Oleh pada 18 Sep 2017 kategori

surstr mming makanan paling busuk dalam dunia sweden meatball ikea sedap 238

Anda suka berkunjung ke IKEA untuk menikmati juadah-juadah enak negara Sweden? Anda pasti tidak dapat menjangka bahawa negara Scandinavia itu juga merupakan tempat lahir makanan paling busuk di dunia yang dipanggil surströmming.

surstromming makanan paling busuk dalam dunia 2

Untuk pengetahuan anda, surströmming merupakan ikan hering yang ditapaikan selama berbulan-bulan sebelum ditinkan.

Di Sweden, kilang pengeluar surströmming terbesar di bawah jenama Oskars berpangkalan di Söråker. Penduduk tempatan mengatakan mereka boleh mula mencium bau yang kurang enak itu sejauh 300 meter.

surstromming makanan paling busuk dalam dunia

Anda mungkin menyangka mereka hanya membesar-besarkan cerita. Mestilah bau kilang ayam atau ladang getah lebih meloyakan, fikir anda.

Tapi menurut pekerja pengetinan di kilang itu yang sudah bekerja selama 8 kali cuti musim panas, setiap kali bekerja mereka perlu memikirkan cara terbaik untuk menghindari tercium bau tengik itu. Kebiasaannya mereka menyapu lapisan Tiger Balm tebal di bawah hidung ataupun menyumbat plag ke dalam lubang hidung akibat tidak tahan dengan bau busuk ikan itu.

cara makan surstr mming sweden makanan paling busuk di dunia

Mudah sahaja cara membuat ikan surströmming ini. Hanya tiga bahan diperlukan iaitu ikan, air dan garam. Namun, tempoh penapaian selama lapan hingga 10 minggu itulah yang membuatkan makanan tradisi ini menjadi sangat busuk. 

surstr mming makanan paling busuk dalam dunia sweden meatball ikea sedap 2

Banyak video sudah dimuat naik di Youtube memaparkan cubaan ramai orang untuk memakan surströmming ini, tapi ramai yang tewas apabila awal-awal lagi sudah termuntah akibat tidak tahan dengan bau yang menusuk hidung itu.

Sanggupkah anda mencuba "ikan pekasam" Sweden ini?


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)