Setakat ini, sasaran Malaysia untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi kelihatan berada dalam landasan yang betul.

Menurut Bank Dunia baru-baru ini, ia telah mengesahkan keyakinannya bahawa Malaysia bakal menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2024, selagi pendapatan negara kasar negara (GNI) per kapita terus berkembang pada kisaran empat hingga 4.5%

BESARKAN TEKS     A-  A+

Akan tetapi, kemajuan ini boleh diperlahankan dengan kurangnya bakat di Malaysia. Firma perekrutan Hays memberikan pandangan bertajuk "Majoriti majikan Malaysia kurang percaya dalam merekrut bakat-bakat penting pada tahun 2019", di mana 46% majikan di seluruh negara berasa tidak yakin dalam hal mencari dan mendapatkan bakat yang boleh memacu pertumbuhan perniagaan. 

Hal ini boleh diperburukkan lagi jika pengunduran golongan pekerja mahir tidak ditangani. Dan fenomena yang dikenali sebagai "Brain Drain" ini sedang berlaku di Malaysia.

Apa itu Brain Drain?

fenomena brain drain pengeringan sedut otak rakyat malaysia hijrah

Brain drain bukanlah situasi di mana otak anda menjadi "kosong" selepas selesai peperiksaan, tetapi satu istilah menunjukkan emigrasi besar atau penghijrahan individu.

Fenomena ini boleh berlaku akibat kegelisahan di dalam negara, kewujudan peluang profesional yang menggalakkan di negara lain, atau dari keinginan untuk mencari taraf hidup yang lebih tinggi.

Selain yang sedang berlaku secara geografi, brain drain boleh berlaku di peringkat organisasi atau perindustrian apabila para pekerja menjangkakan gaji yang lebih baik, faedah, atau kenaikan jawatan di dalam syarikat atau industri lain.

Memahami Brain Drain

industri minyak dan gas malaysia alami brain drain

Brain drain menyebabkan negara, industri, dan organisasi kehilangan sebahagian besar daripada individu berharga.

Istilah ini sering menggambarkan pemergian kumpulan doktor, profesional penjagaan kesihatan, saintis, jurutera, atau profesional kewangan.

Apabila kehilangan golonga-golongan ini, negara atau tempat asal mereka mengalami kesan utama dengan dua cara.

Pertama, kepakaran akan hilang dengan setiap penghijrahan, sekaligus mengurangkan bekalan profesion itu.

Kedua, ekonomi negara tercedera kerana setiap profesional mewakili unit perbelanjaan yang lebih banyak. Profesional biasanya menerima gaji besar, jadi pemergian mereka mengurangkan perbelanjaan pengguna di rantau atau keseluruhan negara.

Tiga jenis Brain Drain

kehilangan pekerja mahir boleh bantutkan ekonomi malaysia

Brain Drain yang juga dikenali sebagai "Human Capital Flight", boleh berlaku pada beberapa tahap.

Brain Drain secara geografi berlaku apabila para profesional berbakat melarikan diri dari satu negara atau kawasan di dalam negara yang lebih menjanjikan peluang yang baik, sebagai contoh dari Perlis ke Kuala Lumpur.

Brain Drain secara organisasi melibatkan penghijrahan individu berbakat secara besar-besaran dari sebuah syarikat, sering kali disebabkan oleh mereka berasa ketidakstabilan, kekurangan peluang dalam syarikat, atau mereka mungkin berasakan bahawa mereka dapat merealisasikan matlamat kerjaya dengan lebih mudah di syarikat lain.

Brain Drain secara industri pula berlaku apabila pekerja mahir bukan sahaja keluar daripada sebuah syarikat, tetapi dari seluruh industri.

Beberapa sebab yang biasa menyebabkan Brain Drain pada tahap geografi termasuklah ketidakstabilan politik, kualiti kehidupan yang tidak baik, akses terhad kepada penjagaan kesihatan dan kekurangan peluang ekonomi.

Faktor-faktor ini mendorong pekerja mahir dan berbakat untuk meninggalkan negara untuk pergi ke tempat yang menawarkan peluang yang lebih baik.

