AI atau Kepintaran Buatan kini sudah semakin berkembang penggunaannya di kalangan pengguna biasa. 

Kami sudahpun menceritakan bagaimana AI telahpun diguna dalam rutin seharian kita, membantu memperbaiki banyak aspek dalam masa cukup singkat - jauh berbeza jika dibandingkan dengan tempoh masa yang kita perlu luangkan untuk menghasilkan keputusan serupa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setakat apa yang kita tahu, sistem AI yang popular sekarang dibangunkan untuk tujuan tertentu dan khusus. Langkah seterusnya dalam lapangan ini, adalah pembangunan sistem yang dinamakan sebagai AGI atau Artificial General Intelligence.

Bagaimanapun, pembangunan AGI telah menimbulkan kontroversi kerana banyak pakar bidang ini takut dengan keupayaannya. Kenapa ini berlaku?

Apakah AGI?

apakah artificial intelligence umum

Artificial General Intelligence, juga dikenali sebagai Strong AI atau Full AI, adalah sistem AI yang mampu memahami dan belajar sebarang tugas intelek mampu dilakukan oleh manusia.

AGI bersifat am, tidak terhad kepada pengkhususan tugas-tugas tertentu yang sempit, malahan dapat mengaplikasikan kecerdasannya tugas bersifat kognitif.

Konsep AGI telah menjadi matlamat sejak dahulu di kalangan pengkaji bidang kepintaran buatan, melibatkan rekabentuk sistem AI yang mampu melakukan tugas seperti pemprosesan bahasa semula jadi, memahami sebab dan akibat, pembelajaran, persepsi dan membuat keputusan dalam pelbagai domain berbeza.

Satu perbezaan utama AGI dengan bentuk-bentuk AI lain ialah AGI tidak direka untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu atau set tugas, tetapi dibentuk untuk mencipta sistem AI yang dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru dan belajar kemahiran baru seperti yang dilakukan oleh manusia.

Ini bermakna AGI akan dapat melakukan tugas-tugas yang tidak spesifik di-programkan dan mampu mengamalkan pengetahuan dan kemahirannya dalam situasi baru.

Otak jadi panduan pembangunan AGI

robot artificial intelligence kecerdasan kepintaran buatan

Terdapat beberapa pendekatan telah diambil oleh penyelidik dalam membangunkan AGI.

Salah satu pendekatan ialah dengan mencipta sistem AI berdasarkan struktur otak manusia merangkumi rangkaian neural serta kemampuan algoritma pembelajaran yang mendalam.

Sistem ini dikatakan mampu mensimulasikan cara otak manusia memproses maklumat, dengan tujuan mereplikasi kebolehan manusia.

Pendekatan lain pembangunan AGI adalah dengan mengembangkan sistem AI sedia ada kepada sistem lebih baik yang mampu belajar sama seperti manusia. Proses pembelajaran itu pula boleh dilakukan melalui percubaan dan melakukan kesalahan atau trial and error.

Menggunakan sistem ini dapat mendorong kepada perkembangan algoritma yang mempunyai keupayaan belajar dari data secara besar dan meningkatkan prestasi dari masa ke masa dengan menggunakan maklum balas serta penambahbaikan pembangunnya.

Adakah AGI bakal menghapuskan manusia?

general artificial intelligence

Salah satu cabaran terbesar dalam memperkembangkan kemampuan AGI adalah untuk menterjemahkan pemahaman tentang bagaimana kecerdasan manusia berfungsi dan bagaimana otak memproses maklumat kepada bentuk digital.

Walaupun penyelidik telah berjaya memajukan sistem ini ke tahap yang signifikan, masih banyak yang belum kita fahami.

Mengembangkan AGI adalah tugas yang rumit dan mencabar dan berkemungkinan besar memerlukan masa yang lama sebelum kita dapat melihat sistem AI yang benar-benar mencapai tahap kecerdasan manusia.

Apa yang menakutkan, adalah pandangan pembangun dan penyelidik AGI terhadap AGI itu sendiri.

Walaupun dianggarkan kita memerlukan kira-kira 20 tahun sebelum AGI benar-benar matang, isunya sekarang yang sangat dikhuatiri adalah berkenaan isu bagaimana hendak mengawal AGI yang sudah mampu berfikir, daripada menambahbaik 'dirinya' sendiri.

Seterusnya tidak lagi memerlukan campur tangan manusia dalam menentukan hala tuju AGI seterusnya.

Menurut Geoffrey Hinton, individu berpengaruh dalam bidang ini yang bergelar bapa pembangunan AI, jika satu hari nanti kelak AGI sudah mampu berkemampuan untuk mempunyai idea - dia memberi amaran ada kemungkinan AGI boleh memporak-perandakan hidup manusia, mengancam nyawa kita seterusnya boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

Menurut beliau, pembangunan AGI haruslah selari dengan pembangunan sistem yang boleh mengawal dan memantau kapasiti pembelajaran AGI agar AGI tidak bebas melakukan apa saja yang boleh dilakukan.

Amaran ini selari dengan maklumbalas penyelidik AI yang merasakan ada 10% kemungkinan manusia akan gagal menyelia AGI dengan baik, seterusnya menyebabkan nyawa manusia di masa akan datang berada dalam risiko bahaya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)