Sumber Foto: askdrshah.com

Ovari adalah sebahagian daripada sistem reproduktif wanita. Organ ini terletak di bahagian bawah abdomen di kedua-dua uterus. Setiap wanita mempunyai 2 ovari yang menghasilkan telur dan juga hormon estrogen dan progesterone. 

Cyst adalah sebuah sarung yang mengandungi sama ada cecair, gas mahupun nanah. Sarung ini boleh terbentuk di mana-mana bahagian badan dan selalunya tidak mengandungi sel kanser. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cyst boleh terbentuk di dalam ovari wanita dan kebanyakan wanita akan menghidapi cyst sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dalam kebanyakan kes, cyst tidak menyebabkan kesakitan mahupun mempunyai sebarang simptom. 

Ovarian cyst bermaksud terdapat kehadiran cyst di dalam ovari.  

Benarkah Ada Kaitan Antara Ovarian Cyst & Kesuburan Wanita?

wanita subur kehamilan

Sumber Foto: about-twins.com

endometriomas di kedua dua ovari

Sumber Foto: gynaecologist4u.com

Sesetengah ovarian cyst menjejaskan kesuburan wanita. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada jenis ovarian cyst yang dihidapi. 

Terdapat 2 jenis ovarian cyst yang akan menjejaskan kesuburan wanita, iaitu endometriomas dan ovarian cyst yang berlaku akibat sindrom polycystic ovary

Endometriomas adalah sejenis cyst yang berlaku akibat endometriosis. Endometriosis adalah keadaan di mana tisu membentuk lapisan di luar uterus (endometrium). Cyst inilah yang dikaitkan menyebabkan isu kesuburan wanita. 

Sindrom polycystic ovary (PCOS) adalah keadaan di mana terdapat pembentukan banyak cyst kecil di dalam ovari, diikuti period yang tidak teratur serta kandungan yang tinggi sesetengah hormon. 

PCOS berkait rapat dengan ovulasi tidak teratur, yang menyebabkan masalah kesuburan dalam sesetengah wanita. 

Lain-Lain Jenis Ovarian Cyst Yang Menjejaskan Kesuburan Wanita Sekiranya Pembentukannya Membesar

functional cyst diagram 937

Sumber Foto: myhealth.alberta.ca

Functional cyst adalah sejenis ovarian cyst yang lazim. Cyst ini terbentuk ketika kitaran haid normal dan tidak menyebabkan ketidaksuburan. Malah, functional cyst sebenarnya adalah petunjuk bahawa fungsi yang diperlukan ke arah kesuburan sedang berlaku. 

Cystadenomas adalah sejenis ketumbuhan di dalam ovari. Walaupun memerlukan rawatan, ianya tidak menjejaskan kesuburan wanita. 

Dermoid cyst tidak mempunyai cecair di dalamnya. Cyst pejal ini mengandungi tisu seperti tisu kulit, rambut mahupun gigi. Seperti functional cyst dan cystadenomas, dermoid cyst tidak mempunyai kaitan dengan ketidaksuburan wanita.

Kesimpulan

mawar antara selebriti yang pernah menghidapi cyst 400

Sumber Foto: gempak.com

Sekiranya anda telah menjalani diagnosis dan disahkan menghidapi ovarian cyst, namun bimbang dengan kebarangkalian untuk hamil, berbincanglah dengan doktor tentang rawatan yang boleh meningkatkan peluang kehamilan anda. 

Rujukan:

  1. healthline.com
  2. mayoclinic.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)