Twitter (TWTR), syarikat media sosial yang diasaskan hampir 14 tahun yang lalu kini berada di mana-mana sahaja di Internet dan semua bentuk media, melalui muat naiknya yang dikenali sebagai "tweet".

Twitter, Inc. berpangkalan di San Francisco, California, dan mempunyai lebih dari 25 pejabat di seluruh dunia.

Twitter dicipta pada Mac 2006 oleh Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone, dan Evan Williams, yang dilancarkan pada bulan Julai tahun itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 2012, lebih daripada 100 juta pengguna mencatatkan 340 juta tweet sehari, dan perkhidmatan ini menangani purata 1.6 bilion pertanyaan carian setiap hari.

Pada tahun 2013, ia adalah salah satu daripada sepuluh laman web yang paling banyak dikunjungi dan telah digambarkan sebagai "SMS Internet".

Sehingga 2020, Twitter mempunyai lebih daripada 330 juta pengguna aktif bulanan dan 145 juta pengguna aktif harian.

jack dorsey pengasas bersama twitter

(Jack Dorsey pengasas bersama Twitter)

Ia terkenal dengan tweet berita terkini daripada ahli politik dan selebriti, tetapi ia juga menyediakan platform untuk berjuta-juta pengguna untuk mengutarakan pemikiran mereka, berinteraksi, berkongsi kandungan, dan membaca berita terkini.

Platform ini sendiri percuma untuk individu dan perniagaan.

Sebaik sahaja pengguna membuat akaun, mereka boleh menghantar mesej ("tweet") sehingga 280 aksara dan sehingga 2,400 kali sehari, yang diedarkan secara automatik kepada pengikut.

Twitter membahagikan pendapatannya kepada dua kategori iaitu melalui penjualan perkhidmatan pengiklanan, yang merupakan majoriti hasil syarikat dan juga pelesenan serta dan perkhidmatan lain.

2 Pesaing utama Twitter termasuk syarikat media sosial lain seperti Facebook, Inc. (FB) dan Alphabet, Inc. (GOOG).

Status kewangan Twitter

bagaimana twitter jana keuntungan

Pada tahun fiskal 2018, Twitter menjana pendapatan bersih RM4.97 bilion, meningkat secara mendadak daripada kerugian bersih RM0.4 bilion pada tahun 2017.

Dalam tiga suku pertama tahun 2019, Twitter melebihi jumlah pendapatan bagi tempoh yang serupa pada 2018, menjana pendapatan sebanyak RM10.35 bilion berbanding RM8.7 bilion setahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, suku ke-3 2019 menyaksikan penurunan pendapatan bersih tahun demi tahun berbanding suku ke-3 2018, dengan syarikat melaporkan sebanyak RM170 juta berbanding RM330 juta setahun sebelumnya.

Kebanyakan ini disebabkan oleh faedah cukai pendapatan sebanyak RM290 juta pada suku ke-3 tahun 2018.

Segmen perniagaan Twitter

Twitter mempunyai segmen operasi dan struktur pelaporan tunggal.

Walau bagaimanapun, dalam laporan kewangan mereka, syarikat itu memisahkan pendapatannya kepada dua kategori iaitu perkhidmatan pengiklanan dan pelesenan data serta lain-lain.

1. Perkhidmatan pengiklanan 

pengiklanan di twitter

Pengiklanan menjana kira-kira RM10.76  bilion atau 87%, daripada pendapatan Twitter.

Pendapatan segmen ini meningkat 24.0% dari tahun ke tahun (YOY).

Twitter menjana sebahagian besar hasil pengiklanannya dengan menjual produk yang dipromosikan, termasuk tweet, akaun dan yang dipromosikan, kepada pengiklan.

Syarikat itu mewujudkan peluang pengiklanan yang disesuaikan dengan menggunakan algoritma untuk memastikan produk yang dipromosikan terpapar di timeline pengguna yang tepat, senarai "Who to Follow" atau di bahagian atas senarai topik yang menjadi trend sepanjang hari di negara tertentu atau di seluruh dunia.

Pengiklan juga mempunyai pilihan untuk membayar iklan video dalam aliran yang dihantar kepada khalayak sasaran ataumenaja kandungan video daripada penerbitan rakan kongsi.

Walaupun RM10.35 bilion daripada pendapatan RM10.76 bilion daripada perkhidmatan pengiklanan pada 2018 dihasilkan melalui platform yang dimiliki dan dikendalikan oleh Twitter, sebahagian kecil daripada iklan produk Twitter yang dijual juga diletakkan di laman web, aplikasi dan tawaran lain penerbit pihak ketiga.

2. Pelesenan data dan lain-lain 

perniagaan pelesenan data oleh twitter jfif

Kira-kira 13% daripada pendapatan Twitter pada tahun fiskal 2018 adalah dari pelesenan data dan sumber lain.

Twitter menjual langganan data awam di luar API awamnya kepada syarikat dan pemaju yang ingin "mengakses, mencari dan menganalisis data bersejarah dan masa nyata" di platform berkenaan.

Data dijual dalam dua tahap akses iaitu premium dan perusahaan.

"Sumber lain" daripada pendapatan Twitter termasuklah yuran perkhidmatan Twitter yang dikumpulkan dari pertukaran iklan mudah alih penggunanya.

Walaupun hanya menjana sekitar RM1.74 bilion, pelesenan data mewakili sebahagian besar pendapatan Twitter untuk tahun 2018 berbanding dengan perkhidmatan pengiklanan, di mana kategori ini berkembang sebanyak 27.5% YOY dan agak lebih cepat daripada pendapatan perkhidmatan pengiklanan.

Rujukan:

1. Investopedia

2.

3. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)