Anda pastinya sering mendengar perkataan "Kleptokrasi", tapi tahukah anda apa maksudnya yang sebenar?
Kleptokrasi adalah istilah dengan konotasi negatif, yang digunakan untuk menentukan bentuk kepimpinan di mana pegawai-pegawai kanan kerajaan menggunakan kuasa mereka untuk menggelapkan wang rakyat untuk kepentingan diri dan untuk menguatkan keutamaan politik mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Kleptokrasi sering diamalkan di bawah kerajaan autokratik di mana pengawasan dari luar hampir tidak wujud, Oleh itu, pengagihan dan penggunaan dana awam ditentukan oleh kepimpinan negara.
Pegawai kerajaan yang korup ini menggunakan dana yang diperuntukkan bagi pembangunan negara untuk kepentingan peribadi.
Terdapat banyak contoh kerajaan sedemikian di seluruh dunia, di mana kepimpinan negara telah mengumpulkan sejumlah besar kekayaan dan akibatnya ditanggung oleh majoriti rakyat.
Kleptokrasi berkait rapat dengan kumpulan tentera, oligarki, diktator, dan jenis nepotisme atau rejim autokratik, di mana pengawasan luaran tidak wujud atau mustahil.
Ketiadaan pemantauan boleh diburukkan lagi oleh pegawai rasuah yang mengawal bekalan dan cara pengagihan dana awam.
Para pemimpin Kleptokrat memperlakukan hasil-hasil daripada sesebuah daerah itu seolah-olah milik mereka yang dibelanjakannya untuk kemewahan dan kebanggaan.
Malah, kebanyakan daripada mereka memindahkan dana negara ke akaun rahsia di negara-negara asing.
Kleptokrasi di Rusia
Rusia sering disebut sebagai contoh kleptokrasi moden, dan presiden Rusia ketika ini, Vladimir Putin digambarkan sebagai "definisi sebenar seorang pemimpin kleptokratik."
Walaupun lonjakan Vladimir Putin ke puncak politik Rusia dipacu oleh janji-janji untuk menghapuskan semua oligarki di negara ini, presiden ini kemudiannya mengambil pendekatan dengan kecenderungan kleptokrat untuk mencapai jawatan presiden dan mula mengumpulkan harta.
Dalam rejim Putin, kira-kira 35% daripada kekayaan negara dikawal oleh 110 orang. Lebih menarik, majoriti individu ini adalah kenalan dan saudara-mara presiden ini.
Presiden Vladimir Putin sendiri dipercayai memiliki aset bernilai RM820 bilion.
Walaupun rasuah sememangnya sudah menjadi penyakit di Rusia, namun masalah ini semakin buruk semasa Putin menjadi presiden, dengan kedudukan Rusia dalam Indeks Persepsi Korupsi merosot ke kedudukan ke-131 daripada 176 negara.
Masalah kleptokrasi adalah yang paling teruk semasa penggal kedua Putin sebagai presiden di mana kejahatan seperti korupsi dan nepotisme telah berleluasa dalam kerajaan.
Putin telah dituduh menyalahgunakan dana awam, dengan kawan rapat dan saudara-saudaranya yang mendapat manfaat daripada perbelanjaan belanjawan yang menyalahi undang-undang.
Pengkritik percaya bahawa RM210 bilion yang digunakan oleh Rusia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014, separuh daripadanya digunakan untuk membuat pembayaran yang tidak biasa dilakukan, kepada rakan-rakan Putin.
Kleptokrasi di Afrika
(Mobutu Sese Seko, bekas presiden Zaire bersama isterinya)
Afrika mempunyai banyak pemimpin kleptokratik di dunia, yang telah memacu ekonomi mereka ke arah kehancuran.
Tidak mengejutkan adalah hakikat bahawa kebanyakan pemimpin kleptokratik Afrika naik ke kedudukan mereka melalui rampasan kuasa tentera, dan menubuhkan kerajaan autokratik.
Terdapat trend yang sama di Afrika di mana negara-negara termiskin dan kurang maju sering kali dibelenggu kleptokarsi, dan orang buta huruf membentuk peratusan yang besar dalam populasi masing-masing.
Banyak negara Afrika yang kaya dengan sumber asli seperti logam berharga dan bahan api fosil.
Sesetengah cendekiawan percaya bahawa campurtangan asing mempunyai tanggungjawab dalam mewujudkan dan mengembangkan kleptokarsi di Afrika, khususnya pada abad ke-20.
Bekas presiden Zaire (kini dikenali sebagai Demokratik Republik Kongo), Mobutu Sese Seko adalah salah satu pemimpin paling korup dalam abad ke-20.
(Robert Mugabe, bekas presiden Zimbabwe)
Di bawah kepimpinan Mobutu, ekonomi Zaire semuanya telah runtuh dan mengalami hiperinflasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Ketua negara yang paling lama berkhidmat di Zimbabwe, bekas presiden iaitu Robert Mugabe adalah seorang kleptokrat yang terkenal.
Nepotisme oleh Presiden Mugabe akhirnya sangat dahsyat dan menyebabkan kejatuhannya. Walaupun demokrasi telah menggantikan banyak kleptokarsi di Afrika, masalah ini masih ada di benua ini.
Sesetengah pihak melihat kerajaan Afrika Selatan sebagai kleptokrasi, dan Presiden Zuma telah memperoleh reputasi terlibat dalam nepotisme, memberikan bantuan kepada kenalannya.
