Oleh pada 27 Jan 2018 kategori

Sumber foto: tv14.my

Pengacara terkemuka, Azwan Ali mencabar abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya menjernihkan nama baiknya tentang isu penyebaran skandal seks dan salah laku Menteri Besar Selangor tersebut bersama 7 wanita yang disebarkan di sebuah blog sejak dua minggu lepas.

Azwan turut mempersoalkan langkah 'kunci mulut' yang diambil oleh Mohamed Azmin dan menyuruh beliau mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap penulis blog itu jika tidak bersalah.

“Oleh kerana Mohamed Azmin takut, hari ini saya tampil membuat laporan menggesa pihak polis menjalankan siasatan mengenai skandal seks Menteri Besar Selangor itu dan menyiasat siapa pemilik blog malay-glamor.com.

“Pemilik blog memuat naik maklumat skandal seks dan salah laku Mohamed Azmin dengan tajuk Asalkan bukan Shamsidar! Tujuh wanita gelap Azmin Ali,” ujarnya sewaktu ditemui setelah laporan polis selesai dibuat di Balai Polis Dang Wangi kelmarin.

Azwan memberitahu, beliau memutuskan untuk membuat laporan polis setelah bertanyakan pendapat beberapa peguam dan ingin siasatan dilakukan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Jika terbukti bersalah, pihak polis perlu mengambil tindakan tegas kerana kes ini melibatkan seorang yang mempunyai jawatan tertinggi di Selangor.

“Kalau kau (Mohamed Azmin) tidak berani ke hadapan, puak yang dituduh tidak berani salahkah saya ke hadapan membuat laporan?,” tegasnya.

Tambahnya, kontroversi itu mengaibkan nama individu yang beragama Islam, tetapi tiada sebarang pihak berani untuk membuat laporan polis sehingga sekarang.

Bagaimanapun, Azwan menjelaskan bahawa dia tidak sesekali menuduh Mohamed Azmin melakukan perkara yang didedahkan. Sebaliknya, laporan tersebut terarah kepada dua spesifikasi iaitu tertuduh dan penulis blog yang membuat tuduhan.

“Laporan itu dibuat bukannya atas dasar kasih sayang tetapi soal perjuangan, walau dia bapa saya sekalipun kalau dia lakukan jenayah bukan saya untuk pertahankannya,” ujarnya.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)