Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Sumber foto: deenamik.com (Gambar sekadar hiasan)

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai semalam mengakui ada mendapat laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, Seremban yang melecur di bahagian bibir setelah ibu tirinya dipercayai memaksanya meminum air panas.

Menurut Superintendan Zaldino Zaludin selaku Ketua Polis Daerah Nilai, IPD Dang Wangi menghantar laporan itu kepada pihaknya pada Sabtu lepas dan kes sedang dalam siasatan awal.

"Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes.

"Dakwaan ibu mangsa yang mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan-laporan yang pernah dibuat sebelum ini, adalah tidak benar," ujarnya sewaktu dihubungi semalam.

Beliau memberitahu, setiap laporan kes yang diterima pihaknya bakal melalui proses siasatan yang adil.

Media semalam mendedahkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun menanggung kesakitan kerana melecur di bahagian bibir setelah dipercayai dipaksa minum air panas yang sedang mendidih oleh ibu tirinya.

Insiden terjadi Isnin lepas iaitu sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa iaitu anak bongsu daripada empat beradik balik ke kediaman bekas suaminya di Lenggeng.

Sumber berita: Bernama & Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)