ambil gambar hidupan liar

Dokumentari mengenai hidupan liar sangat mengujakan para penonton kerana beberapa sebab. Yang paling utama tentunya kita dapat melihat kehidupan sebenar haiwan liar dengan lebih dekat yang mana tidak akan pernah berlaku dalam hidup kita.

Keupayaan jurugambar untuk menangkap gambar haiwan liar secara terperinci di tempatt-tempat yang terpencil di Bumi bukanlah sesuatu yang biasa.

Persoalannya adalah, bagaimana mereka melakukannya?

Bagaimana pembuat filem membuat rakaman sotong kurita memasuki celah-celah batu karang, atau seekor singa menyerang seekor gajah di tengah-tengah malam?

Bagaimana jurugambar hidupan liar pastikan diri mereka selamat?

cara jurugambar hidupan liar kekal selamat

Walaupun bekerja sebagai jurugambar atau juruvideo hidupan liar sangat mencabar dan merupakan kerjaya yang sangat berbahaya, namun sebenarnya terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk membuatkan diri mereka berada dalam selamat serta tidak mengganggu kehidupan liar.

1. Berada dalam jarak selamat

ambil gambar dari jarak jauh

Ini mungkin adalah strategi yang paling selamat iaitu dengan berada dalam jarak jauh dari haiwan liar dan menggunakan lensa zoom yang hebat yang membolehkan anda mendapatkan rakaman yang jelas.

Kebanyakan kamera telefon pintar dan kamera biasa tidak mempunyai keupayaan zoom yang menakjubkan, menjadikan gambar-gambar yang diambil agak kabur apabila ia dibesarkan.

Walau bagaimanapun, pembuat filem yang bekerja untuk rancangan TV seperti Blue Planet dan Planet Earth mempunyai alatan yang sangat canggih dalam dunia fotografi. Dengan lensa zoom 400mm dan 800mm, mereka boleh merakam wajah bayi gajah dengan jelas dalam jarak selamat.

Perkara penting untuk mengambil gambar atau video intim dan asli di hutan adalah dengan tidak mengganggu haiwan-haiwan atau membuatkan kehadiran anda disenangi oleh haiwan sekitar.

Berada dalam jarak yang selamat dan menggunakan alatan yang terbaik adalah perkara penting untuk mendapatkan gambar atau video yang menakjubkan tanpa berlakunya perkara yang tidak diingini.

2. Memahami haiwan liar

jurugambar hidupan liar 310

Walaupun anda memiliki kamera terbaik yang ada di pasaran, ini tidak menjamin bahawa anda akan berjaya mengambil gambar yang menarik. Untuk meningkatkan kebarangkalian ini, seseorang itu perlu mengetahui haiwan liar apa yang ingin dicari, di mana ia tinggal, waktu ia aktif dan bagaimana haiwan tersebut menghabiskan masanya.

Ramai pembuat filem yang hebat bekerjasama secara dekat dengan para saintis dan pakar untuk lebih memahami apa yang mereka mahu lakukan.

Jika jurugambar faham pergerakan kitaran atau pola penghijrahan haiwan, dia boleh berada di tempat yang tepat dan hanya menunggu haiwan-haiwan tersebut melalui kawasan tersebut. 

Stratego ini boleh digunakan dalam semua ekosistem dan kontek, bermaksud jika anda tidak mengenali haiwan tersebut, anda akan menghabiskan lebih banyak masa dan tenaga untuk mendapatkan gambar yang menarik.

3. Kesabaran

bagaimana jurugambar hidupan liar pastikan diri selamat

Seperti yang disebutkan di atas, banyak fotografi hidupan liar sering melibatkan penantian untuk melihat haiwan-haiwan liar keluar dan membolehkan gambarnya diambil.

Rakaman di sebalik tabir sering memaparkan jurugambar memberikan komen tentang waktu bekerja yang sangat panjang dan aksi yang terhad. 

