Jika anda memerlukan organ dalaman secara haram, ke manakah anda akan cari? Sudah tentu pasaran gelap. Dan harga organ-organ di pasaran gelap mungkin membuatkan anda ternganga.
Ini kerana sesetengah organ manusia mempunyai nilai yang sangat tinggi dan sudah tentu penting untuk meneruskan hidup.
Jika anda pernah terbaca tentang kisah benar di mana organ manusia dicuri, pasti anda tahu bahawa organ bukanlah satu-satunya bahagian badan manusia yang mendapat permintaan.
Semua bahagian badan daripada kulit hinggalah ke rambut mempunyai nilai tersendiri dan boleh diperolehi tanpa menunggu giliran di hospital.
iluminasi.com kongsikan 10 organ dan bahagian badan manusia yang paling mahal.
13. Kulit - RM41.5 per 6.5 sentimeter persegi
Di sesetengah kawasan di dunia yang agak panas, masalah kulit terbakar agak kerap berlaku.
Daripada jumlah ini, kira-kira separuh daripadanya adalah cukup teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital. Ini membuatkan pemindahan kulit menjadi sesuatu yang sangat diperlukan.
Dalam 10,000 kes tahunan, pesakit kulit terbakar akan mati disebabkan oleh jangkitan yang berkaitan dengan pembakaran ini.
Mendapatkan kulit daripada penderma organ yang telah mati adalah cara yang agak baik untuk membantu pesakit ini. Namun, bekalan kulit tidaklah begitu banyak di pasaran gelap.
Harga untuk 6.5 sentimeter persegi kulit adalah sekitar RM41.5 sahaja.
12. Rambut - RM290 per 25 sentimeter
Kebanyakan orang yang memotong rambut mereka dengan niat untuk memberikan kepada orang lain mendermakannya kepada pesakit kanser.
Namun, terdapat permintaan terhadap bahagian tubuh manusia ini di pasaran gelap. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh penghasilan rambut palsu dan anda boleh memperoleh RM290 untuk setiap 25 sentimeter rambut.
11. Perut - RM2,100
Percaya atau tidak, anda sebenarnya tidak memerlukan perut dalam jumlah penuh untuk menghadam makanan.
Namun dalam sesetengah kes, sistem penghadaman yang rosak teruk sehinggakan perut baru sangat diperlukan.
Dalam satu kejadian yang sangat jarang berlaku, seorang wanita di Amerika Syarikat menjalani pemindahan multiviseran yang termasuk perut, hati, limpa, pankreas dan pengganti untuk usus kecil dan besarnya.
Pasaran gelap mengakui bahawa terdapat keperluan untuk organ perut, tetapi pemindahan organ ini yang sangat jarang membuatkan nilainya sekitar RM2,100 sahaja.
10. Kulit kepala - RM2,500
Pada tahun 2015, pakar bedah di Amerika Syarikat melakukan pemindahan kulit kepala pertama di dunia.
Ini akhirnya membolehkan manusia melakukan pemindahan kulit kepala untuk menyelesaikan masalah yang banyak termasuklah kebotakan pola lelaki.
Pasaran gelap menjadi tempat perdagangan kulit kepala bagi mereka yang memerlukan.
Ketika ini, harga untuk kulit kepala hanyalah RM2,500, menjadikannya bahagian badan yang paling mampu milik melalui pasaran gelap.
9. Pundi hempedu - RM5,000
Pembedahan pundi hempedu adalah pilihan utama untuk 10% rakyat Amerika Syarikat yang menderita batu karang.
Walau bagaimanapun, ia sangat luar biasa untuk menggantikan pundi hempedu selepas ia dikeluarkan.
Malah, ini biasanya hanya terjadi semasa pemindahan hati apabila pundi hempedu yang baru melekat pada hati yang didermakan.
Walaupun demikian, anda masih boleh menjual pundi hempedu yang sihat di pasaran gelap dengan harga sekitar RM5,000.
8. Tengkorak lengkap dengan gigi - RM5,000
Dalam banyak kes, "barang" yang dibeli dari pasran gelap tidak digunakan untuk pemindahan organ manusia.
Sebaliknya, bahagian badan seperti limpa, pundi hempedu dan bahu berkemungkinan besar akan berakhir di tangan penyelidik perubatan atau pengumpul barangan pelik.
