ini penjelasan intan liana didakwa menipu dan berdrama

Intan Liana terkejut dengan dakwaan bekas suaminya, Ude Wahid yang dia kononnya tidak menjalani kehidupan bahagia dengannya.

Menurut Intan, dia pernah mendedahkan keredaannya untuk dimadukan setelah perkahwinan Ude dengan aktres jelita, Izreen Azminda terbongkar.

Tambahnya, dia sama sekali tidak tahu tujuan kenyataan itu dibuat selain mempersoalkan samada Ude sekadar berlakon sepanjang tempoh perkahwinan mereka berdua.

Selain itu, Intan turut bingung akan dakwaan perkahwinan mereka dilanda badai sejak dua tahun lepas, ekoran anak kedua mereka baru berumur setahun.

Terdahulu, Ude memberitahu, hubungan rumahtangga mereka sudah bermasalah sejak dua tahun lepas dan kenyataan Intan yang tidak mengetahui punca mereka bercerai adalah suatu pembohongan semata-mata.

Belum cukup tempoh sehari diceraikan, Intan diundang banyak persoalan setelah Ude mendakwanya kerap menipu masyarakat bagi mendapatkan belas kasihan.

Namun, Intan berharap masyarakat dapat membuat penilaian sendiri atas apa yang berlaku. Dia sama sekali tidak mahu memburukkan sesiapa atau menjadi ratu drama air mata seperti yang didakwa, sebaliknya ingin memberitahu kebenaran.

ini penjelasan intan liana didakwa menipu dan berdrama 1 730

Pada Khamis lalu, setelah sah bercerai, Ude yang terdahulu didapati jarang mengeluarkan kenyataan, telah mendedahkan beberapa hal berkaitan faktor keretakan hubungan mereka kepada media.

Di samping itu, Ude juga menegaskan perceraiannya dengan Intan tidak mempunyai kaitan dengan isterinya, Izreen Azminda.

Menurut Ude, dakwaan yang dilemparkan oleh Intan membuatkannya dipandang serong sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab oleh masyarakat

Namun, Ude tidak mahu membongkarkan faktor mereka bercerai disebabkan ia terlalu peribadi serta mahu memelihara maruah bekas isterinya itu.  

Sumber berita:

1. myartis.com

2. Berita Harian

3. Harian Metro

4. Instagram Suria FM 


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)