Mudah-mudahan kita tidak perlu bimbang satu hari nanti salah satu daripada organ badan kita harus dikeluarkan, namun kadang-kala ia tidak dapat dielakkan.

Apabila kita semakin tua, organ-organ kita juga turut berusia dan mungkin berhenti daripada berfungsi. Dan ia juga boleh disebabkan oleh kemalangan, panyakit atau trauma yang menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdaoat segelintir organ yang manusia tidak dapat hidup tanpanya, sementara yang lain dapat dikeluarkan tanpa membawa maut.

Manusia tidak boleh hidup tanpa organ seperti otak, jantung, hati, buah pinggang dan paru-paru, walaupun seseorang boleh bertahan hidup tanpa satu paru-paru atau buah pinggang.

Dan pernah tak anda terfikir tentang apa yang akan berlaku kepada ruang kosong, jika organ-organ dikeluarkan daripada badan?

Apa berlaku kepada ruang kosong organ?

organ badan manusia

Bagi mereka yang tidak tahu, terdapat beberapa organ yang boleh dikeluarkan dengan selamat, yang mungkin meninggalkan sedikit ruang kosong di tempat tersebut, termasuklah limpa, perut, pundi hempedu, usus, organ pembiakan dan appendiks.

Anda juga boleh mengeluarkan bahagian paru-paru, hati dan usus. Menariknya, pemindahan buah pinggang adalah sangat biasa, tetapi buah pinggang yang tidak berfungsi tidak benar-benar dikeluarkan dalam kes ini, sebaliknya, buah pinggang yang baru dimasukkan ke dalam organ-organ pencernaan.

Tubuh kita dibahagikan kepada rongga yang spesifik, yang menyekat pergerakan organ ke tahap tertentu. Sebagai contoh, hati kita tidak akan perlahan-lahan jatuh ke rongga perikardial, keluar dari rongga toraksik dan terdampar di tengah rongga perut.

Lapisan tisu yang membahagikan rongga ini mempunyai tahak keanjalan tertentu, sama seperti ruang dalam setiap rongga individu.

Secara umumnya, organ akan kekal di kawasan yang telah ditetapkan, walaupun peralihan dan penyusunan semula boleh berlaku, sebagai contoh, bayangkan anda menyedut perut anda ke dalam, sedalam yang boleh, atau mengisi perut anda dengan udara.

Pergerakan otot yang mudah seperti ini akan menyebabkan kemampatan dan pergeseran organ-organ kita, dan perubahan ini hanyalah sementara.

Rongga badan adalah tempat yang sesak dan organ-organ kita hanya menyesuaikan diri antara satu sama lain sebaik mungkin.

organ manusia

Jika anda keluarkan sesuatu organ, sebagai contoh pundi hempedu, ruang kosong di mana organ itu akan diisi oleh organ-organ yang terletak di sekelilingnya.

Ruang berbentuk pundi hempedu kecil yang dikeluarkan akan dipenuhi oleh pankreas, perut dan hati.

Dalam kes di mana organ yang lebih besar dikeluarkan, seperti usus, cecair dalam badan akan mengisi ruang untuk sementara sehingga tisu penghubung bermula membentuk, memastikan segala-galanya dalam rongga badan anda tetap berada di tempat yang betul!

Tubuh manusia sangat mahir dalam mencari homeostasis (menyesuaikan diri dengan keadaan) dari segi tekanan dan keselesaan untuk organ kita.

Bayangkan berdiri dalam lif yang dipenuhi orang ramai. Apabila seorang daripada orang-orang itu keluar di tingkat seterusnya, orang-orang yang tinggal akan mengisi kekosongan jurang baru ini, mengurangkan tekanan ke atas yang lain.

Perkara yang sama berlaku dalam tubuh anda, di mana organ-organ anda akan bergerak secara semulajadi sehingga tidak terdapat ruang kosong lagi.

Tubuh penderma organ

penderma organ

Bagi orang yang memilih untuk mendermakan semua organ mereka selepas mereka mati, terdapat perkembangan baru dalam usaha untuk mengekalkan keutuhan badan untuk mengharungi upacara pengebumin.

Untuk memastikan rongga dalaman badan berada dalam keadaan stabil, terdapat beberapa kemajuan dalam penggantian organ.

Dengan munculnya teknologi percetakan 3D, sebilangan penyelidik dan perintis telah memulakan percetakan organ-organ 3D yang dikeluarkan, dan kemudian mengisi ruang yang kosong dengan replika.

Selepas seseorang meninggal dunia, pendekatan ini adalah satu-satunya cara untuk "mengisi ruang" organ-organ yang hilang, tetapi untuk penderma hidup, organ-organ anda yang sihat akan dengan senang hati akan mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan dan mengisi setiap centimeter yang ada.




Hakcipta iluminasi.com (2017)