Oleh pada 26 May 2018 kategori

kau tunggu azab kubur nanti azwan ali bengang jadi bahan jenaka 1

Kredit foto: Beautifulnara

Susulan 'troll' yang tular di laman Twitter membabitkan beliau dan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selebriti sensasi Azwan Ali menegaskan tidak akan sesekali memaafkan netizen yang terlibat.

Kata Azwan yang lebih mesra disapa Diva AA, meskipun jenaka yang dibuat tidak menggunakan perkataan kasar, namun ia tetap memberi kesan.

"Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan.

"Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka.

"Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti," kata Azwan kepada Mstar Online.

kau tunggu azab kubur nanti azwan ali bengang jadi bahan jenaka 2

kau tunggu azab kubur nanti azwan ali bengang jadi bahan jenaka 3

kau tunggu azab kubur nanti azwan ali bengang jadi bahan jenaka 4

kau tunggu azab kubur nanti azwan ali bengang jadi bahan jenaka 5

azwan 5

Kredit foto: Beautifulnara

Terdahulu, karakter Azwan dan Azmin dimanipulasikan dalam 'troll' perbualan telefon yang direka netizen menerusi laman mikro itu.

Sementara itu, Azwan menafikan dakwaan kononnya dia sudah berdamai dengan abangnya yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi baharu itu.

"Bila masa saya berbaik dengan Azmin, saya belum terbuka hati lagi untuk memaafkannya.

"Sebesar hama pun saya tak maafkan walaupun dia dah jadi menteri sekarang," cetusnya.

Azwan turut berkata, buat masa ini dia hanya mempunyai sebuah akaun Facebook kerana laman Instagramnya telah digodam buat kali kelima iaitu ketika dua minggu menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Azwan yang turut mencalonkan dirinya bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa untuk menentang Azmin dan tiga calon lain, hanya mampu berpuas hati dengan 90 undi yang diraih.

Dalam perkembangan lain, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya ini hanya mahu berehat dan memberi fokus sepenuhnya terhadap ibadah sepanjang bulan Ramadhan.

"Selepas PRU14, tempahan rendang naik mencanak tapi seorang pun tak merasa. Saya puasa, bersahur, berbuka, terawih dan tidur, itu sahaja.

"Sudah 10 tahun setiap kali Ramadan saya akan melakukan umrah di Mekah. Tahun ini saya berpuasa di tanah air sahaja tapi saya berdoa agar dapat menunaikan Haji pula selepas ini.

"Walaupun orang cakap saya tak ada job, saya masih hidup macam biasa. Rezeki itu di tangan Allah dan saya percaya dengan rezeki dariNya," katanya.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)