Juruvideo haiwan liar yang terbaik adalah seorang yang penyabar dan tenang. Mereka ini biasanya menunggu berhari-hari malah berminggu-minggu untuk mendapat peluang merakam tarian mengawan yang jarang berlaku, pertarungan merebut kawasan atau melihat kelahiran secara langsung.

Ini bukanlah hobi bagi mereka yang mencari kepuasan serta-merta namun mempunyai tahap kesabaran yang tinggi juga membuatkan mereka ini berada dalam keadaan selamat.

Jika anda terlalu gopoh masuk ke dalam kawasan haiwan liar untuk mendapatkan rakaman yang menarik, ia mungkin memberikan hasil yang berbahaya kepada kedua-dua jurugambar dan juga haiwan liar.

4. Pengalaman peribadi

pengalaman peribadi juruvideo hidupan liar

Untuk sebab yang sama di mana anda tidak akan dapat menjadi seorang jurugambar hidupan liar yang terkenal dengan hanya memiliki alatan yang mahal dan canggih, anda juga memerlukan latihan yang banyak serta pengalaman dalam bidang ini untuk mendapat hasil yang menakjubkan.

Anda perlu "membaca" isyarat-isyarat halus dari alam semula jadi, memahami pertukaran tingkah laku bagi sesetengah haiwan, perubahan cuaca yang menunjukkan peluang yang baik atau buruk untuk mendapatkan rakaman yang baik, kitaran ekosistem harian dan memiliki naluri tentang apa yang akan berlaku.

Semua ini tidak dapat dibeli dan hanya diperolehi jika seseorang itu telah menghabiskan masa yang banyak dalam bidang ini. Deria keenam membantu membuatkan jurugambar hidupan liar profesional dalam keadaan selamat.

5. Tidak berminat

cara jurugambar hidupan liar kekal selamat 2

Dalam kes bagi sesetengah spesis haiwan, terutamanya yang berada di padang rumput Afrika, haiwan-haiwan liar sudah biasa melihat manusia.

Sama ada kerbau dari Taman Negara Rocky Mountain atau Rizab Kebangsaan Masai Mara, sesetengah haiwan sudah terdedah dengan manusia lama dahulu.

Dan juga secara umumnya haiwan cuba mengelak daripada konflik.

Jika kehadiran anda tidak dilihatkan sebagai ancaman, kebanyakan haiwan akan mencuba sehabis baik untuk tidak terlibat secara fizikal dengan manusia.

Seperti yang anda biasa lihat di alam liar melibatkan spesis-spesis berbeza, dua spesis herbivor akan hidup berhampiran tetapi tidak mempunyai masalah antara satu sama lain selagi mana kedua-duanya berasa selesa.

Jika kita lihat dari perspektif yang lebih besar, manusia juga adalah makhluk seperti haiwan di alam liar, jadi kebanyakan haiwan tidak mahu mecnetuskan masalah dan membiarkan anda bersendirian.

6. Menggunakan akal fikiran (common sense)

ambil gambar beruang 544

Jurugambar yang masih tidak mempunyai gambar atau rakaman mungkin berasa terdesak yang membuatkan diri mereka lebih berani, tetapi jurugambar hidupan liar tidak dapat berkembang dalam bidang ini jika mereka tidak bijak menggunakan akal, atau common sense.

Mendekati kawasan haiwan liar ketika ia sedang berburu atau melindungi anak, adalah tindakan yang sangat bodoh. Tiada rakaman atau gambar yang lebih berharga daripada nyawa anda.

Walaupun banyak insiden dan serangan yang telah beralku, gabungan kekal tenang, menggunakan latihan yang dilalui dan mengenali tingkah laku haiwan akan membuatkan anda sentiasa selamat.

Rujukan:

1. New York Institute of Photography [1] [2]

3. Science

4. National Geographic



Hakcipta iluminasi.com (2017)