azri af9 didakwa dera celup tangan anak tiri dalam air panas

Kredit foto: Media Hiburan

Seorang bekas peserta Akademi Fantiasia musim ke-9 (AF9) dihadapkan ke Mahkamah Seksyen baru-baru ini atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua belah tangan kanak-kanak itu di dalam air panas pada tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Mohammad Azri Abdullah (30 tahun) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Azri AF9 yang juga merupakan suami kepada bekas juara Mentor musim ke-5, Salma didakwa mendera anak perempuan tirinya itu (10 tahun) di sebuah pangsapuri bertempat di Jalan Putra Indah, 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya pada sekitar jam 8 pagi pada 5 Mei tahun lalu. 

Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Azri boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Namun, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta menetapkan sebutan kes pada 15 Mei ini.

Sumber: thetrendingnow.blogspot.com


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)