Oleh pada 22 Jul 2017 kategori

emma maembong tampil dedah status terkini hubungan dengan kamal adli 1

Kredit foto: postmetro.net 

Agak lama juga kita tidak mendengar perkembangan terbaru hubungan antara pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli. Sebelum ini, pelbagai gosip dicanang tentang percintaan mereka termasuk dikatakan telah putus dan hubungan yang semakin dingin.

Ramai yang tertanya apa sudah jadi pada status percintaan pasangan tersebut.

Sedangkan kawan karib Emma iaitu Mawar Rashidpun sudah ketemu jodoh dan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Raf Yaakob yang hanya dikenali dalam tempoh yang singkat.

Dalam sebuah wawancara terbaru, Emma tampil menjawab persoalan ramai. 

emma maembong tampil dedah status terkini hubungan dengan kamal adli 2

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Menurut Emma, dia berdiam diri kerana tidak berminat menjaja kisah peribadinya seandainya belum ada apa-apa perkembangan. 

Tiada perkembangan baru nak dikongsi mengenai saya dan dia (Kamal). Kami masih bersama. Cuma, ketika ini, masing-masing memberi tumpuan untuk masa depan. Saya tak fikir soal kahwin buat masa ini.Saya hanya ikut rentak hidup dan tiada tekanan. Jika diikutkan, orang pun sudah tidak hiraukan kisah hubungan kami. Saya pernah mengeluarkan kenyataan, selagi tiada kenyataan rasmi atau status dikongsi di laman sosial seperti Instagram atau saya sendiri bercakap mengenai kahwin, memang tiadalah (rancangan bernikah). Jadi, janganlah percaya cerita yang belum pasti hujung pangkalnya. Sebaiknya, tunggulah jawapan rasmi saya (mengenai perancangan bersama Kamal). Kalau tak, janganlah percaya.

Sumber: BH Plus

Mungkin Emma perlukan lebih banyak masa untuk mengenali hati budi kekasihnya kerana keputusan memilih pasangan hidup bukanlah sesuatu yang remeh. Apapun kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini. 

emma maembong tampil dedah status terkini hubungan dengan kamal adli 3

Kredit foto: Instagram Emma Maembong


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)