Brain Drain secara organisasi dan industri pula biasanya merupakan hasil sampingan landskap ekonomi yang pesat berkembang di mana syarikat-syarikat dan industri yang tidak dapat mengikuti perubahan teknologi dan masyarakat akan kehilangan pekerja terbaik kepada pihak yang boleh bergerak seiring dengan perkembangan.

Contoh Brain Drain dalam dunia sebenar

krisis hutang puerto rico

Sehingga tahun 2019, Brain Drain telah menjadi penyebab utama kepada krisis hutang yang berlanjutan di Puerto Rico, khususnya disebabkan oleh penghijrahan golongan perubatan profesional mahir.

Walaupun lebih daripada separuh penduduk Puerto Rico menerima Medicare atau Medicaid, pulau tersebut menerima dana persekutuan yang jauh lebih rendah untuk membayar program-program ini daripada negeri yang sama saiz dengannya, seperti Mississippi.

Kekurangan pembiayaan yang digabungkan dengan situasi kewangan yang mengerikan di pulau itu tidak menghalang keupayaannya untuk menawarkan pampasan yang kompetitif kepada doktor, jururawat, dan kakitangan perubatan lain.

Akibatnya, profesional seperti ini meninggalkan pulau itu secara beramai-ramai untuk peluang yang lebih lumayan di tanah besar Amerika Syarikat.

Dalam laporan CBS, berita itu membincangkan beberapa kes peribadi termasuk kisah Damarys Perales yang bekerja sebagai akauntan di jabatan kesihatan Puerto Rico. Selain itu, masalah Brain Drain di negara itu juga diburukkan lagi oleh Badai Maria, yang berlaku pada 2 September 2017, menyebabkan sebab untuk berhijrah menjadi lebih kuat. 

Inisiatif untuk pulang

saintis muda malaysia nur adlyka ainul annuar

(Saintis muda Malaysia Nur Adlyka Ainul Annuar ingin menjadi pensyarah di Malaysia)

Pekerja yang sangat mahir memainkan peranan penting dalam inovasi ekonomi dan pertumbuhan sebuah negara.

Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara dalam bidang terpilih yang penting kepada negara, untuk kembali dan bekerja di negara ini.

Kerajaan, pembuat dasar dan perusahaan telah berusaha untuk mencipta cara yang lebih menarik untuk bakat luar negara pulang ke tanah air, melalui pengecualian cukai dan insentif yang semakin tinggi.

Program Kepulangan Pakar (REP) diperkenalkan pada 1 Januari, 2001 dengan senarai insentif yang boleh disemak dari semasa ke semasa.

Pada tahun 2011, REP telah diletakkan di bawah bidang kuasa Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) untuk memastikan usaha jangkauan yang berkesan dan merangka dasar-dasar yang bertujuan untuk memudahkan peralihan untuk pemulangan luar negara.

TalentCorp juga membantu pakar Malaysia di luar negara untuk mengambil bahagian dalam banyak peluang perniagaan dan profesional di negara yang dimungkinkan oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP).

ETP adalah satu usaha komprehensif yang akan membantu mendorong Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan. ETP memberi tumpuan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), iaitu pertanian, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan.

Dan sejak tahun 2011 juga, lebih daripada 4,800 profesional Malaysia di luar negara telah diluluskan di bawah REP, di mana lebih daripada 3,000 daripadanya telah kembali dan kini bekerja di sektor utama di Malaysia.

Lima sektor utama yang menyaksikan pemulangan rakyat Malaysia adalah minyak dan gas, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, komunikasi serta elektrik dan elektronik (E&E).

Satu lagi cubaan bagi memujuk pekerja mahir untuk pulang ke tanah air adalah pelaksanaan Sistem Gaji Bersama Produktiviti (PLWS) pada tahun 2015, yang bertujuan untuk menyediakan "kenaikan gaji untuk menarik mereka yang pulang".

Ini adalah semua usaha utama oleh industri utama untuk menangani isu Brain Drain di Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara sering kembali ke tanah air lebih daripada sekadar sebab kewangan.

Sebab pulang ke Malaysia

nor hairuddin kini menetap di jepun bekerja sebagai ketua jurutera honda

(Nor Hairuddin kini menetap di Jepun bekerja sebagai ketua jurutera Honda. Kredit: Carlist)

Sebab-sebab untuk pulang ke Malaysia adalah berbeza-beza dan kebanyakannya bersifat peribadi, seperti persekolahan anak-anak, ibu bapa yang semakin berumur dan sebagainya.

