Dalam siri Netflix terbaru iaitu The Queen's Gambit, watak utamanya iaitu Elizabeth Harmon atau Beth mempunyai bakat semulajadi dalam permainan catur dan juga dibantu oleh Mr. Shaibel yang merupakan orang yang pertama memperkenalkannya kepada permainan ini.

Namun, Beth juga banyak berhutang budi dalam setiap kemenangan yang dikecapi, kepada pil hijau yang diambilnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan oleh kebergantungan Beth yang begitu dahsyat terhadap pil ini, pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya pil magik ini?

Adakah pil hijau itu ubat sebenar? 

beth mengambil pil hijau

Dalam siri ini, Beth pertama kali diberikan pil ini di rumah anak-anak yatim di mana dia membesar.

Di situ, kakitangan rumah anak yatim itu memanggilnya sebagai "vitamin", namun Beth dengan pantas ketagihan pil berkenaan.

Masalah kebergantungannya menjadi semakin parah apabila pil berkenaan diharamkan kepada rumah anak yatim untuk diberikan kepada anak-anak yatim.

Pil ini sebenarnya adalah pil penenang dan adalah tidak patut diberikan kepada anak-anak yatim yang mana sepatutnya dijaga pihak berkenaan.

Kesan yang dirasakan oleh Beth selepas mengambil pil tersebut sebelum tidur adalah dia dapat menjadi lebih fokus serta membayangkan bermain catur di siling bilik tidurnya, yang banyak membantu latihannya dan membuatkan dia sangat mahir walaupun di usia yang sangat muda.

pil hijau xanzolam 516

Walau bagaimanapun, ubatan itu muncul semula dalam siri itu apabila ibu angkat Beth diketahui mempunyai preskripsi sendiri, dan Beth sekali lagi menjadi bergantung kepada pil hijau itu.

Pada ketika ini, diketahui bahawa pil hijau ini dikenali sebagai "Xanzolam", yang mana bukanlah nama ubat sebenar. 

Namun, ia kelihatan serupa dan kesannya adalah sama dengan ubat sebenar yang popular pada tahun 1960-an, zaman di mana siri ini dihasilkan. 

Adakah pil hijau ini berdasarkan ubat sebenar?

ubat sebenar librium 143

Jawapannya adalah ya. Pil ini mirip dengan librium atau chlordiazepoxide, sejenis ubat penenang benzodiazepine yang dipaketkan dalam kapsul hijau yang serupa dengan Xanzolam dalam The Queen's Gambit.

Setelah dipatenkan pada tahun 1958 dan ubat ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai rawatan untuk kegelisahan atau insomnia dan sering digunakan untuk membantu menangani gejala yang berkaitan dengan alkohol atau dadah.

Ia mula digunakan secara meluas sehingga menjadi keterlaluan pada pertengahan tahun 1970-an, membuatkan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) menerapkan peraturan yang lebih ketat ke atas Librium kerana kelebihan preskripsi dan potensi penyalahgunaan yang tinggi.

Ubat penenang ini dilaporkan banyak dipasarkan kepada wanita muda dan suri rumah yang sihat secara fizikal tetapi bergelut secara mental, mungkin disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan kedudukan mereka di pertengahan abad ke-20 di Amerika Syarikat.

Kesan sampingan librium 

beth harmon the queens gambit

Dalam The Queen's Gambit, pil ini kelihatan membantu Beth fokus ketika dia mengajar diri sendiri skil-skil catur yang baharu dan juga memberi rasa "ketenangan" kepada ibu angkat Beth.

Namun dalam satu adegan yang sangat mengejutkan, Beth dilihatkan pengsan dipercayai overdose setelah memakan pil berkenaan dalam jumlah yang banyak.

Tingkah laku ini mungkin selari dengan overdose librium, yang dapat dilihat dalam pelbagai gejala termasuk berpeluh dan menggigil, gegaran otot, demam, kesukaran bernafas, ruam, degupan jantung yang tidak teratur dan sawan.

Rujukan:

1. Stylecaster

2. Mens Health

3. Pop Sugar




Hakcipta iluminasi.com (2017)