Oleh pada 05 Oct 2019 kategori

Selain daripada hakikat bahawa Ronnie O’Sullivan telah bermain snuker selama 36 tahun dan menghabiskan masa berlatih selama 8 hingga 9 jam sehari, beliau dianggap sebagai pemain snuker semula jadi yang paling berbakat sepanjang zaman.

Sejak bergelar pemain profesional pada tahun 1992, Ronnie telah memenangi 5 Kejuaraan Dunia, 7 gelaran Masters dan rekod 7 Kejuaraan Inggeris, menjadikan semuanya berjumlah 19 gelaran dalam kejohanan Triple Crown. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau berkongsi rekod untuk gelaran ranking paling banyak iaitu sebanyak 36 gelaran bersama dengan dengan Stephen Hendry dan juga memegang rekod sebagai pemenang termuda gelaran iaitu di Kejohanan Inggeris 1993 ketika berusia 17 tahun dan 358 hari serta pemenang termuda gelaran Masters pada tahun 1995 ketika berusia 19 tahun dan 69 hari.

Hadiah kerjaya beliau lebih dari RM55 juta adalah jumlah tertinggi yang diperolehi oleh mana-mana pemain dalam sejarah snuker.

Jadi, apakah yang membuatkan Ronnie O’Sullivan tersangat hebat?

Ronnie adalah seorang "ambidexter"

ronnie o sullivan boleh bermain kedua dua belah tangan

Sangat tak ramai pemain snuker malahan pemain sukan apa sekalipun yang mampu menggunakan kedua-dua belah tangan. Dan dalam sukan snuker, ia lebih jarang dan sangat sukar.

Namun bagi Ronnie, ia bukanlah satu masalah kerana beliau boleh bermain menggunakan kedua-dua belah tangan. Ronnie lebih memilih untuk bermain menggunakan tangan namun beliau biasanya melakukan break shot (pukulan pertama) menggunakan tangan kiri.

Menjadi seorang ambidexter juga adalah sebab mengapa Ronnie tidak menggunakan kayu penyokong bagi melakukan pukulan yang biasanya dilakukan menggunakan kayu penyokong oleh pemain tangan kanan.

Dia sebaliknya menukar menggunakan tangan kiri dan hasil pukulannya adalah sama seperti menggunakan tangan kanan.

Dikenali sebagai "break building machine"

kenapa ronnie o sullivan sangat hebat

Dalam permainan, Ronnie akan menyentuh bola sedikit di sini dan sina sambil bermain setiap pukulan bagi membuatkan bola-bola bebas untuk pukulan berikutnya.

Beliau akan menghapuskan segala halangan di hadapan bola dengan markah yang tinggi iaitu hitam dan merah jambu di peringkat awal perlawanan dan dengan itu boleh mendapatkan skor dari 0 hingga 80 dalam masa kurang dari 10 minit.

Beliau telah memperolehi skor 100 dan ke atas lebih daripada 1,000 kali dan skor maksimum (147) sebanyak 13 kali dalam snuker profesional, satu kejayaan yang belum dicapai oleh pemain lain.

Skor maksimum 147 dilakukan Ronnie pertama kali seawal usia 17 tahun.

Kawalan bola cue antara terhebat dalam sejarah

Sepanjang sejarah snuker, tiada pemain yang dapat mengalahkan Ronnie dalam kawalan bola cue di seluruh papan snuker.

Sama ada memecahkan bola merah dengan putaran terbalik dari bola hitam, double shots dan macam-macam lagi, semuanya harus dilihat dengan sendiri bagaimana Ronnie membuatkan permainan ini kelihatan tersangat mudah.

Hanya pemain yang telah mencuba pukulan-pukulan ini dalam permainan mereka sahaja yang dapat menghargai pengetahuan, kedalaman dan kesempurnaan yang diperlukan ketika bermain.

Sekali-sekala, anda akan dapat menemui seseorang yang sememangnya ditakdirkan untuk melakukan sesuatu, dan itulah yang dilakukan oleh Ronnie dalam snuker.

Ia seperti bakat ini telah dikurniakan di dalam dirinya secara semulajadi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)