Menurut Laporan Kepulangan Luar Negara Asia 2019 oleh Hays, 63% individu yang pulang berkata mereka kembali ke negara asal untuk bersama keluarga.

Yang lain berkata mereka kembali untuk budaya dan gaya hidup tempatan, iaitu sebanyak 29% dan 28% lagi pulang untuk mendapatkan peluang untuk maju dan mengembangkan kerjaya mereka.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari TalentCorp dari tahun 2011 hingga 2017, para pakar yang pulang mempunyai 8 tahun pengalaman kerja di luar negara dengan ramai yang pulang dari Singapura, China, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat .

77% yang pulang adalah lelaki dan baki 23% lagi adalah wanita dengan purata gaji Malaysia berjumlah AS $ 6,400 sebulan atau RM 26,796.80.

Namun, mereka yang pulang dari luar negara tidak begitu optimistik terhadap gaji, dengan 45% daripada mereka mengatakan bahawa halangan terbesar mereka untuk pulang adalah imbuhan yang tidak sesuai.

Mereka juga berhadapan dengan cabaran dari segi 'ketidakpastian dengan keadaan pasaran pekerjaan tempatan' (42%) dan "peluang pekerjaan yang tidak sesuai" (42%).

Kajian yang sama oleh firma perekrutan Hays Asia mendapati bahawa 45% kepulangan pekerja mahir Malaysia mendapat pekerjaan di perusahaan yang dimiliki oleh negara asing manakala hanya 25% bekerja untuk organisasi tempatan.

sebab rakyat malaysia luar negara pulang ke tanah air

Selain itu, laporan itu juga mendapati bahawa 84% daripada majikan di Malaysia berkata mereka bersedia untuk mengambil pekerja yang pulang dari luar negara dalam tempoh 12 bulan yang akan datang, tetapi hanya 48% mengatakan mereka mampu mengambil seorang pekerja pada tahun lalu.

Walaupun majikan Malaysia sanggup membayar gaji premium untuk mereka yang pulang dair luar negara, namun 77% daripada majikan mencapai kata sepakat dengan calon apabila ia melibatkan jumlah imbuhan, menyatakan bahawa ketidakpadanan dalam jangkaan daripada pakej tawaran sebagai cabaran yang paling biasa berlaku. 

Bakat=bakat dari Malaysia yang mampu mendapatkan pekerjaan secara global berkemungkinan besar mempunyai kemahiran yang tinggi dan kehilangan golongan ini akan menyebabakan kekurangan kemahiran serta pengalaman kepada Malaysia.

Bbanyak usaha dilakukan untuk menarik perhatian mereka ini, Malaysia boleh menjangkakan untuk terus melihat Brain Drain yang berterusan dalam masa terdekat melainkan jika terdapat usaha untuk melibatkan diri dan mengekalkan tenaga kerja yang kembali.

Antara salah satu kehilangan terbesar Malaysia adalah dalam bidang otomotif. Seorang anak Malaysia dari Pahang iaitu Nor Hairuddin kini bergelar ketua jurutera Honda di Jepun. Beliau merupakan tulang belakang dalam penghasilan "Super Handling All Wheel Drive" atau "SH-AWD" yang telah menerima anugerah.

Hairuddin kini menetap di Jepun dan tidak mempunyai niat untuk pulang ke tanah air. Akan tetapi, Hairuddin tidak pernah melupakan tempat tumpah darahnya. 

Walaupun beliau bukanlah berhijrah ke Jepun untuk bekerja sebaliknya bekerja di sana selepat tamat pengajiannya di Jepun, namun ini merupakan satu kerugian besar kepada Malaysia khususnya industri otomotif.

Ikuti kisah Nor Hairuddin.

Rujukan:

1. Fenomena Brain Drain

2. Adakah Malaysia Melakukan Yang Termampu Untuk Menghentikan Brain Drain?

3. Brain Drain Dalam Kalangan Negara Membangun




Hakcipta iluminasi.com (2017)