepanyol" tahun 1918 yang membunuh sehingga 50 juta orang, ramai yang dilaporkan telah meninggal dunia dalam masa beberapa jam selepas gejala pertama muncul.

wabak selesema sepanyol 1918 2

Penyelidik yang telah memeriksa semula sampel tisu dan membaca laporan ketika wabak itu berlaku, percaya bahawa kebanyakan kematian disebabkan oleh jangkitan bersama dengan kuman yang lain.

Tetapi ramai lelaki dan wanita muda sihat yang meninggal dunia dengan begitu pantas ketika itu lebih cenderung tewas akibat ribut sitokin.

Sistem imun manusia mempunyai muatan senjata untuk menentang jangkitan, termasuk sitokin yang dihasilkan oleh pelbagai sel-sel sistem imun.

Bahan-bahan tersebut berfungsi untuk menghentikan virus daripada tersebar. Tetapi orang yang berbeza mempunyai sistem imun yang berbeza.

Apabila virus baharu muncul, seperti selesema babi H1N1 tahun 1918 dan H1N1 tahun 2009, ia biasanya membunuh lebih ramai orang.

Satu teori ialah sistem kekebalan tubuh boleh menjadi kacau-bilau oleh "penceroboh" yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan menghantar begitu banyak "tentera" untuk melawannya sehinggakan tisu yang sihat dalam paru-paru dan organ-organ lain juga terbunuh.

Bagaimana seseorang boleh mati akibat selesema?

coronavirus

Virus influenza boleh membunuh seseorang dengan beberapa cara yang berbeza.

Sebagai contoh, virus tersebut boleh menyebabkan kematian secara langsung, menurut Dr. Amesh Adalja, seorang sarjana senior di Johns Hopkins Centre for Health Security di Baltimore

Ini berlaku apabila virus selesema menyebabkan keradangan yang luar biasa di paru-paru menyebabkan pesakit mati akibat kegagalan pernafasan.

Kerosakan teruk pada paru-paru membuatkan oksigen yang mencukupi menjadi mustahil untuk melepasi tisu paru-paru untuk masuk ke dalam darah, dan menyebabkan kematian. 

Apabila seseorang mati secara langsung dari selesema, ia berlaku dengan sangat cepat.

Selesema juga boleh membunuh secara tidak langsung. 

Ini bermaksud bahawa virus tersebut membuatkan seseorang lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan lain dan masalah kesihatan ini membawa kepada kematian.

kuarantin coronavirus

Misalnya, mereka yang dijangkiti selesema boleh membuat kumpulan orang tertentu, seperti orang tua dan orang yang mempunyai penyakit kronik, lebih mudah terdedah kepada bakteria yang menyebabkan berlakunya radang paru-paru.

Malah, pneumonia atau radang paru-paur adalah komplikasi paling serius akibat selesema dan boleh membunuh.

Apabila seseorang yang dijangkiti selesema mendapat pneumonia, radang paru-paru ini dianggap sebagai jangkitan bakteria sekunder.

Pneumonia boleh disebabkan oleh virus atau bakteria dan dalam kes jangkitan sekunder selepas selesema, ia disebabkan oleh bakteria.

Kematian dari jangkitan sekunder biasanya berlaku kira-kira seminggu atau lebih selepas seseorang mula sakit, kerana jangkitan tersebut memerlukan masa untuk bertindak.

Selesema juga boleh menyebabkan kematian dengan cara lain.

pandemik 1918

Orang yang dijangkiti selesema boleh mengalami pelbagai kegagalan organ di seluruh badan.

Dalam kata lain, pelbagai organ berhenti berfungsi dengan betul yang boleh mematikan.

Selesema juga boleh mencetuskan komplikasi serius lain, termasuk keradangan hati, otak atau tisu otot.

Jangkitan juga boleh menyebabkan tindak balas keradangan seluruh badan yang melampau dikenali sebagai sepsis, yang boleh mengancam nyawa.

Rujukan:

1. Bolehkah Manusia Boleh Mati Kerana Selesema? - Healthline

2. Bagaimana Selesema Membunuh Manusia? - Scientific American

3. Bagaimana Influenza Membunuh - Livescience




Hakcipta iluminasi.com (2017)