Tengkorak manusia yang masih mempunyai gigi adalah antara salah satu contoh yang baik. Ketika ini, mereka yang memiliki tengkorak lengkap dengan gigi boleh menjualnya di pasaran gelap dengan harga sekitar RM5,000.
7. Arteri koronari - RM6,300
Penyakit jantung adalah salah satu penyakit yang paling biasa boleh dialami manusia zaman kini.
Terdapat banyak pembedahan yang digunakan untuk membantu masalah ini, bermula dari pintasan koronari hinggalah ke pemindahan jantung.
Walaupun pemindahan arteri koronari tidak wujud, namun masih ada permintaan untuk bahagian tubuh ini. Malah, menjual arteri ini boleh memberikan pulangan purata sebanyak RM6,300.
6. Usus kecil - RM10,500
Pemindahan usus kecil adalah pembedahan yang jarang berlaku dan rumit, tetapi dalam beberapa kes ia adalah pilihan terbaik untuk terus hidup.
Prosedur ini biasanya ditawarkan kepada orang-orang yang mana usus mereka telah dikeluarkan dengan banyak sebelum ini atau mereka yang mengalami kegagalan usus.
Anggaran harga untuk usus kecil adalah sekitar RM10,500. Sebagai perbandingan, untuk mendapatkan usus baru dengan cara yang sah mungkin menelan kos setinggi RM6 juta.
5. Sumsum tulang - RM95,000 per gram
Walaupun ia biasanya sangat menyakitkan, namun jika proses ini dilakukan dengan betul, anda tidak akan berasa sebarang kesakitan.
Dari segi undang-undang, sumsum tulang hanya dibenarkan untuk didermakan dan diharamkan untuk dijual.
Untuk memudahkan perbandingan harga sumsum tulang dalam pasaran gelap, 1 gram kokain hanya berharga RM600 dan harga heroin di jalanan hanyalah RM800 bagi setiap gram.
Ia jauh sekali jika dibandingkan dengan harga 1 gram sumsum tulang yang bernilai RM95,000.
4. Kornea - RM100,000
Kerosakan pada kornea boleh menyebabkan masalah serius seperti buta. Jadi, tak hairanlah bahagian badan ini sangat berharga.
Malah, perkara-perkara remeh yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti memandang ke arah Matahari tanpa perlindungan mata yang betul sebenarnya boleh merosakka kornea.
Di pasaran gelap, kornea dijual dengan harga sekitar RM100,000, termasuk dengan kos memindahkannya.
Akan tetapi, jika anda menjual kornea orang mati harganya tidak akan setinggi ini.
3. Jantung - RM494,000
Pendermaan hati secara sah boleh menelan kos sehingga RM4 juta.
Bagi kebanyakan orang yang tidak mempunyai wang sebanyak RM4 juta untuk menyelamatkan nyawa mereka, maka pasaran gelap adalah tempat yang paling sesuai untuk mencarinya.
Setiap jantung yang diperoleh secara haram dijual dengan harga sekitar RM494,000.
Jika dibandingkan dengan harga jantung "halal", jantung di pasaran gelap dianggap sebagai sangat murah.
2. Hati - RM652,000
Penyakit yang melibatkan hati menyumbang kira-kira 2 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.
I ditambah pula dengan tempoh menunggu giliran untuk mendapatkan organ ini dan kos pembedahan yang sangat mahal.
Jadi, ramai orang tidak mempunyai pilihan selain daripada beralih ke pasaran gelap.
Jika anda kesempitan wang dan ingin menjual hati anda, ia berharga sekitar RM652,000.
Dan adakah anda akan mati jika menjual hati anda?
Jawapannya adalah tidak. Ini kerana sekiranya hati anda sihat, anda boleh terus hidup tanpa sebahagian daripadanya.
1. Buah pinggang - RM830,000
Dalam pasaran gelap, buah pinggang dianggap sebagai organ dalaman paling popular.
Malah, 75% daripada penjualan dalam pasaran gelap adalah melibatkan buah pinggang.
Maka, tak hairanlah organ ini menjadi antara barang haram yang paling mahal ketika ini.
Walaupun tersedia di pasaran gelap, namun dengan harga RM830,000 untuk buah pinggang adalah tersangat tinggi membuatkan ramai yang tak mampu.
Akan tetapi, kos organ ini jauh lebih rendah di China dan India, di mana ia dijual dengan harga antara RM62,000 hingga RM257,000.
Rujukan:
1. Ranker
2. Gizmodo
3. Seeker