Oleh pada 22 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram @aisar_khaledd 

 

Berdepan video kontroversi solat di beberapa tempat antaranya di luar stesen minyak dan gimnasium, YouTuber Aisar Khaled tampil menjelaskan perkara sebenar melalui sebuah video di saluran YouTubenya.

 

Dilabel sebagai gemar meraih perhatian dan riak dalam ibadat, beliau berkata, niatnya hanyalah semata-mata untuk memberi kesedaran akan kepentingan amalan wajib itu walau dimana pun kita berada.

 

"Apa yang saya cuba sampaikan dalam video itu ialah kita sebagai umat Islam perlu menunaikan solat dimana-mana sahaja.

 

"Sememangnya tempat-tempat seperti stesen minyak dan gimnasium ada disediakan kemudahan surau. Tetapi, jika saya menjalankan penggambaran di dalam surau, penonton tidak tahu situasi itu sebenarnya berada dimana," terangnya.

  

 

Mahu belajar dari kesilapan lalu dan terus memperbaiki diri, Aisar mengakui kadangkala tersalah percaturan ketika cuba tampil memberi kelainan untuk kandungan laman sosialnya itu.

 

"Alhamdulillah, hari demi hari, saya belajar untuk respek dan menjaga hati masyarakat.

 

"Kadang-kadang, golongan muda seperti saya ini mahu mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikiran realistik," ujarnya.

  

 

Memohon maaf atas apa yang terjadi, beliau yang pernah terpalit dengan beberapa kontroversi lain juga memaafkan sesiapa yang telah meninggalkan komen keterlaluan berhubung isu tersebut.

 

"Saya minta maaf kerana saya hanya manusia biasa. Belajar daripada pengalaman sebelum ini, ia lebih mematangkan diri saya.

 

"Saya juga memaafkan semua kerana manusia tidak lari daripada kesilapan," luahnya.

 

Komen Pilihan

aisar khaled solat di stesen minyak

 

"Semoga kekal tabah. Ramai lagi yang faham akan keikhlasan yang mahu disampaikan.

 

"Abaikan yang berkata buruk, memfitnah dan mencaci maki," pesan seorang pengguna YouTube.

 

Sumber: YouTube Aisar Khaled




Hakcipta iluminasi.com (2017)