Kredit foto: Utusan Online

Tam menjelaskan kumpulannya, Spider belum lagi meninggalkan dunia hiburan walaupun segelintir pihak beranggapan mereka tidak aktif dalam bidang seni.

Tam atau Rustam Mustafa, 45, selaku vokalis, berkata, dia yakin album terbaharu Spider, Kabut bakal meraih sambutan sewajarnya di pasaran.

"Kami tidak ada istilah comeback sebab Spider sentiasa aktif. Malah, tahun lalu kami ada keluarkan album terbaru berjudul Kabut.

"Cuma ada pihak yang tidak mempromosikan album tersebut menyebabkan ramai yang tidak tahu. Pasaran muzik sekarang ini tidak seperti dahulu, mungkin orang tidak suka album dan lebih memilih single.

"Tapi menyerah kalah itu tak ada dalam kamus. kami percaya yang Insya-Allah waktu itu akan tiba dan album dapat sambutan," katanya memetik portal Mstar Online.

Tam mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kumpulan muzik tersebut menyepikan diri daripada industri hiburan.

Tentang penglibatannya sebagai mentor dalam rancangan realiti Mentor Otai, Tam berkata, dia berminat mencari peserta yang bukan sahaja mempunyai bakat menyanyi, malah berkarakter kelakar.

apa terjadi kepada kumpulan spider ini pendedahan tam 2

Kredit foto: encikshino.com

"Kalau nak mengikut peredaran zaman, saya tengok sekarang ini orang tak pandang sangat bakat. Penonton lebih suka yang kelakar. Jadi saya kena ambil kira sikit bab itu.

"Program ini untuk rakyat, takut terlalu formal mereka tak faham. Ini adalah pandangan saya. Tapi utamanya tetap yang berbakat, boleh menyanyi.

"Kalau ada kebolehan main muzik dan menari itu juga satu bonus untuk menjadi pilihan sebagai protege saya," katanya.

Tam disertai tiga penyanyi, Misha Omar, Zarul Husin dan Siti Sarah selaku mentor dalam musim terbaharu ini. 

Ujibakat mencari dua protege berusia 35 hingga 55 tahun bagi setiap mentor berlangsung pada Sabtu dan Ahad, dari jam 10 pagi hingga 2 petang di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Mentor Otai dikemudi hos Elly Mazlein bersama penyampai radio Hot FM, Haziq, bersiaran bermula Mac di saluran TV3.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)