Satu lagi kleptokrat terkenal di Afrika moden ialah Presiden Uganda, Yoweri Museveni.
Kleptokrasi di Amerika Syarikat
Amerika Syarikat sering digambarkan sebagai model demokrasi yang sebenar, tetapi apa yang menghairankan adalah bahawa kerajaan Amerika telah dilabel sebagai kleptokrasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Presiden Donald Trump telah menjadi tokoh pembahagi dalam politik Amerika, dengan gaya kepemimpinannya menawan sesetengah pihak dan pihak yang lain mengkritiknya.
Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah Presiden Trump tetap berkongsi ciri-ciri dengan pemimpin kleptokrat yang terkenal, dengan nepotisme diwujudkan dalam membuat pelantikan penting semasa bergelar presiden.
Sejak permulaan penggalnya, Presiden Trump telah dituduh menindak pihak media dan mengagihkan bantuan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.
Sebagai contoh, Trump melantik Jared Kushner yang juga menantunya, untuk memegang jawatan utama di White House.
(Donald Trump dan menantunya, Jared Kushner)
Ramai orang berasakan Jared tidak layak untuk berkhidmat sebagai utusan Amerika ke Timur Tengah, tetapi Trump mengancam pihak media yang membangkitkan isu itu.
Perlembagaan Amerika Syarikat membolehkan Donald Trump menjadi seorang kleptokrat sejati, yang mampu melantik isterinya sebagai Naib Presiden.
Walau bagaimanapun, ciri kleptokratik seperti nepotisme tidak berlaku dalam pentadbiran Trump sahaja.
Presiden John F. Kennedy satu ketika dahulu pernah melantik saudaranya, Robert, sebagai peguam negara AS, satu langkah yang mendapat kritikan hebat.
Negara narkokleptokrasi
Narkokleptokrasi, juga dikenali sebagai negara-dadah atau ekonomi-dadah, adalah negara di mana wang dadah telah menjejaskan integriti kerajaan melalui rasuah pegawai besar kerajaan.
Raja dadah memaksa kerajaan untuk membenarkan perdagangan dadah haram dijalankan di dalam negara. Beberapa negara yang telah ditakrifkan sebagai ekonomi-dadah termasuklah Guinea-Bissau, Panama, Tajikistan, dan Venezuela.
Ekonomi-dadah berkongsi banyak ciri-ciri kleptokrasi, kerana terdapat sedikit individu yang memegang jawatan berpengaruh dalam kerajaan, mengawal sebahagian besar kekayaan negara dan membuatkan majoriti rakyat musnah dalam kemiskinan.
Kesan Kleptokrasi terhadap negara
Dana yang disalahgunakan oleh rejim kleptokratik tersebut diperuntukkan untuk penyediaan perkhidmatan sosial yang penting seperti kesihatan, pendidikan, makanan, dan air.
Oleh itu, majoriti rakyat di negara-negara tersebut hidup dalam keadaan yang teruk dan kekurangan kemudahan asas.
Hanya beberapa individu di jawatan kanan kerajaan dan rakan sekutu mereka mendapat manfaat daripada kleptokrasi, yang biasanya melalui aktiviti rasuah.
Kleptocracies mempunyai reputasi yang teruk di dunia antarabangsa dan menyebabkan pelaburan asing. Dengan ini, ia akan melemahkan perdagangan merentas sempadan dan pasaran domestik.
Pemimpin kleptokratik menyalahgunakan dana yang diperoleh dari pembayaran cukai dan terlibat dalam pengubahan wang haram, yang mempengaruhi kualiti hidup rakyat secara negatif.
Jumlah kekayaan sesetengah pemimpin kleptokratik
(Suharto, bekas presiden Indonesia)
Pada tahun 2004, Transparency International, NGO Jerman yang berusaha untuk memerangi rasuah telah mengeluarkan senarai pemimpin yang paling korup dan jumlah kekayaan yang dikumpulkan mereka.
Di senarai teratas pada masa itu adalah Suharto, bekas presiden Indonesia, yang dianggarkan telah memperoleh kekayaan bernilai antara RM62bilion dan RM144 bilion.
Suharto dinamakan sebagai pemimpin dunia yang paling korup, dan dia menjadikan ahli keluarganya dan rakan-rakan sebagai ketua yang memonopoli negara.
Berada di kedudukan kedua senarai tersebut adalah bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang mengumpulkan kekayaan bernilai RM41 bilion pada tahun 1986, yang bersamaan dengan RM89 bilion pada tahun 2014.
Ferdinand dikenali kerana menjalankan rejim yang paling korup dan tidak demokratik dari tahun 1966 hingga 1986.
Pada tahun 1972, beliau meluluskan undang-undang Tentera dan menjadikan isterinya, Imelda Marcos, seorang pegawai yang kemudiannya melantik saudara-mara dan kroni untuk jawatan kerajaan yang menguntungkan.
Dia menggunapakai kapitalisme kroni di mana perniagaan swasta disita dan diserahkan kepada rakan-rakan serta saudara-mara.
Kesimpulan
Sesungguhnya, kleptokrasi adalah satu masalah yang sangat berbahaya dan boleh menghancurkan sesebuah negara. Pihak kerajaan yang tidak bertanggungjawab hidup senang lenang dan rakyat pula dibiarkan hidup merana.
Rujukan:
2. The Atlantic
3. Atlas